Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur

Thursday, 21 April 2016

Apa itu Resdung?
Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.
Berikut adalah maksud resdung dari segi bahasa tradisional dan bahasa saintifik:
Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.
Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.
Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhinggus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan.
Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.
APAKAH SINUS ?
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung. Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara. Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia. Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung. Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.
APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL
Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus. Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan (humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia. Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung. Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak. Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.
Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :
* Sinus maxilla * Sinus ethmoid * Sinus frontal * Sinus sphneoid
APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah: * Streptococcus * Staphylococcus Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit. Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.
GEJALA ATAU TANDA-TANDA PENYAKIT RESDUNG (SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat • Lender dari hidung dan tekak • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
KEMUDRATAN ATAU KESAN BURUK PENYAKIT RESDUNG (SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata • Jangkitan otak • Sakit tekak yang kronik • Jangkitan tulang muka • Menerukkan keadaan lelah • Berdengkur secara kronik • Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil • Alahan hidung • Selsema biasa yang melarat
PUNCA BAKTERIA MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya: a. Radangan pada hidung. Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya: * Jangkitan kuman dan alergi (alahan). Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.
b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung) Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.
c. Jangkitan pada gigi geraham atas Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.
d. Genetik Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.
JENIS RESDUNG (SINUSITIS)
* Akut * Kronik
AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung. Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.
Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi. * Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang. * Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.
KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami: Kegatalan pada bahagian muka yang teruk Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat. Kerap bersin pada waktu pagi Ada kalanya hidung tersumbat Tanpa demam tetapi hingus bertambah Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.
INDIVIDU BERISIKO
* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat * Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung * Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok * Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.
KOMPLIKASI
Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa. * Kanak-kanak
Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta. Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata. Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi. * Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

Monday, 18 April 2016

10 Jenis Baki Makanan Yang Bahaya Dipanaskan semula

Memanaskan semula makanan tengah hari untuk dimakan semula pada waktu malam sudah menjadi kebiasaan kita semua. Malah ia dikatakan suatu langkah yang bijak untuk menjimatkan perbelanjaan kita seharian. Malangnya, tidak semua makanan boleh dipanaskan semula untuk dimakan panas-panas. malah sesetangah makanan itu boleh menjadi racun jika ia dipanaskan semula tanpa mengikut cara yang betul. Untuk itu, mari kita selidiki 10 jenis makanan yang mana ianya tidak sesuai untuk dipanaskan semula:
1. Ayam
Ayam Memiliki Banyak Protein Apabila Anda Memanaskan Kembali ayam Ia Akan Mengubah Strtur Proteiin Yang ada Pada Ayam, Ianya Akan Mejadi Bahaya Kepada Sistem Pencernaan anda, Adalah Disarankan Memakan ayam Yang sudah Sejuk Berbading Di Panaskan semula, Jika Anda Perlu Juga Memanaskan Semula , Gunakan Api Yang Kecil Dan Panaskan Dalam Tempoh Yang Lama.
2. Ubi Kentang
Tahukah anda Jika Anda Memanaskan semula Ubi Kentang IKan Menyebabkan Ubi kentang Tersebut Kehilangan Nutrien Di Dalamnya Sekaligus Menjadi Toksin Untuk Badan anda.
3. Cendawan
Patut Dimakan Terus Sebaik ianya Dimasak Tindakan Memanaskan Semula Akan Menghapuskan Protein Yang Ada Pada Cendawan Seperti Ayam, Ini Akan Mengakibatkn Masalah Pencernaan
4. Sayur Bayam
Kaya Dengan Nitrates Memanaskan Kembali Sayur bayam Akan Menyebabkan Nitrates Berubah Kepada Nitrites Dimana nitrites Merupakan karsigonetik Kepada Badan Anda, Ape itu Karsigonetik?? Ia Antara Penyebab Penyakit Kanser.
5. Telur Ayam
Bahaya Jangan sesekali Panaskan Telur Rebus Telur Goreng atau Telur Dadar Ia Juga Akan Mengubah Struktur Protein Sama Seperti Ayam Dan Juga Cendawan.
6. Daun Saderi
Sama seperti bayam, saderi ini juga tidak baik jika dipanaskan secara berulang ulang. Saderi mempunyai kandungan nitrat seperti bayam yang jika dipanaskan akan berubah menjadi asam nitrat . Asam nitrat ini yang beresiko memicu tumbuhnya kanser dan gangguan uptake oksigen oleh hemoglobin.
7. Gorengan
Gorengan sebaiknya tidak dipanaskan. Kenapa demikian? Iya, jika kita memanaskan kembali gorengan yang sudah dingin, minyak akan bertumpuk tumpuk digorengan dan meningkatkan kolesterol.
8. Santan
Menambahkan santan pada sayur kita memang gurih. Namun tahukah bunda, menghangatkan santan berulang ulang kali ini sangat tidak baik. Saat proses pemanasan terjadi berulang ulang, lemak yang terdapat pada santan akan berubah menjadi lemak jahat yang beresiko menimbulkan kolesterol.
9. Ubi
Ubi mempunyai kandungan nitrat seperti bayam dan saderi. Jika terlalu sering dipanaskan, kandungan nitrit ini akan sangat berbahaya bagi tubuh. Sebaiknya segera konsumsi ubi yang telah dimasak agar manfaat yang diperoleh lebih maksimal.
10. Brokoli
makanan yang tidak boleh dipanaskan188Brokoli mempunyai kandungan vitamin A dan C yang sangat baik untuk tubuh. Mengkonsumsi brokoli secara rutin dapat membuat tubuh menjadi sangat sehat. Namun brokoli ini mempunyai sifat yang mirip dengan bayam. Brokoli juga mengandung nitrat seperti bayam. Nitrat ini akan berubah menjadi asam nitrat yang memicu tumbuhnya sel karsinogenik jika dipanaskan secara berulang ulang. Segera konsumsi sayur brokoli yang sudah matang. Untuk mendapatkan hasil yang maksimal dari brokoli ini, masak brokoli dengan cara dikukus.
Didapati, Kebanyakan suri rumah Atau Lelaki Bujang Memang suka Memanaskan Makananan yang dimakan pada waktu tengahari untuk dimakan semula pada waktu malam. , Jadi Tips Ni Sangat Sesuai Untuk yang berada di dalam kategori itu. Semoga Ianya Menjadi Panduan Yang berguna Untuk kita semua. Sekian.

