Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur

Wednesday 27 February 2019

Merawati Kanser/Tumor Otak melalui sinar gamma

Tahukah anda pembedahan untuk merawat tumor otak boleh dilakukan tanpa menggunakan pisau?
Mungkin satu waktu dahulu apabila diberitakan yang seseorang pesakit itu menghidap ketumbuhan atau tumor di bahagian otak, perkhabaran itu merupakan sesuatu yang pahit untuk ditelan, memandangkan tiada rawatan khusus yang boleh menyelamatkan nyawa individu itu daripada penderitaan melainkan menerusi pembedahan yang sudah tentu mempunyai risiko yang besar. Antara bentuk risiko yang bakal pesakit hadapi menerusi pembedahan yang akan dilakukan pada bahagian otak ialah sama ada mereka akan menjadi lumpuh, pembedahan itu tidak akan berjaya, pesakit akan koma mahupun mendatangkan kematian. Menerusi teknologi tinggi yang moden semakin canggih dari sehari ke sehari, kini pesakit yang menderita berhadapan dengan ketumbuhan pada bahagian otak boleh melakukan prosedur pembedahan tanpa penggunaan pisau atau luka menerusi kaedah Gamma Knife.
Apabila bercakap mengenai Gamma Knife (Pisau Gamma) bukan bermakna pembedahan itu dilakukan dengan pisau, tetapi menerusi kaedah sinaran gamma yang sangat tepat dipancarkan kepada tumor yang berada pada bahagian otak yang mahu dilupuskan itu. Kaedah pembedahan tanpa pisau ini dikenali sebagai kaedah Gamma knife radiosurgery. Sebelum prosedur dilakukan, pesakit itu perlu tahu sama ada tumor yang dihidapi itu adakah sejenis kanser atau ketumbuhan biasa bukan kanser, pada bahagian manakah terletaknya dan saiz tumor berkenaan. “Tumor yang merupakan kanser boleh jadi datang dari bahagian badan lain seperti hati dan payudara pesakit yang bermasalah barah dan kemudian merebak ke otak, manakala ketumbuhan yang bukan kanser ialah tumor yang ditakdirkan berada di dalam otak, tetapi bukan kanser, hanya berada di satu lokasi tertentu dan tidak merebak, cuma mungkin saiznya boleh membesar. “Tumor yang bukan kanser apabila berada pada bahagian saraf tertentu seperti contoh saraf mata, dia akan menyebabkan pesakit mengalami masalah dengan penglihatan, begitu juga sekiranya berada pada bahagian saraf berhampiran telinga juga akan mengganggu pendengaran.
Jenis tumor otak Glioma adalah yang paling sering terjadi dan memiliki empat level . Sel glia terdapat pada berbagai bagian otak, itulah sebabnya glioma memiliki beberapa jenis kecil yang utama, yaitu: Astrositoma – merupakan jenis tumor otak memiliki tingkat keparahan yang pelbagai. Paling sering ditemukan pada kanak-kanak dengan level rendah, namun jika terjadi pada orang dewasa dan lansia memiliki level yang lebih tinggi. Astrositoma pada grade IV atau dengan level paling tinggi dikenali juga dengan nama glioblastoma. Oligodendroglioma – tumor otak yang biasanya terjadi pada otak besar sisi depan dan pinggir, yang mengganggu pembentukan selaput myelin (selaput lemak yang membungkus sebagian besar dari akson) yang berfungsi dalam menghantarkan impuls pada sel saraf. Sebagian besar ditemukan pada usia dewasa, namun anak-anak juga dapat mengalaminya. Memiliki asosiasi dengan kelainan kromosom. Ependymoma – dapat berasal dari bagian otak yang mengandung cairan otak di beberapa bagian dari tulang belakang. Ditemukan pada usia remaja dan anak-anak dengan tingkat keganasan yang bervariasi namun dapat berubah. Ependymoma dapat menyebar ke bagian sistem saraf pusat lainnya