Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur

Wednesday 15 June 2011

Khasiat Kunyit




Herba tekanan darah tinggi adalah bahan alami yang boleh mengurangkan tekanan darah. Walaupun herba-herba ini tidak disyorkan kepada mereka yang mengalami tekanan darah yang terlalu tinggi, herba boleh membantu ramai orang. Jika tekanan darah anda hanya sedikit tinggi, maka anda boleh mempertimbangkan manfaat dan kebaikan herba tekanan darah tinggi.

Antioxidant dalam herba dan makanan adalah alat penting mengawal jantung dan kesihatan. Ini ialah kerana antioksiden membantu menghalang oksigen daam badan daripada merosakkan (mengoksidakan) molekul kolesterol dalam saluran darah. Ini sangat penting kerana kolesterol yang telah dioksidakan boleh menyebabkan plag dan penyumbatan, menyebabkan lebih sukar darah mengalir ke jantung.

Salah satu kuasa penawar alami kunyit ialah kandungan tinggi antioksiden, antaranya ialah vitamin C dan E, dan juga karotenoid (carotenoids). Ia juga mengandungi antioksidan yang berkesan seperti curcumin dan kompaun curcuminoids. Oleh sebab curcumin ialah antioksiden yang mujarab, ia membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri, dinamakan atherosclerosis, antara penyebab utama serangan jantung.

Kunyit mengurangkan paras kolesterol darah dengan menstimulasikan pengeluaran ‘bile’. Ia juga menghalang pembentukan ketulan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Kunyit juga membantu jantung dengan cara menghalang platelete , iaitu sel-struktur kecil dalam darah, daripada melekat antara satu sama lain menyebabkan darah berketul (blood clots).

Cara pengambilan:
1. suplemen curcumin boleh dibeli di farmasi

2. gunakan kunyit dalam masakan harian

3. ambil kunyit sebesar ibu jari. Kupaskan kulitnya dan dicuci hingga bersih. kemudian diparutkan dan diperah hingga mengeluarkan airnya. Campurkan air perahan kunyit itu dengan 1 sudu madu dan suku sudu teh lada hitam. Minumlah ramuan ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang. InsyaAllah ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi


p/s orang dulu2 minum air rebusan ibu kunyit bagi mengecutkan peranakan untuk wanita2 yang bersalin. Selain itu, kata orang dulu -dulu  kalau nak menguruskan badan dan badan langsing, kunyit di jadikan ulam...tapi tak tahulah keberkesanannya dan kesan sampingannya.


Lain-lain:



Khasiat Kunyit
Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya.
Melancarkan Perjalanan Darah

  1. Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.
  2. Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.
Memanaskan Badan
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.

Daun Kunyit
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.



No comments:

Post a Comment