Saturday, 16 April 2016

Diabetes

Secara amnya, penyakit diabetes ( kencing manis ) adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Biasanya, paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin. Dalam penyakit diabetes ( kencing manis ) disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga.
Namun begitu, terdapat dua jenis diabetes ( kencing manis ) iaitu diabetes jenis I dan jenis II. Diabetes jenis I (Insulin Dependent Diabetes Mellitus) berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas atau tiada penghasilan langsung.
Biasanya, penghidap diabetes jenis I mula mendapat simptom penyakit ketika zaman remaja atau sebelum mencecah usia 40-an. Dek kerana kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dan rawatan bagi mengawal tahap glukosa darah.
Diabetes jenis II berlaku apabila badan tidak menghasilkan insulin atau tidak menggunakan hormon insulin dengan baik. Kerap berlaku di kalangan individu yang berumur 40 tahun ke atas.
Berikut merupakan sepuluh tanda-tanda awal orang yang mengalami diabetes:
Minyak Kelapa Dara BioVCO boleh mengurangkan paras gula dalam darah. Ia boleh membantu dengan menyingkirkan gula berlebihan. Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Peningkatan kadar metabolisma samalah dengan aktiviti senaman yang dilakukan. Pengambilan 2 sudu besar sehari sudah mencukupi untuk menunjukkan kesannya. Tetapi pengguna hendaklah mengamalkannya secara konsisten. Walau bagaimanapun kesan Minyak Kelapa Dara BioVCO juga bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Ada individu yang menunjukkan kesan cepat, ada juga individu yang mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan kesan.
Kajian terbaru Diabcare 2013 mencatatkan, meskipun dengan kepelbagaian ubatan yang diambil, 76 peratus pesakit gagal mengawal tahap glukosa dalam darah mereka berbanding catatan sebanyak 72 peratus pada 2008. Ahli Endokrinologi serta Diabetologi Universiti Tubingen Jerman, Dr Stephan Jacob berkata, Once Weekly Bydureon menawarkan komplians yang lebih baik untuk pesakit diabetes jenis 2 dengan penurunan dua peratus bagi tahap HbA1c bagi tempoh enam tahun. “Ia meletakkan Once Weekly Bydureon sebagai inovasi terbaru bagi rawatan diabetes jenis 2 serta ideal bagi pesakit yang mempunyai gaya hidup aktif tetapi tidak mahu dibebani dengan jadual rawatan,” katanya.
Once Weekly Bydureon adalah satu-satunya terapi suntikan mingguan di Malaysia. Ia membantu menambah baik pengawalan glisemik bagi pesakit dewasa yang menghidap diabetes jenis 2 dengan menyalurkan exenatide (bahan aktif) secara terapi berperingkat berpanjangan melalui satu dos bagi tempoh seminggu pada bila-bila masa walaupun dengan perut kosong. Menawarkan kemudahan komplians rawatan untuk pesakit, ia dipreskripsi dalam bentuk terapi suntikan pra isi bagi kegunaan sekali. Ini memudahkan pesakit kerana mereka tidak perlu memindahkan ubat dari vial ke picagari untuk melakukan suntikan. Once Weekly Bydureon menyediakan dos yang diperlukan secara automatik dan memastikan penyampaian ubat yang mudah dikendalikan bagi kegunaan berterusan.

