Pembedahan katarak mata boleh menyebabkan ketidakselesaan yang serius pada kedua-dua belah mata. Kini pembetulan penglihatan akibat kataraks boleh dilakukan melalui laser kornea. Sebelum itu, pesakit perlu menjalani beberapa pemeriksaan lengkap serta siri ujian sebelum pembedahan.
Selepas hanya dua jam di klinik, kini pesakit boleh pulang ke rumah dan menjalankan rutin harian dalam keadaan penglihatan yang jauh lebih baik.Proses rawatan laser mata ini dikenali sebagai Wavelight Refractive Suite.
Kebanyakan orang tidak tahu bahawa setiap mata mempunyai ceritanya sendiri dan setiap cerita adalah berbeza. Mata setiap orang mempunyai profilnya sendiri yang bergantung kepada usia, sejarah kesihatan dan penggunaan matanya dalam kapasiti yang berlainan berasaskan pekerjaan, minat dan gaya hidup.
Justeru, memang sewajarnya mata setiap orang diuji secara berasingan untuk menilai dengan tepat kesihatannya dan untuk memastikan diagnosis dan preskripsi yang betul. Jika ini tidak dilakukan, ia boleh mengakibatkan seseorang mengalami masalah penglihatan atau dalam kes lebih teruk kemerosotan penglihatan yang boleh membawa kesan jangka panjang, dan akhirnya menjejaskan kualiti hidup.
Bagi mereka yang mengalami masalah penglihatan, pembedahan laser atau lasik menjadi pilihan selain cermin mata bagi yang rabun jauh atau dekat atau pembedahan katarak. Perkembangan teknologi sejak 1950-an telah membawa kepada penemuan rawatan laser -assisted in situ keratomileusis (Lasik) yang semakin berkembang setiap tahun, dari penggunaan pisau kepada penggunaan laser sepenuhnya. Ini mungkin membantu pesakit-pesakit yang mengalami masalah penglihatan seperti rabun dekat dan jauh, astigmatism serta katarak mata.
Lasik kini merupakan prosedur pembedahan laser paling popular untuk mengoptimumkan daya penglihatan dan menjadi pilihan kerana tempoh pemulihan yang pantas, kurang komplikasi dan kesan sampingan berbanding pembedahan refraktif lain. Pembedahan laser refraktif pula merupakan satu kaedah kekal dan membetulkan masalah rabun dengan segera. Kini bukan lagi sesuatu yang mencabar bagi doktor mata kini dalam mengatasi masalah mata pesakit berumur melebihi 40 tahun yang enggan memakai cermin mata ketika membaca.
Menurut Pengarah Pusat Perubatan Mata Lee (LEC), Dr. Lee Mun Wai, Pembedahan laser refraktif merupakan alternatif bagi mereka yang penat memakai cermin mata dan merasa kurang selesa untuk memakai kanta lekap.
Pemeriksaan
"Ia adalah satu kaedah di mana rawatan laser dilakukan ke atas kornea untuk mengubah bentuk kornea bagi membolehkan imej difokus dengan baik ke atas retina. Sebelum Lasik, seseorang itu akan menjalani pemeriksaan yang menyeluruh termasuk kesihatan mata ditentukan dan ketebalan kornea dan darjah kerabunan akan diperiksa bagi menentukan kesesuaian Lasik. Terdapat pesakit yang dikesan mempunyai masalah mata lain dan mungkin kurang sesuai menjalani Lasik, tetapi rawatan khusus dapat diberi di samping beberapa alternatif lain. Lasik menunjukkan pengubahsuaian bentuk kornea adalah kekal. Oleh itu kesan kaedah ini akan kekal," katanya.
Kini terdapat kaedah lasik selamat tanpa menggunakan pisau dan dilakukan hanya dalam masa 1.4 saat yang dikenali sebagai Wavelight Refractive Suite. Ia juga mempunyai sistem penjejakkan canggih bebola mata yang akan memastikan keselamatan pesakit sepanjang berlangsungnya prosedur. Menerusi Lasik, pembedahan laser digunakan ke atas lengkungan kornea dan ia menjadi pilihan ramai kerana tempoh pemulihan yang pantas serta kurang komplikasi dan kesan sampingan.
