Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur

Wednesday, 27 February 2019

Merawati Kanser/Tumor Otak melalui sinar gamma

Tahukah anda pembedahan untuk merawat tumor otak boleh dilakukan tanpa menggunakan pisau?
Mungkin satu waktu dahulu apabila diberitakan yang seseorang pesakit itu menghidap ketumbuhan atau tumor di bahagian otak, perkhabaran itu merupakan sesuatu yang pahit untuk ditelan, memandangkan tiada rawatan khusus yang boleh menyelamatkan nyawa individu itu daripada penderitaan melainkan menerusi pembedahan yang sudah tentu mempunyai risiko yang besar. Antara bentuk risiko yang bakal pesakit hadapi menerusi pembedahan yang akan dilakukan pada bahagian otak ialah sama ada mereka akan menjadi lumpuh, pembedahan itu tidak akan berjaya, pesakit akan koma mahupun mendatangkan kematian. Menerusi teknologi tinggi yang moden semakin canggih dari sehari ke sehari, kini pesakit yang menderita berhadapan dengan ketumbuhan pada bahagian otak boleh melakukan prosedur pembedahan tanpa penggunaan pisau atau luka menerusi kaedah Gamma Knife.
Apabila bercakap mengenai Gamma Knife (Pisau Gamma) bukan bermakna pembedahan itu dilakukan dengan pisau, tetapi menerusi kaedah sinaran gamma yang sangat tepat dipancarkan kepada tumor yang berada pada bahagian otak yang mahu dilupuskan itu. Kaedah pembedahan tanpa pisau ini dikenali sebagai kaedah Gamma knife radiosurgery. Sebelum prosedur dilakukan, pesakit itu perlu tahu sama ada tumor yang dihidapi itu adakah sejenis kanser atau ketumbuhan biasa bukan kanser, pada bahagian manakah terletaknya dan saiz tumor berkenaan. “Tumor yang merupakan kanser boleh jadi datang dari bahagian badan lain seperti hati dan payudara pesakit yang bermasalah barah dan kemudian merebak ke otak, manakala ketumbuhan yang bukan kanser ialah tumor yang ditakdirkan berada di dalam otak, tetapi bukan kanser, hanya berada di satu lokasi tertentu dan tidak merebak, cuma mungkin saiznya boleh membesar. “Tumor yang bukan kanser apabila berada pada bahagian saraf tertentu seperti contoh saraf mata, dia akan menyebabkan pesakit mengalami masalah dengan penglihatan, begitu juga sekiranya berada pada bahagian saraf berhampiran telinga juga akan mengganggu pendengaran.
Jenis tumor otak Glioma adalah yang paling sering terjadi dan memiliki empat level . Sel glia terdapat pada berbagai bagian otak, itulah sebabnya glioma memiliki beberapa jenis kecil yang utama, yaitu: Astrositoma – merupakan jenis tumor otak memiliki tingkat keparahan yang pelbagai. Paling sering ditemukan pada kanak-kanak dengan level rendah, namun jika terjadi pada orang dewasa dan lansia memiliki level yang lebih tinggi. Astrositoma pada grade IV atau dengan level paling tinggi dikenali juga dengan nama glioblastoma. Oligodendroglioma – tumor otak yang biasanya terjadi pada otak besar sisi depan dan pinggir, yang mengganggu pembentukan selaput myelin (selaput lemak yang membungkus sebagian besar dari akson) yang berfungsi dalam menghantarkan impuls pada sel saraf. Sebagian besar ditemukan pada usia dewasa, namun anak-anak juga dapat mengalaminya. Memiliki asosiasi dengan kelainan kromosom. Ependymoma – dapat berasal dari bagian otak yang mengandung cairan otak di beberapa bagian dari tulang belakang. Ditemukan pada usia remaja dan anak-anak dengan tingkat keganasan yang bervariasi namun dapat berubah. Ependymoma dapat menyebar ke bagian sistem saraf pusat lainnya