Thursday, 14 April 2016

Virus Zika

Virus Zika virus adalah virus ahli keluarga Flaviviridae dan genus Flavivirus, yang disebarkan oleh oleh nyamuk Aedes aktif-siang, seperti A. aegypti dan A. albopictus. Virus ini boleh memberi kesakitan yang ringan kepada manusia dan ia dikenali sebagai demam Zika atau penyakit Zika, dimana penyakit tersebut mula diketahui berlaku di kawasan khatulistiwa Afrika dan Asia sejak 1950-an. Kesakitan tersebut adalah satu bentuk penyakit ringan daripada demam denggi,di mana ia dirawat melalui rehat dan tidak boleh dicegah melalui ubat-ubatan atau vaksin. Namanya berasal dari Hutan Zika di Uganda , di mana virus pertama kali diasingkan pada tahun 1947. Virus Zika berkaitan dengan penyakit demam denggi, demam kuning, Ensefalitis Jepun, dan virus Nil Barat.
Pada 2014, virus ini merebak ke timur merentasi Lautan Pasifik ke Polinesia Perancis, kemudian ke Pulau Easter dan pada tahun 2015, ia merebak ke Amerika Tengah, Caribbean dan kini ia merebak ke Amerika Selatan sebagai satu wabak besar. Pada Januari 2016, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengeluarkan panduan perjalanan bagi negara-negara terjejas, termasuklah panduan langkah berjaga-jaga yang dipertingkatkan dan pertimbangan untuk menangguhkan perjalanan serta panduan untuk wanita hamil. Agensi-agensi kesihatan dan pemerintah lain turut mengeluarkan amaran yang serupa. Manakala negara-negara seperti Colombia, Ecuador, El Salvador dan Jamaica, menasihati wanita untuk menangguhkan kehamilan sehingga risiko mengenai virus tersebut dapat lebih diketahui.
Untuk keselamatan, wanita hamil disarankan tidak berkunjung ke negara-negara Amerika Latin dan Caribbean dimana telah menunjukkan peningkatan dalam kejadian 'microcephaly' iaitu kelahiran bayi dengan kepala atau otak mengecil serta gejala saraf iaitu sindrom 'Guillain-Barre'. Di katakan, Virus Zika telah merebak dengan pantas pada akhir akhir ini dan telah dikaitkan dengan kerosakan otak pada bayi. "Microcephaly" merupakan kecacatan otak atau kepala kekal yang boleh mempengaruhi kualiti hidup bayi sehingga dewasa.
Apakah microcephaly? Ia adalah kelahiran bayi tidak normal dengan kepala kecil dan otak tidak berkembang dengan sempurna. Gejala ini boleh menganggu intelektual dan perkembangannya terganggu. Dalam kes-kes tertentu, bayi yang dilahirkan boleh meninggal dunia kerana otaknya tidak berkembang dan ia tidak boleh berfungsi. Brazil merekodkan bayi yang dilahirkan dengan kepala kecil pada tahun 2014 tetapi jumlah itu melepasi 3,500 kes sejak Oktober lalu. Namun, sama ada kelahiran sedemikian disebabkan virus Zika, ia masih belum boleh disahkan. Tetapi ada kes bayi-bayi yang mati disebabkan ada virus dalam otak dan ia dikesan dalam plasenta dan cecair amniotik.
