Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur

Saturday, 11 June 2011

Penyakit Bisul


Penyakit bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.
Organisma atau bahan asing yang memasuki sebahagian tisu membunuh sel sekeliling, membebaskan toksin dan mengakibatkan tindak balas keradangan dengan menarik banyak sel darah putih kepada kawasan tersebut dan meningkatkan aliran darah di sekeliling. Dengan itu, nanah adalah kumpulan sel tisu yang mati, sel darah putih, organisma yang berjangkit atau bahan asing dan toksin yang dibebaskan oleh kedua-dua organisma dan sel darah. Sturktur akhir bisul adalah dinding bisul yang terbentuk oleh sel sihat dalam cubaan mendirikan halangan sekeliling nanah yang menghadkan bahan berjangkit dari struktur sekeliling.
Simptom utama dan tanda sebarang proses keradangan adalah kemerahan, panas, bengkak dan sakit. Bisul mampu terbentuk pada sebarang tisu pejal tetapi sering kali berlaku pada permukaan kulit (where they may be superficial pustules or deep skin abscesses), dalam paru-paru,otakbuah pinggang dan tonsil. Komplikasi utama adalah penyebaran bahan nanah kepada tisu berdekatan atau jauh dan tisu mati yang berlaku secara meluas (gangrene). Bisul pada kebanyakan bahagian badan jarang sembuh sendiri, jadi rawatan perubatan perlu apabila bisul disyaki berlaku.
Rawatan pilihan pertama adalah pembedahan untuk mengeluarkan nanah. Amat penting untuk menyedari bahawa rawatan antibiotik tanpa pembedahan untuk membuang nanah jarang berkesan. Bagaimanapun, apabila pembedahan membabitkan kawasan berisiko tinggi (sepertiotak), pembedahan mungkin ditangguhkan atau digunakan sebagai pilihan terakhir. Penyingkiran nanah dari bisul paru-paru boleh dilakukan dengan meletakkan pesakit pada kedudukan yang membolehkan nanah dikeluarkan melalui saluran pernafasan respiratory tract. Selepas pembedahan untuk membuang nanah, antibiotik biasanya diberikan untuk mengawal jangkitan. Demah dan meninggikan anggota badan mungkin berguna untuk bisul kulit.
Nanah Perianal terdapat pada pesakit dengan Penyakit Buasir (inflammatory bowel disease)Penyakit Crohn, atau penyakit kencing manis. Sering bisul akan bermula sebagai luka dalaman disebabkan oleh ulser atau najis keras. Luka ini biasanya berjangkit akibat kehadiran najis dalam kawasan dubur (rectal), dan menjadi bisul. Ia sering hadir sebagai tisu bengkak pada dubur yang membesar dan menjadi semakin bertambah sakit.
Kesan-kesan
WALAUPUN kebanyakan masalah kulit tidak membahayakan nyawa tetapi ia boleh mendatangkan rasa tidak selesa dan mengganggu emosi pesakit.

Lebih-lebih lagi jika keadaan itu berinflamasi seperti bisul dan karbunkel – ketulan sakit dan bernanah yang terbentuk di bawah kulit apabila bakteria menjangkiti satu atau lebih folikel rambut anda.

‘‘Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar.

‘‘Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh,’’ kata Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

Menurutnya, bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel.

Walaupun sesiapa sahaja boleh menghidap jangkitan yang menyakitkan ini, mereka yang mempunyai diabetes, sistem imun tertekan, akne/jerawat atau lain-lain masalah kulit lebih berisiko tinggi.

‘‘Selalunya, pesakit boleh menjaga seketul bisul di rumah sahaja tetapi anda dinasihatkan tidak memicitnya kerana ia akan merebakkan jangkitan. Antibiotik atau penyaliran surgikal diperlukan untuk membuang jangkitan itu,’’ jelas beliau.

*Simptom-simptom

Dr. Abd. Hamid berkata, bisul selalunya timbul seperti ketulan menyakitkan yang berwarna merah jambu atau merah dengan saiz lebih kurang setengah inci diameter. Kulit di sekelilingnya juga akan kelihatan merah dan bengkak.

‘‘Dalam masa 24 jam, ketulan ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah.

‘‘Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit,’’ ujarnya.

Karbunkel merupakan satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih-lebih lagi di kalangan lelaki dewasa. Ia menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk daripada bisul tunggal.

Ia juga berkembang dan sembuh dengan lebih perlahan serta meninggalkan parut. Seseorang itu akan mengalami demam panas apabila karbunkel berlaku.

*Punca-punca

Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus.