melalui sirkulasi cairan otak. Pengangkatan segera diperlukan untuk menghindari pembesaran kepala akibat berisi cairan (hidrosefalus). Glioma batang otak – hampir sebagian besar kasus terjadi pada anak-anak usia di bawah 10 tahun, namun ada kemungkinan dapat terjadi pada orang dewasa. Tumor ini menyerang bagian bawah otak dan dapat terjadi dengan tingkat keganasan rendah hingga tinggi. Glioma saraf optik – sebagian besar ditemukan pada bayi namun bisa juga dialami orang dewasa. DItandai dengan pertumbuhan tumor di sekitar saraf yang menghubungkan mata dengan otak. Jika tidak ditangani maka dapat menyebabkan kebutaan progresif. Glioma campuran – Jenis glioma yang tidak spesifik di mana asalnya dan merupakan campuran dari beberapa jenis glioma dengan tingkat keganasan yang cenderung tinggi. Sebelum proses Gamma Knife pesakit akan diimbas menerusi mesin MRI (Magnetic Resonance Imaging) untuk menentukan tahap ketumbuhan, saiz ketumbuhan, di manakah letaknya dan sama ada tumor itu merupakan kanser atau tidak. Seterusnya doktor akan memberitahu pesakit prosedur seterusnya yang bakal dilakukan termasuk sama ada pesakit akan terlebih dahulu melalui pembedahan membuang tumor yang merupakan kanser ataupun saiz tumor yang terlalu besar. Setelah prosedur pembedahan dilakukan, barulah saki-baki tumor itu akan dihapuskan atau dikecilkan saiznya menerusi kaedah Gamma Knife. Tetapi sekiranya tumor berkenaan adalah ketumbuhan biasa dan jika boleh dibuang atau dikecilkan saiznya menerusi prosedur Gamma Knife, pihak doktor akan melakukan kaedah itu secepat mungkin tanpa perlu melakukan proses pembedahan. Pancaran sinaran Gamma Knife, adalah sangat tepat, boleh dilakukan berulang kali tanpa ada kesan sampingan lain, kaedah ini juga lebih selamat, tiada risiko trauma dan kesakitan atau pendarahan dan tidak membabitkan kos yang tinggi. Selalunya, selepas pembedahan pembuangan ketumbuhan yang merupakan kanser pada bahagian otak, kemoterapi tidak boleh dilakukan, tetapi pancaran sinaran Gamma Knife boleh membantu menghapuskan saki baki kanser yang ada dengan tepat biarpun pada bahagian yang sukar untuk ditembusi oleh pisau bedah. “Apa yang penting, teknik ini tidak akan mengganggu sel-sel lain yang normal berbanding dengan rawatan kemoterapi atau radioterapi kerana sinarannya akan tertumpu hanya pada sel kanser sahaja. “Sekiranya tumor di dalam otak terlalu besar ataupun tekanan di dalam otak terlalu tinggi, pihak doktor tidak boleh terus membuat kaedah Gamma Knife, tetapi perlu didahului dengan pembedahan dan bakinya baharu dilupuskan dengan teknik tersebut. “Jika dahulu sekiranya ada ketumbuhan kecil pun di dalam otak kita membuat prosedur pembedahan, tetapi melalui keaedah tersebut, pesakit kini tidak melalui prosedur pembedahan pun. Risiko pembedahan biasanya dikaitkan dengan jangkitan kuman, angin ahmar, sawan, koma, kematian dan sebagainya. “Prosedur hanya memerlukan sehari, pesakit yang sudah dibius dan dipakaikan sejenis bingkai di kepala akan menjalani kaedah ini dengan dimasukkan ke dalam mesin Gamma Knife (seperti MRI) selama lebih kurang 20 minit bergantung saiz dan kesukaran tumor yang ingin dilupuskan, pesakit tidak akan merasakan sebarang kesakitan, tiada pendarahan luka dan taruma. Apabila pesakit sedar mereka akan terus balik ke rumah seperti biasa. “Prosedur rawatan ini dilakukan di bilik sebelah menerusi panel yang dijalankan melalui komputer oleh pakar.