Virus Zika kali pertama di kesan pada monyet-monyet di Uganda pada tahun 1947. Dan, jangkitan pada manusia kali pertama dikesan di Nigeria pada tahun 1954 dan wabaknya menular di Afrika, Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik. Bagaimanapun, kesnya kecil dan Zika tidak diumumkan sebagai ancaman besar kepada kesihatan manusia. Pada bulan Mei tahun lalu, virus Zika dilaporkan menular dengan pantas di Brazil. Virus itu juga dikesan di Barbados, Bolivia, Colombia, Republik Dominican, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guatemala, Guadeloupe, Guyana, Haiti, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname dan Venezuela. Tetapi virus Zika tidak didapati di Kanada dan Chile kerana cuaca yang terlalu sejuk.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, nyamuk yang menjadi penyebab virus Zika adalah serangga sama yang menyebarkan denggi dan virus chikungunya. Cuma, nyamuk yang menyebarkan malaria, lebih aktif semasa hari siang, lantaran itu orang ramai dinasihatkan menggunakan kelambu sebagai pelindung. Menurut WHO lagi, virus Zika bukan sahaja menular di Amerika tetapi berisiko juga kepada negara-negara Asia. Memandangkan tidak ada rawatan khusus, satu-satunya pilihan yang ada ialah kurangkan risiko gigitan nyamuk. Paling menakutkan, virus baru ni masih tiada langkah pencegahan sehingga kini yang dapat dilakukan seperti yang dilaporkan oleh Anthony Fauzi, Ketua Instutut Alahan dan Penyakit Berjangkit (NIAID).
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan amaran bahawa Malaysia terdedah kepada penyakit ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, virus itu boleh menjangkiti sehingga empat juta orang di Amerika. Kementerian menasihatkan semua pelawat dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah serta rakyat Malaysia yang pulang dari benua berkenaan yang mempunyai gejala demam dan bintik-bintik dikehendaki melaporkan diri ke pusat kuarantin kesihatan atau pejabat kesihatan apabila tiba di Malaysia. Gejalanya adalah ringan dan sukar dikesan selain ketiadaan ujian cepat yang boleh digunakan.Rakyat Malaysia yang hendak pergi negara tersebut hendaklah mengambil langkah pencegahan seperti tidak berada di luar semasa waktu puncak gigitan nyamuk Aedes di awal pagi dan lewat petang, memakai pakaian menutupi anggota badan dan menggunakan ubat pencegahan gigitan (repelen) secara tetap.
Kementerian mengambil berat penularan virus Zika di benua tersebut memandangkan risiko jangkitan itu merebak ke Malaysia adalah tinggi kerana mempunyai nyamuk pembawa jangkitan iaitu nyamuk Aedes. Densiti nyamuk Aedes di Malaysia adalah sangat tinggi selain hakikat bahawa negara ini juga dibebani dengan masalah denggi yang disebarkan oleh nyamuk yang sama. Rakyat Malaysia secara amnya tidak mempunyai imuniti terhadap penyakit itu memandangkan ia belum terdapat di negara ini. Oleh itu, jika virus ini dibawa masuk oleh rakyat Malaysia yang dijangkiti atau pelancong luar ke Malaysia, ia boleh merebak dengan pantas. Dengan ini boleh dikatakan betapa bahayanya virus Zika ini jika ia menular ke negara ini. Seperti denggi, tiada vaksin dan ubat khusus dapat membunuh virus Zika, jadi orang yang dijangkiti akan menjadi sumber jangkitan kepada orang lain jika digigit oleh nyamuk Aedes. Menakutkan bila dengar. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Tuesday, 12 April 2016

Apa itu El Nino?

