Kebaikan Meminum air kosong
Jom minum air, ingat jgn lebih dari 8 gelas sehari ...
Meminum cukup air bukan hanya kerana kita merasa dahaga saja. Namun kita harus pertimbangkan kegunaan air ini dalam tubuh manusia. Berikut ada 5 tips berguna, mengapa kita harus meminum cukup air.
1. Demi menjaga keseimbangan cecair tubuh.
Dengan kandungan air dalam tubuh mencapai 60%, fungsinya amat penting dalam proses pencernaan, penyerapan makanan, sirkulasi, menghasilkan air liur, mengangkut nutrisi tubuh, dan menjaga suhu tubuh. Jika kekurangan air, yang haus bukan hanya mulut, melainkan otak. Sumber air untuk tubuh dapat di perolehi dari air putih, jus, susu, teh dan kopi. Dalam hal ini minuman alkohol tidak termasuk kerana akan menyebabkan tubuh dehidrasi.
2. Untuk meningkatkan tenaga otot.
Jika otot terasa nyeri dan lelah adalah petanda cecair dalam tubuh tidak seimbang. Kerana itu minum banyak air sebelum dan saat berolahraga dianjurkan untuk menggantikan cecair yang hilang lantaran ia keluar menjadi peluh.
3. Untuk mengawal kalori.
Dalam beberapa tahun terakhir peserta diet meneguk banyak air minuman non kalori sebagai cara menurunkan berat badan. Makanan yang mengandung banyak air cenderung untuk kerap dikunyah dan diserap tubuh perlahan. Ini menumbuhkan rasa kenyang. Makanan itu di antaranya adalah buah-buahan, sayuran, sup, gandum, dan kacang-kacangan.
4. Ginjal akan berfungsi normal jika keseimbangan air dalam tubuh dijaga.
Sampah utama dalam tubuh adalah nitrogen urea, yang larut dalam air, kemudian disaring oleh ginjal dan dibuang melalui urin. Ginjal bekerja dengan amat baik jika dibantu oleh cecair tubuh. Tubuh yang cukup air menghasilkan urin berwarna terang, tidak berbau, dan mengalir lancar.
5. Cairan tubuh yang seimbang menjaga fungsi saluran pencernaan.
Kerana usus amat luas menggiling makanan dan menyerap sarinya. Jika kurang air, usus besar menyerap kembali cairan dari kotoran. Inilah penyebab sembelit dan susah buang air besar, karena terlalu kering setelah airnya disedot kembali oleh tubuh. Jadi sebaiknya meminum air segar, atau Anda membiarkan usus besar mengorek sisa air dari calon tinja.
Selain itu, benarkah air dapat mengurangkan berat badan kita?... banyak kajian dan kajian daripada pakar gizi menyatakan air merupakan salah 1 elemen penting dalam menurunkan berat badan. Ini kerana:
ReplyDelete· Air dapat menurunkan selera makan dan mengurangkan rasa lapar
· Membantu tubuh dalam pembakaran lemak yang menggumpal. Di sebabkan oleh hati yang mengalami kesukaran dalam menjalankan fungsi buah pinggang tidak mendapatkan air yang mencukupi
· Mengurangkan lebihan lemak
· Mengatasi maslah penyumbatan air pada saat tubuh menhan air yang ada dalamnya agar tidak kehabisan
· Mengurangi tumpukan sodium di dalam tubuh
· Membantu memelihara kesihatan otot dan kelenturannya
· Membersihkan kotoran-kotoran dan zat-zat beracun di dalam tubuh
· Mengatasi kesulitan buang air besar
Kita disarankan kita untuk minum 1-5 liter air sehari, ditambah lagi dengan 250ml sehari apabila berat badan kita bertambah 10kg