Bakteria-bakteria ini, kata Dr. Abd. Hamid, selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung.

Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda.

Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan ‘meluru’ ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk – satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati.

*Faktor-faktor risiko

Walaupun sesiapa sahaja termasuk mereka yang kelihatan sihat boleh dijangkiti bisul atau karbunkel, faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko anda:

* Jika anda mempunyai kesihatan yang lemah, ia bertambah sukar untuk sistem imun anda melawan jangkitan.

* Diabetes menyukarkan tubuh melawan jangkitan. Malah, bisul yang sering timbul semula kadangkala menunjukkan tanda-tanda diabetes, lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun.

* Pakaian yang ketat atau melecetkan. Iritasi yang timbul daripada pakaian yang ketat akan menyebabkan kulit pecah dan bakteria lebih senang memasuki tubuh.

* Keadaan kulit yang lain. Disebabkan ia merosakkan lapisan kulit anda, masalah kulit seperti akne dan dermatitis menjadikan anda lebih senang dijangkiti bisul dan karbunkel.

* Ubat-ubatan sistem imun yang tertekan. Penggunaan jangka panjang kortikosteroid seperti prednisone atau ubat-ubat lain yang akan menekan sistem imun anda yang boleh meningkatkan risiko terkena jangkitan bisul atau karbunkel ini.

Bila perlu mendapatkan rawatan perubatan

Selalunya, anda boleh menjaga seketul bisul dengan sendiri. Tetapi anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika bisul itu timbul di muka, tulang belakang atau jika anda mempunyai:

* Bisul yang bertambah teruk dengan cepat atau amat menyakitkan

* Bisul yang besar dan tidak sembuh dalam masa dua minggu atau diiringi demam panas

* Bisul yang kerap timbul

* Terdapat garisan merah daripada bisul anda, yang merupakan tanda jangkitan telah memasuki salur darah anda

* Keadaan yang menekan sistem imun anda, seperti transplan organ atau jangkitan HIV. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai satu atau lebih bisul dinasihatkan untuk mendapatkan penjagaan perubatan.

Penyaringan dan diagnosis

Para doktor selalunya akan mendiagnosis bisul hanya dengan melihat kulit anda, tetapi kadangkala mereka akan mengambil sampel nanah untuk memeriksa jenis bakteria.

Jika mempunyai jangkitan berulang, anda dikehendaki menjalani ujian untuk diabetes atau lain-lain penyakit yang boleh melemahkan sistem imun anda.

Komplikasi

Dr. Abd. Hamid memberitahu: ‘‘Dalam beberapa kes, bakteria daripada bisul boleh memasuki aliran darah dan bergerak ke bahagian tubuh anda yang lain. Jangkitan yang merebak dikenali sebagai keracunan darah (septisemia) dan boleh meragut nyawa.

‘‘Pada awalnya, keracunan darah menyebabkan tanda-tanda seperti demam sejuk, demam panas, kadar degupan jantung yang pantas dan rasa sakit yang teramat sangat.’’

Tetapi keadaan ini, tambahnya, boleh cepat berubah kepada kejutan, bermula dengan tekanan darah dan suhu badan yang menurun, kekeliruan, pembekuan abnormal dan perdarahan ke dalam kulit.

Rawatan

Doktor mungkin akan mengeluarkan nanah daripada bisul yang besar atau karbunkel dengan membuat insisi/torehan kecil di hujungnya. Ini akan mengurangkan rasa sakit, mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengurangkan parut.

Jangkitan yang dalam tidak boleh dihilangkan secara keseluruhannya. Ia akan ditutup dengan kain kasa yang telah disteril agar nanah boleh terus dikeluarkan.

Kadangkala, doktor akan menetapkan antibiotik untuk membantu menyembuhkan jangkitan yang teruk atau berulangkali.

Pencegahan

* Bersihkan luka-luka dan geseran kecil dengan sabun serta air dan sapukan ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi.

* Pakaian ketat mungkin nampak anggun tetapi pastikan ia tidak melecetkan kulit anda.

* Pilihlah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta sejumlah kecil protein tidak berlemak. Elakkan makanan berlemak atau bergula.

Tip penjagaan sendiri

* Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.

* Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari. Kemudian, sapukan antibiotik yang boleh didapati di kaunter farmasi. Kemudian, tutup dengan pembalut.

* Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan.

* Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti.

Rawatan alternatif

* Minyak tea-tree. Minyak asas ini telah digunakan untuk berkurun lamanya sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antifungi. Sapukan minyak tersebut ke bisul anda beberapa kali sehari. Minyak ini boleh menyebabkan tindakbalas alahan. Berhenti jika masalah timbul.