melalui sirkulasi cairan otak. Pengangkatan segera diperlukan untuk menghindari pembesaran kepala akibat berisi cairan (hidrosefalus). Glioma batang otak – hampir sebagian besar kasus terjadi pada anak-anak usia di bawah 10 tahun, namun ada kemungkinan dapat terjadi pada orang dewasa. Tumor ini menyerang bagian bawah otak dan dapat terjadi dengan tingkat keganasan rendah hingga tinggi. Glioma saraf optik – sebagian besar ditemukan pada bayi namun bisa juga dialami orang dewasa. DItandai dengan pertumbuhan tumor di sekitar saraf yang menghubungkan mata dengan otak. Jika tidak ditangani maka dapat menyebabkan kebutaan progresif. Glioma campuran – Jenis glioma yang tidak spesifik di mana asalnya dan merupakan campuran dari beberapa jenis glioma dengan tingkat keganasan yang cenderung tinggi. Sebelum proses Gamma Knife pesakit akan diimbas menerusi mesin MRI (Magnetic Resonance Imaging) untuk menentukan tahap ketumbuhan, saiz ketumbuhan, di manakah letaknya dan sama ada tumor itu merupakan kanser atau tidak. Seterusnya doktor akan memberitahu pesakit prosedur seterusnya yang bakal dilakukan termasuk sama ada pesakit akan terlebih dahulu melalui pembedahan membuang tumor yang merupakan kanser ataupun saiz tumor yang terlalu besar. Setelah prosedur pembedahan dilakukan, barulah saki-baki tumor itu akan dihapuskan atau dikecilkan saiznya menerusi kaedah Gamma Knife. Tetapi sekiranya tumor berkenaan adalah ketumbuhan biasa dan jika boleh dibuang atau dikecilkan saiznya menerusi prosedur Gamma Knife, pihak doktor akan melakukan kaedah itu secepat mungkin tanpa perlu melakukan proses pembedahan. Pancaran sinaran Gamma Knife, adalah sangat tepat, boleh dilakukan berulang kali tanpa ada kesan sampingan lain, kaedah ini juga lebih selamat, tiada risiko trauma dan kesakitan atau pendarahan dan tidak membabitkan kos yang tinggi. Selalunya, selepas pembedahan pembuangan ketumbuhan yang merupakan kanser pada bahagian otak, kemoterapi tidak boleh dilakukan, tetapi pancaran sinaran Gamma Knife boleh membantu menghapuskan saki baki kanser yang ada dengan tepat biarpun pada bahagian yang sukar untuk ditembusi oleh pisau bedah. “Apa yang penting, teknik ini tidak akan mengganggu sel-sel lain yang normal berbanding dengan rawatan kemoterapi atau radioterapi kerana sinarannya akan tertumpu hanya pada sel kanser sahaja. “Sekiranya tumor di dalam otak terlalu besar ataupun tekanan di dalam otak terlalu tinggi, pihak doktor tidak boleh terus membuat kaedah Gamma Knife, tetapi perlu didahului dengan pembedahan dan bakinya baharu dilupuskan dengan teknik tersebut. “Jika dahulu sekiranya ada ketumbuhan kecil pun di dalam otak kita membuat prosedur pembedahan, tetapi melalui keaedah tersebut, pesakit kini tidak melalui prosedur pembedahan pun. Risiko pembedahan biasanya dikaitkan dengan jangkitan kuman, angin ahmar, sawan, koma, kematian dan sebagainya. “Prosedur hanya memerlukan sehari, pesakit yang sudah dibius dan dipakaikan sejenis bingkai di kepala akan menjalani kaedah ini dengan dimasukkan ke dalam mesin Gamma Knife (seperti MRI) selama lebih kurang 20 minit bergantung saiz dan kesukaran tumor yang ingin dilupuskan, pesakit tidak akan merasakan sebarang kesakitan, tiada pendarahan luka dan taruma. Apabila pesakit sedar mereka akan terus balik ke rumah seperti biasa. “Prosedur rawatan ini dilakukan di bilik sebelah menerusi panel yang dijalankan melalui komputer oleh pakar.