Apakah yang dimaksudkan dengan El Nino? Ramai orang yang mengeluh akibat cuaca panas dan kering yang berlaku sekarang ini. Apakah punca yang sebenarnya berlakunya fenomena panas ini? Menurut Kenyataan Media YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi pada 8 Januari 2016, cuaca panas di Malaysia akan berterusan sehingga Mac 2016. Kejadian ini berlaku di sebabkan oleh Fenomena El Nino kuat yang sedang berlaku ketika ini. Apakah sebenarnya El Nino?
Apa Itu El Nino?
Menurut laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), El Nino adalah Fenomena lautan yang berlaku setiap dua ke tujuh tahun di mana arus laut yang panas akan menggantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, berlaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembap.
Secara lazimnya, El Niño berlaku untuk tempoh 6 hingga 18 bulan. Biasanya ia terbentuk pada pertengahan tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah menjelang awal tahun berikutnya. El Niño yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama. Menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), El Nino adalah keadaan lebih panas dari biasa yang berpanjangan di kawasan tropika di tengah dan timur lautan Pasifik, dengan nilai Oceanic Niño Index (ONI) adalah 0.5°C atau lebih untuk sekurang-kurangnya 5 bulan ONI berturut-turut. ONI adalah Purata untuk 3 bulan berturut-turut anomali suhu permukaan laut (Sea Surface Temperature, SST) di kawasan NINO 3.4 dikira setiap bulan dan diguna pakai sebagai petunjuk fenomena El Nino. Menurut Wikipedia, El Nino merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Getaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika. "El Nino" dalam bahasa Sepanyol bermakna "anak lelaki" manakala "La Nina" pula bermakna "anak perempuan".
Kesan/ Impak El Nino
Berikut diantara kesan atau impak berlakunya El Nino terhadap sesuatu kawasan :-
Keadaan kering yang luar biasa di Malaysia, Indonesia, Filipina dan utara Australia.
Cuaca yang lebih panas dan kering juga berlaku di tenggara Afrika, India dan utara Brazil.
Cuaca lebih lembap pula berlaku di sepanjang pantai barat kawasan tropika Amerika Selatan dan pantai teluk di Amerika Utara.
Impak El Nino kepada negara secara umumnya boleh menyebabkan jumlah hujan diterima akan berkurangan, terutamanya bagi Sabah dan Sarawak.
El Nino juga boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering yang seterusnya memudahkan berlakunya kebakaran hutan yang boleh menyebabkan kejadian jerebu tebal merentasi sempadan yang akan memberi kesan terutamanya terhadap kesihatan, aktiviti luar dan pertanian.
Itulah El Nino, fenomena alam masa kini. Walaupun fenomena kepanasan ini tidak dikaitkan dengan aktiviti manusia di muka bumi, aktiviti lain seperti penebangan hutan secara tidak terkawal, pencemaran industri, penggunaan bahan bakar fosil secara berleluasa dan pelepasan gas rumah hijau hendaklah dikawal. Aktiviti tidak sihat ini adalah antara contoh "kerosakan‟ yang dilakukan manusia hingga memberi kesan terhadap bumi.