Friday, 22 February 2019

Hernia (Angin Pasang)

Hernia berlaku apabila kandungan dalam satu-satu ruang badan (biasanya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa mereka berada. Kandungan ini biasanya adalah sebahagian usus atau tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh lapisan nipis (membran) yang juga akan membentuk kantung hernia/hernia sac. Ia dikenali dengan angin pasang surut kerana sifat bonjolan itu dapat dilihat dan ada masa tidak. Sifat ini dalam bahasa perubatan dikenali sebagai ‘reducible‘.
Jenis-jenis Hernia (Angin Pasang) Inguinal hernia: Berlaku di bahagian kelangkang. Tujuh puluh lima peratus hernia adalah dari jenis ini. Ia 25 kali lebih kerap berlaku kepada lelaki berbanding wanita. Hernia jenis ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu langsung dan tidak langsung. Keduanya dibezakan melalui sedikit perbezaan berdasarkan kepada punca kejadian mereka. Kedua-duanya boleh kelihatan serupa semasa membonjol di kawasan kelangkang. Membezakan antara keduanya adalah amat penting semasa membuat diagnosa klinikal.
Angin Pasang tidak langsung: Hernia akibat bonjolan bila mana kandungan bonjolan terkeluar melalui jalan yang pernah dilalui oleh testes (buah pelir) semasa perkembangan di peringkat janin dahulu. (Ketika peringkat awal janin, buah pelir berada di dalam abdomen dan semasa perkembangan, ia turun ke bawah sehingga masuk ke dalam buah zakar). Jalan ini biasanya tertutup sebelum bayi lahir tetapi boleh menjadi tempat berlakunya hernia kemudian hari. Hernia ini boleh berlaku di semua peringkat umur. Kadangkala kantung hernia boleh membonjol sehingga ke dalam buah zakar.
Angin Pasang langsung: Hernia ini berlaku pada kawasan di mana dinding abdomen agak kurang tebal. Ia biasanya tidak menonjol ke dalam skrotum. Tidak seperti hernia tidak langsung yang boleh berlaku di semua peringkat umur, Hernia langsung ini cenderung berlaku kepada mereka yang berada di peringkat pertengahan umur dan orang tua disebabkan dinding abdomen menjadi semakin lemah bila umur meningkat.
Hernia femoral: Saluran femoral adalah jalan di mana salur darah arteri, vena dan saraf femoral keluar daripada abdomen untuk memasuki kawasan peha. Biasanya saluran ini ketat dan padat, tetapi kadangkala ia menjadi besar untuk membolehkan kandungan abdomen menonjol ke dalam saluran tersebut. Hernia femoral menyebabkan bonjolan di bahagian bawah lipatan kelangkang, di kawasan tengah peha. Biasanya berlaku kepada wanita dan lebih berisiko untuk tidak bersifat pasang surut/irreducible dimana ia tidak boleh ditolak masuk.
Hernia hirisan: Pembedahan abdomen boleh mengakibatkan dinding abdomen berubah dari segi struktur terutama di bahagian yang dihiris. Ia menyebabkan kawasan bekas hirisan ini menjadi lemah. Hernia boleh terjadi pada bahagian yang lemah ini. Ia berlaku dalam 2%-10% pembedahan abdomen. Penyebab Hernia (Angin Pasang) Hernia yang berlaku di kalangan warga tua samada disebabkan oleh adanya jalan yang terbentuk semasa perkembangan fetus, bukaan sedia ada di dalam ruang abdomen atau kawasan dinding abdomen lemah oleh sebab sesuatu keadaan. Apa jua keadaan yang menyebabkan peningkatan tekanan dalam ruang abdomen boleh menyumbang kepada pembentukan hernia atau menerukkan lagi hernia. Contoh termasuk: Obesiti, Mengangkat objek berat, Batuk, Meneran semasa buang air besar atau kecil Penyakit paru-paru kronik dan, Ada cecair di dalam ruang abdomen. Gejala, tanda-tanda dan komplikasi hernia(angin pasang) Gejala dan tanda-tanda hernia adalah berbagai-bagai. Ia boleh jadi ringan iaitu seseorang mengadu menghidapi bonjolan yang tidak sakit yang timbul apabila berdiri atau batuk atau meneran dan masuk balik bila berbaring atau ditolak masuk dengan tangan. Ada yang datang dengan gejala dan tanda-tanda yang teruk seperti bonjolan yang sakit, tidak boleh disentuh apa lagi ditekan masuk balik ke dalam ruang abdomen, kulit luar mungkin kelihatan merah kehitaman dan pesakit mungkin demam. Ini adalah akibat kandungan bonjolan seperti usus telah mengalami kekurangan bekalan darah akibat himpitan (jerutan) salur darah biasanya di lubang bukaan hernia. Ia