Friday 22 February 2019

Hernia (Angin Pasang)

Hernia berlaku apabila kandungan dalam satu-satu ruang badan (biasanya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa mereka berada. Kandungan ini biasanya adalah sebahagian usus atau tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh lapisan nipis (membran) yang juga akan membentuk kantung hernia/hernia sac. Ia dikenali dengan angin pasang surut kerana sifat bonjolan itu dapat dilihat dan ada masa tidak. Sifat ini dalam bahasa perubatan dikenali sebagai ‘reducible‘.
Jenis-jenis Hernia (Angin Pasang) Inguinal hernia: Berlaku di bahagian kelangkang. Tujuh puluh lima peratus hernia adalah dari jenis ini. Ia 25 kali lebih kerap berlaku kepada lelaki berbanding wanita. Hernia jenis ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu langsung dan tidak langsung. Keduanya dibezakan melalui sedikit perbezaan berdasarkan kepada punca kejadian mereka. Kedua-duanya boleh kelihatan serupa semasa membonjol di kawasan kelangkang. Membezakan antara keduanya adalah amat penting semasa membuat diagnosa klinikal.
Angin Pasang tidak langsung: Hernia akibat bonjolan bila mana kandungan bonjolan terkeluar melalui jalan yang pernah dilalui oleh testes (buah pelir) semasa perkembangan di peringkat janin dahulu. (Ketika peringkat awal janin, buah pelir berada di dalam abdomen dan semasa perkembangan, ia turun ke bawah sehingga masuk ke dalam buah zakar). Jalan ini biasanya tertutup sebelum bayi lahir tetapi boleh menjadi tempat berlakunya hernia kemudian hari. Hernia ini boleh berlaku di semua peringkat umur. Kadangkala kantung hernia boleh membonjol sehingga ke dalam buah zakar.
Angin Pasang langsung: Hernia ini berlaku pada kawasan di mana dinding abdomen agak kurang tebal. Ia biasanya tidak menonjol ke dalam skrotum. Tidak seperti hernia tidak langsung yang boleh berlaku di semua peringkat umur, Hernia langsung ini cenderung berlaku kepada mereka yang berada di peringkat pertengahan umur dan orang tua disebabkan dinding abdomen menjadi semakin lemah bila umur meningkat.
Hernia femoral: Saluran femoral adalah jalan di mana salur darah arteri, vena dan saraf femoral keluar daripada abdomen untuk memasuki kawasan peha. Biasanya saluran ini ketat dan padat, tetapi kadangkala ia menjadi besar untuk membolehkan kandungan abdomen menonjol ke dalam saluran tersebut. Hernia femoral menyebabkan bonjolan di bahagian bawah lipatan kelangkang, di kawasan tengah peha. Biasanya berlaku kepada wanita dan lebih berisiko untuk tidak bersifat pasang surut/irreducible dimana ia tidak boleh ditolak masuk.
Hernia hirisan: Pembedahan abdomen boleh mengakibatkan dinding abdomen berubah dari segi struktur terutama di bahagian yang dihiris. Ia menyebabkan kawasan bekas hirisan ini menjadi lemah. Hernia boleh terjadi pada bahagian yang lemah ini. Ia berlaku dalam 2%-10% pembedahan abdomen. Penyebab Hernia (Angin Pasang) Hernia yang berlaku di kalangan warga tua samada disebabkan oleh adanya jalan yang terbentuk semasa perkembangan fetus, bukaan sedia ada di dalam ruang abdomen atau kawasan dinding abdomen lemah oleh sebab sesuatu keadaan. Apa jua keadaan yang menyebabkan peningkatan tekanan dalam ruang abdomen boleh menyumbang kepada pembentukan hernia atau menerukkan lagi hernia. Contoh termasuk: Obesiti, Mengangkat objek berat, Batuk, Meneran semasa buang air besar atau kecil Penyakit paru-paru kronik dan, Ada cecair di dalam ruang abdomen. Gejala, tanda-tanda dan komplikasi hernia(angin pasang) Gejala dan tanda-tanda hernia adalah berbagai-bagai. Ia boleh jadi ringan iaitu seseorang mengadu menghidapi bonjolan yang tidak sakit yang timbul apabila berdiri atau batuk atau meneran dan masuk balik bila berbaring atau ditolak masuk dengan tangan. Ada yang datang dengan gejala dan tanda-tanda yang teruk seperti bonjolan yang sakit, tidak boleh disentuh apa lagi ditekan masuk balik ke dalam ruang abdomen, kulit luar mungkin kelihatan merah kehitaman dan pesakit mungkin demam. Ini adalah akibat kandungan bonjolan seperti usus telah mengalami kekurangan bekalan darah akibat himpitan (jerutan) salur darah biasanya di lubang bukaan hernia. Ia