* Ubat homeopati. Ubat homeopati untuk bisul termasuklah belladonna, hepar sulfuris dan silica.

* Herba. Teh herba seperti dandelion dan red clover dipercayai boleh membantu merawat jangkitan bakteria. Ubat salap lain yang mengandungi marshmallow atau elm yang licin boleh melegakan keradangan.

21 comments:

  1. jika ada sesuatu yang tumbuh di dalm isi punggung adakah ianya sama..iaitu bisul atau lain..kerana ia di dalam isi dan sudah sebesar bola ping pong..kerana yang tumbuh tu sejak sekoah menengah..lgi..jikalau boleh sila jawap soalan saya dengan segera..jika tidak faham sila hubungi saya di nombor (01114345616)

    ReplyDelete
  2. Saya mengalami masalah bisul di bahagian punggung yang sudah hampir setahun saya menanggungnya. pelbagai ubat antibiotik saya telah makan tapi masih tiada perubahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah anda melakukan pembedahan pada bisul anda? Jika belum segeralah melakukan. Saya telah menjalani pembedahan bisul. Alhamdulillah pembedahan tersebut berjalan dengan lancar. Tetapi sekarang saya perlu bersabar untuk merawat kulit saya kembali pulih.

      Delete
    2. Berapa lama masa untuk sembuh..saya baru lps operation..sudah dua minggu lebih..tapi air bisa kekuningan masih keluar..


      mstill

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. tgah ad bisulkt punggung ..skit..sudah 4 hari tiada prubhn .. bole sembuh ke ??

    ReplyDelete
  5. Kesiannya.. Gi la operate.client sy selamat dh operate buang bisul kt lutut.. Jap je operate buang nanah.. Lepas tu rehat.

    ReplyDelete
  6. Saya demam panas tapi saya ade bisul kat punggun saya. Benda ni sakit sangat saya x beritahu keluarga saya adekh saya kena bagi tahu keluarga saya

    ReplyDelete
  7. Saya demam panas tapi saya ade bisul kat punggun saya. Benda ni sakit sangat saya x beritahu keluarga saya adekh saya kena bagi tahu keluarga saya

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Salam saya baru saja sudah membuat operation bius setempat belakang telinga bagi mengeluarkan nanah tetapi masih ada sedikit nanah dalam luka jadi bagaimana nak cepatkan pulih jangkitan kuman nanah? Sebelum saya operation doc saya ada cakap jangkitan kuman nanah akan merebak ke otak atau lebih membahayakan keadaan kandungan saya sudah 29weeks. Tapi doc ada beritahu kita ada membuat pilihan kita akan buat pembedahan pengsan bagi untuk mengeluarkan jangkitan nanah tapi kalau tak operation/ct scan akan akan merebak ke otak atau dimana2 tetapi jika kita buat ct scan untuk memeriksa kepala ia akan jadi effect takut kandungan baby akan jadi gugur atau cacat. Saya jadi rasa bimbang dan macam2 timbul perasaan saya dengan piliham itu. Jadi bagaimanakah cara nak cepatkan pulih jangkitan kuman nanah?
    @sha21 tahun selangor

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Hi,saya ada bisul dibahagian tulang belakang. Adakah bahaya jika saya membiarkannya dan mengharap ia sembuh secara semula jadi?apakah kesan bisul ditulang belakang terhadap diri saya?

    ReplyDelete
  12. Hi.Saya ada bisul di bawah mata kanan saya. Saya baru sahaja pergi ke klinik 2hari lepas. 7minggu saya tunggu bisul keluar mata tapi masih tak keluar mata. Jadi semalam saya minta doktor pecahkan. Doktor sudah cucuk bisul ni dan picitkan tetapi adakah normal sekiranya kesan bisul masih bengkak selepas dipicit? Saya takut sekiranya masih tertinggal sisa nanah dan darah di dalamnya

    ReplyDelete
  13. Salam. Sya nk tny. Kenapa Kaki makin membengkak selepas operate buang bisui dan berasa gatal2. Mohon pencerahan. Trima kaih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faktor kencing manis mgkn berpontensi mengakibatkan gejala sedemikian ~ YTM Dr Pengiran Aishraffa'eil

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. slm... Nk tnya Mengenai punca bisul sya berlaku di crease of tigh sya..katanya berpunca dr kelenjar di femoral sya lma yg tersumbat...sbnrnya sya perasan ketulan tu lma dh ada cma sya tk ambk kesah sgt..dan skrg benjolan tu mkn besar dan katanya tu adalh abscess..bila sya baca blog ni bisul yg terjadi pda sya mungkin sbb pakaian ketat tu yg menekan. benjolan yg sedia aaa ..jd blh sya tnya...adakh dia bisul tu berpunca dr kelenjar di femoral sya tersumbat kna infection atau sbb tekanan pakaian pada benjolan tu yg menyebabkn bisul brlaku?