dikenali sebagai angin pasang terbelit (strangulated hernia). Angin pasang surut Ia boleh muncul sebagai bonjolan baru di bahagian kelangkang atau kawasan abdomen lain. Seorang boleh rasa sakit/senak sedikit tetapi biasanya sentuhan pada bonjolan tidak menyebabkan rasa sakit. Bonjolan akan timbul atau bertambah saiz bila berdiri atau bila tekanan dalam abdomen bertambah (seperti batuk). Ia boleh ditolak masuk semula ke dalam abdomen (reducible). Angin pasang tidak surut Ia boleh merupakan bonjolan besar yang mungkin sakit yang sebelum ini ada pasang surut, kemudiannya menjadi tidak boleh masuk semula ke dalam abdomen dengan sendiri atau bila ditolak masuk dengan tangan. Sebahagiannya mungkin kronik iaitu telah berlaku untuk satu jangkamasa yang lama tetapi oleh kerana tidak sakit pesakit tidak mendapatkan rawatan. Ia boleh menjadi strangulated hernia. Angin pasang terbelit Hernia ini biasanya bermula sebagai hernia tidak surut yang kemudiannya mengalami belitan pada bukaan hernia menyebabkan himpitan pada salur darah seterusnya mengakibatkan usus yang terperangkap dalam bonjolan tidak mendapat bekalan darah. Biasanya pesakit mengadu sakit terutama apabila bonjolan ditekan. Boleh ada tanda-tanda usus tersumbat seperti loya, muntah dan perut menjadi kembung. Pesakit boleh ada demam dan biasanya kelihatan tenat. Rawatan kecemasan dan pembedahan segera perlu dilakukan. Rawatan Penjagaan di Rumah Secara umum semua jenis angina pasang perlu dibedah kecuali seseorang pesakit tidak boleh menjalani pembedahan atas sebab-sebab kesihatan yang lain. Elakkan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan tekanan dalam abdomen seperti batuk, angkat objek berat atau meneran yang boleh menyebabkan angina pasang menjadi lebih besar. Seseorang yang batuk perlu mendapatkan rawatan. Seseorang yang meneran semasa buang air besar atau kecil perlu menjalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui puncanya. Ia mungkin disebabkan masalah sembelit atau masalah kelenjar prostat besar (benign prostatic hyperplasia) yang perlu dirawat. Rawatan Perubatan Bergantung kepada samada ia boleh surut atau tidak boleh surut dan kemungkinan terbelit. Angin pasang boleh surut Secara umum, semua angin pasang perlu dibedah untuk mengelakkan kemungkinan komplikasi terbelit. Jika pembedahan tidak boleh dilakukan atas sebab kesihatan yang lain, doktor akan selalu membuat pemeriksaan secara berkala. Keadaan di mana doktor tidak melakukan pembedahan Ada hernia yang mempunyai bukaan hernia yang besar di mana risiko untuk terjerut adalah sangat rendah dan pembedahan untuk menutup bukaan besar ini adalah rumit. Rawatan setiap hernia adalah berbeza dan doktor akan berbincang dengan pesakit kaedah rawatan termasuk risiko dan faedah jika dibedah atau tidak. Angin pasang tidak surut Semua angin pasang tidak surut memerlukan rawatan kecemasan kerana risiko komplikasi terbelit. Cubaan untuk surutkan atau masukkan semula angin pasang boleh dilakukan biasanya dengan bantuan ubat tahan sakit dan ubat peregang otot (muscle relaxant). Jika cubaan gagal, pembedahan kecemasan perlu dilakukan. Jika cubaan berjaya, rawatan seterusnya bergantung kepada jangkamasa angin pasang ini berada dalam keadaan tidak surut (irreducible). Jika kandungan angin pasang adalah usus dan kemungkinan berlaku belitan dan bekalan darah ke usus yang terperangkap itu terhenti, tisu usus tersebut akan mati atau rosak ( gangrenous) dalam masa 6 jam. Dalam kes angin pasang terbelit melebihi masa di atas, pembedahan dilakukan untuk melihat kerosakan tisu usus dan membaiki angin pasang . Jika masa tidak surut adalah pendek dan diyakini tidak berlaku belitan dan tisu usus tidak rosak, pesakit boleh keluar wad selepas disurutkan. Disebabkan angin pasang ini berisiko untuk berulang menjadi tidak surut, adalah lebih baik pembedahan dilakukan lebih awal daripada biasa. Kadangkala, angin pasang tidak surut ini telah berlangsung begitu lama dan menjadi kronik di mana pesakit tidak merasa sakit dan tiada tanda-tanda sumbatan usus, bagi kes seperti ini pembedahan boleh dilakukan secara elektif (mengikut jadual seperti biasa).