dikenali sebagai angin pasang terbelit (strangulated hernia). Angin pasang surut Ia boleh muncul sebagai bonjolan baru di bahagian kelangkang atau kawasan abdomen lain. Seorang boleh rasa sakit/senak sedikit tetapi biasanya sentuhan pada bonjolan tidak menyebabkan rasa sakit. Bonjolan akan timbul atau bertambah saiz bila berdiri atau bila tekanan dalam abdomen bertambah (seperti batuk). Ia boleh ditolak masuk semula ke dalam abdomen (reducible). Angin pasang tidak surut Ia boleh merupakan bonjolan besar yang mungkin sakit yang sebelum ini ada pasang surut, kemudiannya menjadi tidak boleh masuk semula ke dalam abdomen dengan sendiri atau bila ditolak masuk dengan tangan. Sebahagiannya mungkin kronik iaitu telah berlaku untuk satu jangkamasa yang lama tetapi oleh kerana tidak sakit pesakit tidak mendapatkan rawatan. Ia boleh menjadi strangulated hernia. Angin pasang terbelit Hernia ini biasanya bermula sebagai hernia tidak surut yang kemudiannya mengalami belitan pada bukaan hernia menyebabkan himpitan pada salur darah seterusnya mengakibatkan usus yang terperangkap dalam bonjolan tidak mendapat bekalan darah. Biasanya pesakit mengadu sakit terutama apabila bonjolan ditekan. Boleh ada tanda-tanda usus tersumbat seperti loya, muntah dan perut menjadi kembung. Pesakit boleh ada demam dan biasanya kelihatan tenat. Rawatan kecemasan dan pembedahan segera perlu dilakukan. Rawatan Penjagaan di Rumah Secara umum semua jenis angina pasang perlu dibedah kecuali seseorang pesakit tidak boleh menjalani pembedahan atas sebab-sebab kesihatan yang lain. Elakkan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan tekanan dalam abdomen seperti batuk, angkat objek berat atau meneran yang boleh menyebabkan angina pasang menjadi lebih besar. Seseorang yang batuk perlu mendapatkan rawatan. Seseorang yang meneran semasa buang air besar atau kecil perlu menjalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui puncanya. Ia mungkin disebabkan masalah sembelit atau masalah kelenjar prostat besar (benign prostatic hyperplasia) yang perlu dirawat. Rawatan Perubatan Bergantung kepada samada ia boleh surut atau tidak boleh surut dan kemungkinan terbelit. Angin pasang boleh surut Secara umum, semua angin pasang perlu dibedah untuk mengelakkan kemungkinan komplikasi terbelit. Jika pembedahan tidak boleh dilakukan atas sebab kesihatan yang lain, doktor akan selalu membuat pemeriksaan secara berkala. Keadaan di mana doktor tidak melakukan pembedahan Ada hernia yang mempunyai bukaan hernia yang besar di mana risiko untuk terjerut adalah sangat rendah dan pembedahan untuk menutup bukaan besar ini adalah rumit. Rawatan setiap hernia adalah berbeza dan doktor akan berbincang dengan pesakit kaedah rawatan termasuk risiko dan faedah jika dibedah atau tidak. Angin pasang tidak surut Semua angin pasang tidak surut memerlukan rawatan kecemasan kerana risiko komplikasi terbelit. Cubaan untuk surutkan atau masukkan semula angin pasang boleh dilakukan biasanya dengan bantuan ubat tahan sakit dan ubat peregang otot (muscle relaxant). Jika cubaan gagal, pembedahan kecemasan perlu dilakukan. Jika cubaan berjaya, rawatan seterusnya bergantung kepada jangkamasa angin pasang ini berada dalam keadaan tidak surut (irreducible). Jika kandungan angin pasang adalah usus dan kemungkinan berlaku belitan dan bekalan darah ke usus yang terperangkap itu terhenti, tisu usus tersebut akan mati atau rosak ( gangrenous) dalam masa 6 jam. Dalam kes angin pasang terbelit melebihi masa di atas, pembedahan dilakukan untuk melihat kerosakan tisu usus dan membaiki angin pasang . Jika masa tidak surut adalah pendek dan diyakini tidak berlaku belitan dan tisu usus tidak rosak, pesakit boleh keluar wad selepas disurutkan. Disebabkan angin pasang ini berisiko untuk berulang menjadi tidak surut, adalah lebih baik pembedahan dilakukan lebih awal daripada biasa. Kadangkala, angin pasang tidak surut ini telah berlangsung begitu lama dan menjadi kronik di mana pesakit tidak merasa sakit dan tiada tanda-tanda sumbatan usus, bagi kes seperti ini pembedahan boleh dilakukan secara elektif (mengikut jadual seperti biasa).