Monday, 11 April 2016

Strok Haba

Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setiap tahun, iaitu pada Mac dan September. Ketika itu matahari akan berada tepat di atas garisan khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada 12 tengah hari hingga 3 petang.
Apabila badan manusia terdedah pada cuaca panas yang terlampau bagi jangka masa yang lama, sistem badan akan gagal berfungsi menyebabkan suhu badan tidak terkawal. Dalam sistem badan manusia ada pusat kawalan suhu badan yang mana suhu badan manusia dikekalkan antara 36 hingga 37.2 darjah Celsius bagi melindungi tisu badan. Keadaan ini menyebabkan kita mudah terdedah pada strok haba (heat stroke). Strok haba atau ‘sun stroke’ ialah keadaan apabila suhu badan yang tinggi melampau melebihi 40.5 Celsius hingga mengakibatkan komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma seterusnya membawa maut.
Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Pusat Perubatan UKM (PPUKM), Dr Noriani Daud berkata keadaan ini berpunca daripada pendedahan berpanjangan terhadap cuaca dan suhu panas melampau dan dehidrasi badan. “Di Malaysia, gejala ini membimbangkan kerana Malaysia kini mengalami suhu panas yang melampau dan kering di mana kebanyakan kawasan boleh mencecah kepanasan suhu 38 Celsius hingga setinggi 44 Celsius. “Ia berlaku disebabkan sistem thermoregulator badan akan membantu menurunkan suhu melalui proses berpeluh manakala penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Dalam suhu yang ekstrem, haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. “Kesannya menyebabkan suhu badan meningkat membawa kepada penyahidratan yang teruk, tekanan darah rendah, pelbagai kerosakan organ dalaman yang akhirnya boleh menyebabkan kematian,” katanya kepada Metro Ahad. Menurutnya, antara tanda awal seseorang itu mendapat strok haba adalah sakit kepala dan berdenyut, mual dan muntah, sesak nafas, kurang berpeluh walau cuaca panas, lemah otot badan, kulit kering dan kemerahan, pengsan, sawan serta koma.
“Ada dua jenis strok haba iaitu exertional dan klasik. Strok haba exertional lazimnya berlaku kepada individu yang gemar melakukan aktiviti bersukan atau bersenam yang keterlaluan dalam keadaan suhu yang tinggi. “Ini berlaku dalam kalangan ahli sukan dan golongan muda. Strok haba klasik pula berlaku dalam kalangan individu yang lebih berumur serta terdedah kepada suhu melampau di samping individu yang mengambil alkohol berlebihan,” katanya.
Strok haba adalah keadaan lebih serius jika dibanding dengan kelesuan haba. Kelesuan haba berlaku apabila seseorang itu mengalami keletihan melampau, kesan daripada pengurangan tekanan darah dan jumlah darah. Ia disebabkan oleh kehila­ngan cecair tubuh dan garam selepas terdedah pada haba pada suatu jangka masa yang panjang. Kadangkala mereka mengalami kelesuan haba akan berasa tidak sihat, pengsan dan berpeluh dengan banyak. Ia berlaku apabila suhu badan menjadi tinggi dan berbahaya berikutan pendedahan terhadap haba secara berlebihan. Tubuh tidak lagi mampu untuk menyejukkan diri dan mula ke tahap kepanasan melampau. Mereka yang menghidap kelesuan haba perlu dipindahkan ke kawasan yang sejuk dan diberikan cecair terutama air kosong untuk diminum. Selepas perkara ini dilakukan, mereka akan berasa lebih baik dalam masa setengah jam. Mereka juga terhindar daripada mengalami komplikasi pada masa akan datang. Namun begitu, tanpa rawatan mereka akan mendapat strok haba.
Gejala kelesuan haba
Kulit yang sangat panas dan kemerah-merahan , berpeluh dengan banyak,pening , keletihan melampau , loya , degupan jantung yang cepat , kurang buang air dan kencing lebih pekat daripada biasa
Gejala strok haba
Suhu tinggi lebih 40 Celsius , dehidrasi , degupan jantung yang pantas. , pernafasan yang cepat , kejang otot , kekeliruan , kurang memberi tumpuan , serangan sawan , sakit kepala , resah , halusinasi dan pengsan
Nasihat Kementerian Kesihatan
Menangguhkan atau mengehadkan aktiviti lasak seperti berkayak, berbasikal, maraton, memanjat gunung dan lain-lain aktiviti ketika berlaku gelombang haba ini sehinggalah keadaan kembali reda. Jika tidak dapat dielakkan, pakai topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas. Minum air secukupnya dan minumlah air yang sudah dimasak. Pakai pakaian yang ringan, cerah dan elakkan pakaian berwarna gelap, tebal dan ketat. Seboleh-bolehnya berada di dalam rumah atau bangunan. Tinggallah dalam rumah yang mempunyai pengudaraan yang cukup atau kelengkapan penyaman udara sekiranya mampu. Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa penyaman udara. Sumber artikel : Metro Ahad, 27 Mac 2016