Wednesday, 13 February 2019

Apa itu Lipoma? Sejenis benjolan kecil yang membesar secara perlahan-lahan

KETULAN atau benjolan berbentuk bulat sama ada kecil atau besar yang tumbuh antara permukaan kulit dan lapisan otot boleh membuatkan seseorang itu rasa kurang selesa. Lazimnya, lipoma tumbuh di beberapa bahagian badan seperti tangan, kaki, bahu dan belakang leher, malah ada di dalam organ badan. Walaupun tidak terasa sakit apabila ditekan, namun ada yang bimbang dan beranggapan ketulan itu terus membesar hingga boleh menyebabkan barah. Pakar Bedah Endo-Laparascopic, Sri Kota Specialist Medical Centre, Dr K Anantha, berkata ketulan yang terbentuk daripada sel lemak atau tisu adipose dipanggil lipoma. Bagaimanapun, keadaan itu tidak berbahaya tetapi lipoma yang tumbuh dalam sistem gastrointestinal sehingga menyebabkan penyumbatan dalaman usus boleh mengancam nyawa. "Lipoma tidak dikategori sebagai tumor sebaliknya benjolan itu boleh berkembang dan membesar secara perlahan pada tubuh yang ada sel-sel lemak. "Kebanyakan lipoma bukan barah, walaupun ada percanggahan pendapat mengenai lipoma yang dipercayai boleh menjadi barah," katanya. Dr Anantha berkata, lipoma tidak berbahaya dan hanya satu peratus dideritai oleh orang dewasa dan jarang dihidapi dalam kalangan kanak-kanak di negara ini. Bagaimanapun, jika ada individu dikesan ia adalah berkaitan dengan simptom lain seperti penyakit keturunan yang dipanggil lipomatosis. Selalunya orang dewasa, seawal usia 25 tahun berisiko mendapat lipoma manakala lebih kerap berlaku pada individu berumur 35 tahun ke atas. Lipoma boleh tumbuh dan membesar bersaiz satu hingga tiga sentimeter mengikut ukuran diameter, kemudian ia membesar secara perlahan setiap bulan atau tahun. Dr Anantha menjelaskan proses itu boleh berhenti sekiranya ia tidak normal tetapi boleh menjadi besar. "Lipoma boleh berkembang di bawah fascia atau selaput otot yang lebih mendalam dikenali sebagai sub-fascial. "Selain hanya di kawasan permukaan kulit di badan, lipoma juga boleh tumbuh di bahagian dalam badan seperti tekak, dalam perut dan usus kecil dan paru-paru. Beliau berkata, lipoma boleh wujud di dalam hati dan tulang, namun jumlahnya sangat sedikit dan jarang dilaporkan. "Tiada punca atau mekanisma tertentu yang menyebabkan lipoma. Kadang kala, ia juga boleh disebabkan oleh penyusunan semula gen kromosom iaitu 12 kromosom. "Lipoma yang tumbuh berdekatan dengan saraf seperti jenis Intradermal Spindel Cell Lipoma atau Nerve Shift Lipoma akan menyebabkan individu rasa sakit kerana ia menekan saraf," katanya. Pesakit boleh mengesan tanda awal perkembangan lipoma dengan merasa ada bengkak sebesar satu sentimeter ketika mandi. "Kebanyakan benjolan itu tidak sakit tetapi apabila ditekan kesakitannya hanya pada tahap minimum," katanya. Dr Anantha menasihatkan mereka yang mengalami kesukaran bernafas mungkin ada lipoma pada paru-paru dan jantung. Bagi lipoma yang timbul di dalam saraf, tanda awal boleh dikesan apabila terasa sakit pada sendi. Lipoma juga boleh dilihat di bahagian organ endokrin, tiroid, kelenjar adrenal, pankreas dan kelenjar paratiroid. "Penyakit ini boleh dikekang dengan mengawal berat badan dan memastikan tidak ada sel lemak berlebihan dalam tubuh," katanya. Beliau menyarankan membuang lipoma yang semakin membesar khususnya, di bahagian yang lembut dan membesar dengan cepat serta menjadi keras untuk mengelak kanser. INFO * Lipoma bersaiz kecil (antara 1 sm - melebihi 6 sm. * Kerap diperoleh mereka berusia 40 hingga 60 tahun * Individu bawah 40 tahun dan kanak-kanak. * Lakukan pemeriksaan awal. * Benjolan dikenal pasti menerusi diagnosis klinikal dengan menjalani ujian radiologi seperti imbasan ultrasound, imbasan imbasan Tomografi Berkomputer atau CT Scan, pengimbas Imej Magnetik (MRI) *Dilakukan jika ada tanda luar biasa. Tisu adipose * Tisu atau lemak dalam badan. * Berfungsi untuk penyimpanan tenaga dalam bentuk lemak. * Bertindak sebagai 'pelapik' dan memberi haba kepada badan. * Tumbuh di bawah kulit dan organ dalaman badan.