Wednesday 13 February 2019

Apa itu Lipoma? Sejenis benjolan kecil yang membesar secara perlahan-lahan

KETULAN atau benjolan berbentuk bulat sama ada kecil atau besar yang tumbuh antara permukaan kulit dan lapisan otot boleh membuatkan seseorang itu rasa kurang selesa. Lazimnya, lipoma tumbuh di beberapa bahagian badan seperti tangan, kaki, bahu dan belakang leher, malah ada di dalam organ badan. Walaupun tidak terasa sakit apabila ditekan, namun ada yang bimbang dan beranggapan ketulan itu terus membesar hingga boleh menyebabkan barah. Pakar Bedah Endo-Laparascopic, Sri Kota Specialist Medical Centre, Dr K Anantha, berkata ketulan yang terbentuk daripada sel lemak atau tisu adipose dipanggil lipoma. Bagaimanapun, keadaan itu tidak berbahaya tetapi lipoma yang tumbuh dalam sistem gastrointestinal sehingga menyebabkan penyumbatan dalaman usus boleh mengancam nyawa. "Lipoma tidak dikategori sebagai tumor sebaliknya benjolan itu boleh berkembang dan membesar secara perlahan pada tubuh yang ada sel-sel lemak. "Kebanyakan lipoma bukan barah, walaupun ada percanggahan pendapat mengenai lipoma yang dipercayai boleh menjadi barah," katanya. Dr Anantha berkata, lipoma tidak berbahaya dan hanya satu peratus dideritai oleh orang dewasa dan jarang dihidapi dalam kalangan kanak-kanak di negara ini. Bagaimanapun, jika ada individu dikesan ia adalah berkaitan dengan simptom lain seperti penyakit keturunan yang dipanggil lipomatosis. Selalunya orang dewasa, seawal usia 25 tahun berisiko mendapat lipoma manakala lebih kerap berlaku pada individu berumur 35 tahun ke atas. Lipoma boleh tumbuh dan membesar bersaiz satu hingga tiga sentimeter mengikut ukuran diameter, kemudian ia membesar secara perlahan setiap bulan atau tahun. Dr Anantha menjelaskan proses itu boleh berhenti sekiranya ia tidak normal tetapi boleh menjadi besar. "Lipoma boleh berkembang di bawah fascia atau selaput otot yang lebih mendalam dikenali sebagai sub-fascial. "Selain hanya di kawasan permukaan kulit di badan, lipoma juga boleh tumbuh di bahagian dalam badan seperti tekak, dalam perut dan usus kecil dan paru-paru. Beliau berkata, lipoma boleh wujud di dalam hati dan tulang, namun jumlahnya sangat sedikit dan jarang dilaporkan. "Tiada punca atau mekanisma tertentu yang menyebabkan lipoma. Kadang kala, ia juga boleh disebabkan oleh penyusunan semula gen kromosom iaitu 12 kromosom. "Lipoma yang tumbuh berdekatan dengan saraf seperti jenis Intradermal Spindel Cell Lipoma atau Nerve Shift Lipoma akan menyebabkan individu rasa sakit kerana ia menekan saraf," katanya. Pesakit boleh mengesan tanda awal perkembangan lipoma dengan merasa ada bengkak sebesar satu sentimeter ketika mandi. "Kebanyakan benjolan itu tidak sakit tetapi apabila ditekan kesakitannya hanya pada tahap minimum," katanya. Dr Anantha menasihatkan mereka yang mengalami kesukaran bernafas mungkin ada lipoma pada paru-paru dan jantung. Bagi lipoma yang timbul di dalam saraf, tanda awal boleh dikesan apabila terasa sakit pada sendi. Lipoma juga boleh dilihat di bahagian organ endokrin, tiroid, kelenjar adrenal, pankreas dan kelenjar paratiroid. "Penyakit ini boleh dikekang dengan mengawal berat badan dan memastikan tidak ada sel lemak berlebihan dalam tubuh," katanya. Beliau menyarankan membuang lipoma yang semakin