Perubahan
Penglihatan bertambah baik
SEHINGGA kini, orang ramai masih lagi takut untuk menjalani pembedahan Lasik berikutan stigma ke atas penggunaan pisau walaupun pada hakikatnya prosedur itu kini jauh lebih canggih. Dengan gabungan dua jenis laser iaitu 200 kHz Wavelight FS200 femtosecond dan 500Hz Waveligh EX500 excimer, tekonolgi Wavelight Refractive Suite yang pertama diperkenalkan di Malaysia dan Asia menjadi platform pembedahan baik pulih mata terpantas di dunia.Pengarah Perubatan Pusat Mata lee (LEC), Dr Lee Mun Wai, teknologi terkini ini bukan sahaja kos efektif dan pilihan mudah kepada mereka yang mahu bebas daripada bergantung pada cermin mata dan kanta mata lekap. Ia juga sesuai bagi mereka yang tidak mahu dibebani dengan prosedur pembetulan berulang. Prosedur ini cepat hanya mengambil masa sepuluh minit. Ia selamat, tidak sakit dan hanya menggunakan ubat titis mata sebagai anestetik. Keputusannya pula serta merta.
"Seseorang pesakit yang ingin mendapatkan rawatan mata selalunya bimbang dan khuatir tentang risiko yang perlu ditanggung. Tetapi kaedah ini bukan hanya mengurangkan komplikasi serius, tetapi juga mampu membantu menyelesaikan masalah bagi mereka yang gagal memperolehi keputusan memuaskan daripada prosedur konvensional lasik atau katarak. Teknologi canggih ini membolehkan rawatan laser mata dilakukan mengikut kesesuaian individu," ujar Dr. Mun Wai. Wavelight juga dilengkapi dengan rangkaian komputer bersepadu yang dikenali sebagai WaveNet yang membolehkan pemindahan data pesakit dilakukan melalui peralatan diagnostik ke laser itu.
Ini membolehkan pakar bedah memberikan hasil pembetulan mata secara konsisten beserta hasil visual berkualiti tanpa kompromi dari segi tahap keselamatan ketika melakukan rawatan.
Dr Mun wai yang sebelum ini aktif dalam kajian klinikal optalmik berkata antara ciri menarik teknologi laser FS200 adalah kemampuannya merawat mengikut bentuk dan saiz kornea yang berbeza. Selain itu, ia juga mampu meminimumkan insiden lapisan gelembung yang kabur. Tambahnya lagi, FS200 juga merupakan laser femtosecond yang terpantas, mengurangkan masa untuk membuat lapisan nipis (flap) pada mata kepada enam saat.
Dalam pada itu, EX500 ialah laser eksimer paling pantas dalam pasaran dan boleh merawat 1.0 diopter (100 darjah kuasa cermin mata) hanya dalam masa 1.4 saat.
"Menerusi teknologi terbaru dari Jerman ini, saya yakin bahwa hasil keputusan daripada prosedur pembedahan yang lebih efisyen dan efektif ini serta kemampuannya, ia akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk memilih prosedur rawatan penglihatan melalui Wavelight," ujarnya.
ReplyDeleteInfo yang berguna. Katarak boleh disebabkan oleh faktor usia dan faktor sekunder iaitu penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Untuk mencegah katarak, mata perlu dijaga dari awal kerana proses pembentukan selaput pada kanta mata adalah satu proses yang perlahan dan berterusan. Bagi mencegah katarak, seseorang yang berisiko tinggi digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang kaya dengan Vitamin C, beta-carotene dan Vitamin E. Selain itu, bagi mereka yang menghidap penyakit-penyakit kronik, kawalan penyakit itu sangat penting. Merokok dan pengambilan minuman keras juga tidak digalakkan kerana ia boleh mengurangkan kandungan air di dalam kanta dan menyebabkan kanta menjadi kering dan tidak kenyal.