Tuesday, 12 February 2019

Penyakit kulit Psoriasis

Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Penyakit ini tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut, siku lengan dan kaki tetapi boleh juga melibatkan bahagian badan yang lain termasuk kuku.Psoriasis kelihatan seperti penyakit kulit tetapi ia sebenarnya adalah penyakit kronik gangguan autoimun yang dialami oleh kira-kira satu hingga tiga peratus daripada penduduk secara umumnya di Malaysia. Ia juga boleh dialami oleh semua orang tidak kira dewasa atau kanak-kanak.
Rajah di atas menunjukkan kawasan yang mudah dijangkiti psoriasis. Tanda-tanda Tahap serius berbeza bagi setiap individu. Tanda-tanda berlainan bagi setiap individu dan merangkumi : Keguguran sisik pada kulit Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan. Gatal tetapi pada tahap yang minima Jenis-jenis psoriasis Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis. Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis Psoriasis bahagian lampin Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia bernanah dan menyebabkan kesakitan.
Komplikasi Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah: Sendi-sendi hujung pada jari tangan atau kaki Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat) Krim dan ubatan yang boleh melegakan. Pelembab Ia adalah penting untuk menjaga kulit yang terlibat lembap sepanjang masa. Anda seharusnya : Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap bila sisik agak banyak Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak Sapu pelembap sebaik sahaja selepas mandi Ubatan dan krim Doktor akan memberi ubatan seperti : Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap . Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine atau Calcipatriol Cahaya ultraviolet NBUVB dan fototerapi PUVA Di mana untuk mendapat rawatan? Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda Perkara perlu diingati Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini. Jangan garu atau kikis sisik atau psoriasis kerana ia akan menjadi lebih teruk dan kulit menebal. Tanah liat putih yang bermutu tinggi dikatakan antara pilihan rawatan alternatif bagi merawat penyakit psoriasis. Tanah liat ini dicampur dengan 100% air galian yang ditapis khusus bagi menjaga kualiti tanah tersebut. Kaedah ini terbukti boleh membantu, malah mampu menyelesaikan pelbagai jenis penyakit kulit seperti Ekzema, Psoria sis, Gatal-gatal, Kurap, Panau, Kayap, Ruam susu (bayi), Ruam panas, Kudis, Kudis buta, Cacar air , Jerawat, luka dan lain-lain masalah kulit.