membesar khususnya, di bahagian yang lembut dan membesar dengan cepat serta menjadi keras untuk mengelak kanser. INFO * Lipoma bersaiz kecil (antara 1 sm - melebihi 6 sm. * Kerap diperoleh mereka berusia 40 hingga 60 tahun * Individu bawah 40 tahun dan kanak-kanak. * Lakukan pemeriksaan awal. * Benjolan dikenal pasti menerusi diagnosis klinikal dengan menjalani ujian radiologi seperti imbasan ultrasound, imbasan imbasan Tomografi Berkomputer atau CT Scan, pengimbas Imej Magnetik (MRI) *Dilakukan jika ada tanda luar biasa. Tisu adipose * Tisu atau lemak dalam badan. * Berfungsi untuk penyimpanan tenaga dalam bentuk lemak. * Bertindak sebagai 'pelapik' dan memberi haba kepada badan. * Tumbuh di bawah kulit dan organ dalaman badan.

Tuesday 12 February 2019

Penyakit kulit Psoriasis

Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Penyakit ini tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut, siku lengan dan kaki tetapi boleh juga melibatkan bahagian badan yang lain termasuk kuku.Psoriasis kelihatan seperti penyakit kulit tetapi ia sebenarnya adalah penyakit kronik gangguan autoimun yang dialami oleh kira-kira satu hingga tiga peratus daripada penduduk secara umumnya di Malaysia. Ia juga boleh dialami oleh semua orang tidak kira dewasa atau kanak-kanak.
Rajah di atas menunjukkan kawasan yang mudah dijangkiti psoriasis. Tanda-tanda Tahap serius berbeza bagi setiap individu. Tanda-tanda berlainan bagi setiap individu dan merangkumi : Keguguran sisik pada kulit Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan. Gatal tetapi pada tahap yang minima Jenis-jenis psoriasis Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis. Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis Psoriasis bahagian lampin Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia bernanah dan menyebabkan kesakitan.
Komplikasi Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah: Sendi-sendi hujung pada jari tangan atau kaki Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat) Krim dan ubatan yang boleh melegakan. Pelembab Ia adalah penting untuk menjaga kulit yang terlibat lembap sepanjang masa. Anda seharusnya : Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap bila sisik agak banyak Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak Sapu pelembap sebaik sahaja selepas mandi Ubatan dan krim Doktor akan memberi ubatan seperti : Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap . Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine atau Calcipatriol Cahaya ultraviolet NBUVB dan fototerapi PUVA Di mana untuk mendapat rawatan? Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda Perkara perlu diingati Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini. Jangan garu atau kikis sisik atau psoriasis kerana ia akan menjadi lebih teruk dan kulit menebal. Tanah liat putih yang bermutu tinggi dikatakan antara pilihan rawatan alternatif bagi merawat penyakit psoriasis. Tanah liat ini dicampur dengan 100% air galian yang ditapis khusus bagi menjaga kualiti tanah tersebut. Kaedah ini terbukti boleh membantu, malah mampu menyelesaikan pelbagai jenis penyakit kulit seperti Ekzema, Psoria sis, Gatal-gatal, Kurap, Panau, Kayap, Ruam susu (bayi), Ruam panas, Kudis, Kudis buta, Cacar air , Jerawat, luka dan lain-lain masalah kulit.

