Orang yang sakit memerlukan ubat untuk menyembuhkan penyakitnya samada sakit itu penyakit biasa atau penyakit kronik. Banyak jenis ubat telah diketengahkan untuk merawat pesakit namun matlamatnya adalah sama iaitu memulihkan kemerosotan kesihatan kepada kesihatan yang lebih baik dan sihat.
Cara pengubatan (practice of medicine) dalam menyembuhkan penyakit , bermacam-macam teknik pengubatan digunakan seperti Allopathy, Homeopathy, Acupuncture, Rawatan Traditional, Herba dan berbagai lagi.
Hahnemann mengelaskan ubat Homeopathy sebagai penawar atau Remedy. Ubatan dibuat atas dasar potensi (misnamed dilutions) yang mempunyai kuasa yang besar ( the curetive power). Hahnemann berkata, “Kesesuaian dalam rawatan kes-kes yang dihadapi, ia tidak sahaja bergantung kepada ketepatan penawar tetapi bergantung juga kepada kuantiti paling kecil dos penawar yang diberikan,”
Hanya Perubatan Homeopathy yang mengamalkan kaedah rawatan dengan hanya memberikan dos yang paling kecil (infinitisimal) dalam menyembuhkan penyakit, berdasarkan atau berpandukan kepada keseluruhan simpton sakit. “Lagi sedikit dos yang digunakan , lagi bagus “.Penggunaan penawar yang banyak akan menimbulkan gejala-gejala ubat atau penyakit tiruan setelah penyakit asal habis dihapuskan.
Keistimewaan penawar Homeopathy ini, tidak dapat ditandingi oleh lain-lain kaedah rawatan perubatan . Kesimpulanya ,dalam setiap ubat atau penawar Homeopathy tidak terdapat bahan dadah atau racun yang boleh memberikan kesan sampingan. Homeopathy diyakini selamat digunakan. Homeopathy merawat masaalah kesihatan secara total.
Melalui internet , banyak ilmu boleh dipelajari. Bukakan minda ,jaga kesihatan kita sekeluarga agar sihat. Negara akan maju dan makmur jika rakyatnya sihat minda dan fizikal. Hospital dan klinik adalah tempat terbaik untuk mendapat rawatan kesihatan tetapi dari segi ubatan yang digunakan, kita sebagai pengguna harus meneliti dan kaji setiap kesan sampingannya. Rujuklah kepada pakar setiap bidang dan buat penilaian.
Hari ini masyarakat masih keliru dan ada yang tidak tahu langsung apakah yang diambil oleh mereka sewaktu mendapat rawatan diklinik dan hospital. Doktor selalu berkata ….mak cik/pakcik/adik-adik.…makan ubat ini ikut aturan. Ini Antibiotik habiskan. Jangan tak makan ubat. Makan ubat sampai habis…. Itulah yang selalu kedengaran Doktor memberitahu atau menerangkan kepada pesakit….. Semua pesakit ikut dan taat. Patuh tanpa soal. Sebab apa taat?, Sebab apa ikut? ……. (Adakah pesakit berani bertanya kepada doktor . Apakah jenis ubat yang diberikan untuknya? ,Ada apa-apa kesan sampingan? ). Pada satu ketika pesakit terpaksa memakan bermacam-macam ubat dalam sehari . Ubat-ubat yang disarankan oleh doktor diklasifikasikan sebagai drug oleh Ahli Farmasi. (www.search drug side effect). Apa yang pesakit anggap sebagai ubat sebenarnya adalah drug. Makna drug dalam bahasa Malaysia bermaksud dadah.
Dadah jika digunakan sewaktu badan dalam keadaan normal (sihat) akan memudaratkan kesihatan . (www.vaughns-/medicine/heart-drugs.htm), jika digunakan dalam dose berlebihan boleh membawa maut . Walaubagaimanapun jika digunakan dalam sukatan atau dose tertentu mengikut nasihat pakar perubatan sewaktu sakit , akan dapat memberikan kelegaan sementara. Walaubagaimana pun drug yang paling selamat diperkatakan , ia masih mempunyai kesan sampingan kepada penggunanya.
Hari ini banyak dadah yang mudah didapati dipasar gelap. Dadah ini dikenali sebagai illegal drugs. Walaubagaimana pun tanpa disedari terdapat legal drugs yang digunakan dalam kehidupan seharian. Penggunaan dadah terhormat atas nasihat doktor.
Penggunaan tata Bahasa Melayu kita agak bercelaru , Kes merawat pesakit ini boleh disamakan dengan dialog harian kita. Ramai yang tidak dapat membezakan kegunaan Bahasa Malayu yang sesuai dalam pertuturan . Adakah Racun Nyamuk disebut sebagai Ubat Nyamuk !. Cuba fikir sejenak ,adakah ianya benar?……. Hei! tauke bagi ubat nyamuk satu kotak!…., (Ali berteriak kepada tuan kedai runcit …) Adakah Ali ingin menjaga nyamuk untuk sihat , gemuk atau berkeinginan untuk memusnahkan atau mematikan nyamuk-nyamuk itu……
Awasi setiap ubatan yang kita makan. Jadi lah pesakit yang bijak, sentiasa meneliti apa yang kita masukkan kedalam mulut , banyakkan membaca dan sensitif dengan keadaan sekeliling, Sayangi diri kita .
Extra information
Drug-Definition:
- medicinal substance: a natural or artificial substance given to treat or prevent disease or to lessen pain – (a substance that is used as a medicine or narcotic) ,
- illegal substance: an often illegal and sometimes addictive substance that causes changes in behavior and perception and is taken for the effects . agent — (a substance that exerts some force or effect)
- add drug to something: to mix a drug with somebody’s food or drink to make him or her fall asleep or become unconscious
Remedy- Definition:
- way of putting something right: a means of putting something right or getting rid of something undesirable
- medicine treatment for disease: a medication or treatment that cures a disease or disorder or relieves its symptoms
- alternative medicine homeopathic treatment: a substance prescribed by a homeopath, and taken in minute quantities
Medicine- Definition:
1. drug for treating illness: a drug or remedy used for treating illness , eg.cough medicine
2. treatment of illness: the diagnosis and treatment of illnesses, wounds, and injuries
3. treatment using drugs: the treatment of illness or injury using drugs rather than surgery
2. treatment of illness: the diagnosis and treatment of illnesses, wounds, and injuries
3. treatment using drugs: the treatment of illness or injury using drugs rather than surgery
No comments:
Post a Comment