Friday, 8 April 2016

Talasemia

Apa itu Talasemia?
Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.
Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik. Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang di warisi dari ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.
Epidemiologi Penghijrahan masyarakat dan juga perkahwinan campur antara berlainan bangsa dalam masyarakat telah menyumbang kepada penularan penyakit talasemia ini ke seluruh negara di dunia. Peta di atas menunjukkan negara-negara yang diserang B -Talasemia (tidak jelas Negara manakah yang terlibat dan bagaimana ia terlibat. Seorang daripada setiap 20 orang rakyat Malaysia adalah pembawa Talasemia. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 600 ribu hingga 1 juta adalah pembawa Talasemia dan dianggarkan seramai 2500 pesakit pembawa Talasemia Utama. Biasanya kaum Melayu, Cina dan Sabah tetapi jarang terdapat di kalangan kaum India dan juga rakyat peribumi Sarawak.
Bagaimana Talasemia boleh diwarisi dari ibu bapa kepada anak-anak?
Setiap manusia mempunyai 2 jenis gen, dan ianya diwarisi dari ibu dan sebahagiannya dari bapa. Antara gen tersebut, terdapat 2 gen yang mengawal pembentukan hemoglobin yang terdapat dalam setiap sel darah merah. Mari kita lihat contoh 3 pasangan yang berlainan:
Kedua ibu bapa adalah normal. Mereka tidak mungkin mewariskan penyakit Talasemia atau Talasemia Major kepada anak-anak. Salah seorang ibu bapa penghidap Talasemia dan seorang lagi adalah normal. Setiap anak mempunyai 1 antara 2 (50%) peluang untuk mewarisi gen Talasemia daripada ibu atau bapa yang menjadi pembawa, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mendapat Talasemia. Ianya juga 1: 2 (50%) peluang untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa. Jika ini berlaku kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan normal. Tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat Talasemia major. Kedua ibu dan bapa adalah pembawa Talasemia, mereka adalah golongan berisiko. Kedua pasangan pembawa mempunyai peluang 1: 4 (25%) mempunyai peluang di setiap kehamilan dan melahirkan anak yang mengalami Talasemia major, 1: 2 (50%) berpeluang mempunyai anak yang mendapat ?Thalasemia trait?, dan 1:4 (25%) anak berpeluang mewarisi gen yang normal dari kedua ibu bapa dan ianya bebas dari penyakit tersebut.
Jenis-jenis Talasemia?
Talasemia Major - Pesakit Talasemia Talasemia Minor - pembawa, tiada gejala-gejala dan kelihatan sihat.
Apakah tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit Talasemia Major?
Sel darah merah dalam penghidap Talasemia Major hanya boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja berbanding dengan sel darah merah yang normal selama 4 bulan. Kekurangan Hemoglobin menyebabkan kekurangan oksigen dalam setiap sel badan.
Tanda-tanda awal pada kanak-kanak:
Kelihatan normal semasa kelahiran. Walau bagaimanapun ianya secara perlahan-lahan anak tersebut kelihatan pucat dan bertambah teruk apabila usia meningkat pada 6-18 bulan Kanak-kanak kelihatan letih dan gelisah Kekurangan darah (Anemia) yang teruk boleh mengakibatkan sesak nafas Kulit kelihatan kekuningan (Jaundice) Kurang selera makan Kembung perut disebabkan oleh pembengkakan hati dan limpa Perubahan pada pembentukan tulang muka.
Bagaimana untuk mengesahkan Talasemia?
Sejarah dan pemeriksaan fizikal. Penyelidikan makmal: Indeks Hematologi. Parameter Hematologi ini diukur menggunakan peralatan elektronik untuk mengira sel darah merah. Ianya untuk menilai ukuran dan isi padu sel darah merah dan jumlah hemoglobin yang terdapat di dalamnya. Talasemia disahkan apabila ukuran dan isi padu sel darah merah dan kepekatan hemoglobin di dalamnya menunjukkan berkurangan dengan jelas. Filem Darah dan morfologi sel darah merah. Apabila dilihat di bawah mikroskop, sel darah merah kelihatan pucat dan lebih kecil dari ukuran normal dan yang paling penting kebanyakan mempunyai