Saturday 14 January 2017

Petua menangani masalah BISUL

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria.
"Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bisul muncul, rawatan perubatan segera perlu diberikan," katanya Merawat Bisul Mengikut Kaedah Tradisional Campuran semulajadi ini dapat mengubati masalah jerawat, bisul atau luka lain pada kulit, yang mengumpulkan nanah. Untuk menyediakannya anda perlukan: Madu 1 sudu makan. Tepung 1 sudu makan. 1 kuning telur Bagaimana mempersiapkan campuran menakjubkan ini? Aduk semua bahan bersama-sama dan simpan campuran di peti ais. Bagaimana cara menggunakan? Sapukan adunan betul-betul di atas luka atau ulser. Kemudian tutup dengan sehelai kertas tipis (tuala bersih atau kertas tandas). Tukar kertas setiap 3 jam sebelum meletakkan lagi, membersihkan luka. Untuk sapuan waktu malam, biarkan semalaman esok paginya baru tukar. Sekiranya hari berikutnya tiada rasa sakit, maknanya nanah sudah tiada. Jika campuran ini tidak sesuai dengan kulit anda, mungkin anda ada alergi boleh guna salah satu petua dibawah juga: 1.Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh 2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang. 3.Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh. 4.Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering. 5.Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul. Amalkanlah proses di atas sehingga bisul atau kudis anda tu pulih. Mudah-mudahan petua ni dapat membantu anda. Tidak salah jika anda ingin mencuba..Selamat Mencuba ya..

Thursday 21 April 2016

Apa itu Resdung?
Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.
Berikut adalah maksud resdung dari segi bahasa tradisional dan bahasa saintifik:
Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.
Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.
Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhinggus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan.
Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.
APAKAH SINUS ?
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung. Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara. Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia. Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung. Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.
APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL
Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus. Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan (humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia. Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung. Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak. Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.
Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :
* Sinus maxilla * Sinus ethmoid * Sinus frontal * Sinus sphneoid
APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah: * Streptococcus * Staphylococcus Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit. Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.
GEJALA ATAU TANDA-TANDA PENYAKIT RESDUNG (SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat • Lender dari hidung dan tekak • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
KEMUDRATAN ATAU KESAN BURUK PENYAKIT RESDUNG (SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata • Jangkitan otak • Sakit tekak yang kronik • Jangkitan tulang muka • Menerukkan keadaan lelah • Berdengkur secara kronik • Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil • Alahan hidung • Selsema biasa yang melarat
PUNCA BAKTERIA MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya: a. Radangan pada hidung. Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya: * Jangkitan kuman dan alergi (alahan). Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.
b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung) Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.
c. Jangkitan pada gigi geraham atas Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.
d. Genetik Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.
JENIS RESDUNG (SINUSITIS)
* Akut * Kronik
AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung. Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.
Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi. * Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang. * Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.
KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami: Kegatalan pada bahagian muka yang teruk Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat. Kerap bersin pada waktu pagi Ada kalanya hidung tersumbat Tanpa demam tetapi hingus bertambah Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.
INDIVIDU BERISIKO
* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat * Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung * Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok * Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.
KOMPLIKASI
Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa. * Kanak-kanak
Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta. Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata. Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi. * Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.