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. BISUL mungkin penyakit yang terlalu remeh bagi sesetengah orang terutama di negara ini. Ia sering diabaikan kerana diyakini tidak memberi kesan yang begitu serius sehingga mengancam nyawa pesakit.
    Justeru, ramai di kalangan kita yang tidak mahu memberi perhatian yang serius apabila diserang bisul, tidak mahu mendapatkan nasihat pakar perubatan, sebaliknya menggunakan ubat-ubat kampung yang tidak diiktiraf dan mengamalkan petua orang dahulu semata-mata.
    Tanggapan yang sama turut diterima pakai oleh ahli perniagaan yang turut menyimpan bakteria bisul selama berminggu-minggu sambil membawanya bersama ketika berangkat ke luar negara untuk urusan persendirian, walaupun sering tergaru-garu di bahagian perut sepanjang masa.
    Ingatkan bisul biasa yang akan dipicit dan terus mati apabila mata bisul sudah masak nanti, tidak sangka pula bila dia dapatkan nasihat doktor, mereka terpaksa menebuk sedalam satu inci untuk membersihkan kuman-kuman bisul di atas perutnya itu.
    Pemergiannya itu juga memburukkan lagi keadaan kerana penggunaan air yang tidak begitu bersih dan debu serta habuk yang turut memberi kesan ke atas bisul yang menyerang.
    Jelas ahli perniagaan itu lagi, jika tidak menjalani pembedahan bagi membuang bisul tersebut, beliau takut kalau kuman bisul itu akan merebak dari perut ke sistem usus dan saraf selain bahagian badan utama lain terutama jantung dan paru-paru sehingga boleh menyebabkan kecelakaan.
    Segala-galanya bermula apabila beliau digigit oleh serangga kecil, tidak pasti sama ada semut, lipas atau serangga lain. Gigitan itu menyebabkan kawasan gigitan menjadi gatal yang semakin bertambah hari demi hari dan menyebabkan terbentuk bintik merah dan bengkak kecil.
    Mengesyaki ia adalah bisul yang tidak memerlukan nasihat dan rawatan doktor, beliau membiarkan sahaja sambil mengamalkan kaedah perubatan dan amalan cara lama mengikut nasihat orang- orang tua tanpa pengambilan sebarang antibiotik bagi menyekat kuman tersebut dari terus merebak.
    Akibat tidak tahan dengan gatal-gatal yang gagal dibendung lagi, beliau segera pergi berjumpa dengan seorang pakar di Darul Ehsan Medical Centre dan terus dinasihatkan agar menjalani pembedahan seberapa segera.
    Akhirnya, setelah pembedahan yang dijalani awal minggu ini beliau semakin pulih dan yang lebih penting lagi ialah dapat menyelamatkan dirinya daripada menanggung musibah yang lebih mengerikan ekoran memandang remeh penyakit bisul ini yang boleh menyerang sesiapa jua.
    Kepada mereka di luar sana, beliau menasihatkan agar jangan sesekali mengambil mudah masalah bisul ini kerana kalau dibiarkan tanpa rawatan pakar, dikhuatiri kuman-kuman bisul akan merebak dan menyerang bahagian badan yang lain pula, jelasnya lagi.
    Simptom utama dan tanda sebarang proses keradangan adalah kemerahan, panas, bengkak dan sakit. Komplikasi utama adalah penyebaran bahan nanah kepada tisu berdekatan atau jauh ke dalam badan, selain menyebabkan kematian tisu dijangkiti berlaku secara meluas. Bisul pada kebanyakan bahagian badan jarang sembuh sendiri, jadi rawatan perubatan perlu apabila bisul yang teruk disyaki berlaku.
    Rawatan pilihan adalah pembedahan ringkas untuk mengeluarkan nanah. Amat penting untuk menyedari bahawa rawatan antibiotik tanpa pembedahan untuk membuang nanah jarang berkesan.
    Bagaimanapun, apabila pembedahan bisul membabitkan kawasan berisiko tinggi (seperti otak), pembedahan mungkin ditangguhkan atau menjadi pilihan rawatan terakhir.

    ReplyDelete