bentuk yang ganjil: anisocytosis, poikilocytosis. Hemoglobin electrophoresis. Proses ini adalah untuk memisahkan protein berlainan yang menghasilkan molekul Hemoglobin- contohnya HbA,HbA2, dan HbF. Bagi pengesahan penyakit Talasemia ditentukan di mana tahap Hemoglobin janin (HbF) adalah tinggi dari paras normal dan perbezaannya adalah antara 20-90%. HbA2 biasanya dikira sehingga 3% dari paras normal hemoglobin dewasa, boleh jadi tidak wujud, berkurangan, normal atau sedikit meningkat. Kaedah Molekular. Kaedah ini adalah cara terbaik untuk mengesahkan atau mendapat maklumat yang khusus berkaitan dengan pengesahan penyakit, melalui kajian DNA.
Bagaimana Talasemia dirawat?
Pesakit Talasemia Major memerlukan pemindahan darah setiap 2-4 minggu sekali. Melalui cara ini ia dapat mengelakkan dari kekurangan darah akan menghindar dari kelihatan pucat dan memastikan tisu badan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Pesakit dapat hidup dan membesar secara normal. Ini akan menggalakkan sum-sum tulang rehat dan dengan ini pembentukan tulang adalah normal dan menjadi kuat serta muka kelihatan normal. Kekerapan pemindahan darah boleh menyebabkan pengumpulan zat besi dalam organ-organ utama seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin. Keadaan ini menyebabkan kegagalan organ-organ tersebut berfungsi. Zat besi yang berlebihan boleh dikeluarkan melalui terapi ?Chelation? yang boleh diberi melalui suntikan atau pengambilan secara oral. Splenectomy (pembuangan limpa) ? mungkin perlu dilakukan dalam keadaan tertentu. Pemindahan sum-sum tulang mungkin diperlukan jika terdapat penderma yang sesuai di kalangan ahli keluarga. Penggunaan Terapi Genetik masih dalam peringkat kajian. Iron chelators Kekerapan pemindahan darah boleh menyebabkan peningkatan zat besi dan ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuk diabetes, kegagalan jantung dan penyakit hati. Pengambilan ubatan juga boleh digunakan untuk mengeluarkan lebihan zat besi dari darah. Ia dipanggil 'iron chelators' - yang berfungsi untuk membendung zat besi dan melepaskannya melalui buah pinggang. Ubatan ini biasanya diberi melalui suntikan dengan menggunakan infusi pam secara perlahan untuk beberapa jam. Pemberian zat besi 'chelators' dari jenis tablet boleh diberi sekiranya rawatan infuse tidak sesuai atau tidak berkesan. Walau bagaimanapun, pengambilan ubat ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk dan memerlukan pemerhatian yang teliti. Injection-desferal Oral-L1and ICL 670
Apakah kesan jika Talasemia tidak dirawat?
Jika tidak dirawat pesakit Talasemia akan mengalami gejala seperti yang di nyatakan di atas dan boleh membawa kematian disebabkan kekurangan darah yang teruk. Walaupun pemindahan darah dilakukan berulang kali sepanjang hayat boleh menyelamatkan nyawa, tetapi ianya juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius disebabkan oleh lebihan zat besi di dalam badan pesakit Talasemia. Dalam jangka masa panjang, pesakit yang mengalami Talasemia akan menyebabkan pengumpulan zat besi dalam badan terutamanya di hati, jantung dan kelenjar endokrin (yang menghasilkan hormon). Pengumpulan ini akhirnya akan menyebabkan gangguan kepada fungsi normal jantung, hati, dan juga menyumbang kepada kelewatan tumbesaran serta kematangan seksual. Komplikasi ini boleh dielakkan dengan pemberian zat besi chelation secara berkala. Kualiti hidup pesakit Talasemia Peningkatan pemulihan dalam pengurusan klinikal Talasemia Major sejak 10-20 tahun yang lalu telah meningkatkan kualiti kehidupan pesakit. Pesakit mampu dan mudah mendapatkan rawatan seperti yang di sarankan.
Bolehkah Talasemia dielakkan?
Talasemia boleh dielakkan dengan pengesanan awal pembawa serta mengelakkan perkahwinan antara pembawa Talasemia Adakah kumpulan sokongan untuk penjagaan kanak-kanak Talasemia? Anda boleh menghubungi hospital atau klinik yang berdekatan atau Persatuan Talasemia Malaysia.