Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur

Sunday, 19 June 2011

Ulser Perut

MENGENAL ULSER PERUT

          Salah satu punca utama pendarahan dalam perut yang menyebabkan seseorang muntah darah atau membuang najis berwarna hitam seperti TAR(malaena) ialah ulser pada perut. Ulser perut atau ulser peptic merupakan satu keadaan di mana selaput dalam perut mengalami luka. Selain perut, ulser juga boleh berlaku pada bahagian usus kecil (duodenal ulcer). Dalam kebanyakan kes bakteria Helicobacter Pylori menyebabkan perut menjadi luka. Bakteria ini mengeluarkan beberapa jenis bahan kimia seperti ammonia, protease dan cytotoxin yang menyebabkan paras asid dalam perut meningkat (asidosis). Asid dalam perut akan menjadi lapisan perut mengalami luka atau pedih perut.

Pengambilan ubat-ubatan moden seperti (Non Steroidal Anti Inflammatory Drugs) yang digunakan untuk merawat tulang dan sendi, serta Aspirin di kalangan pesakit jantung dan strok menjadi faktor penyumbang kepada ulser. Ubat moden merupakan salah satu penyebab utama pendarahan perut dan usus yang boleh menyebabkan kematian. Dianggarkan 30% pesakit mengalami pendarahan perut dan kematian dikaitkan dengan penyakit ulser berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan moden.

Stres burukkan ulser

FAKTA memang tidak berbohong: penyakit sistem penghadaman semakin meningkat saban hari dan kini menjadi 10 punca kematian paling tinggi di Malaysia. Ketahui lebih lanjut dari para pakar sistem penghadaman tentang bagaimana risiko dapat dikurangkan dan cara pengurusan kepada masalah penghadaman anda.
Panel pakar kami akan cuba menjawab persoalan atau menjelaskan segala keraguan tentang kesihatan penghadaman. Hantarkan soalan bersama dengan nama, jantina, umur, alamat dan nombor telefon ke emel: digestivehealth@versa-group.com dan faks ke: 03-5638 9909.
Kandungan artikel ini adalah sebagai panduan atau rujukan sahaja, dan tidak bertujuan menggantikan nasihat perubatan daripada doktor.

Soalan 1:Saya disahkan menghidap ulser peptik yang disebabkan oleh bakteria H.Pylori walaupun saya sentiasa menjaga kesihatan. Bagaimanakah saya mendapat penyakit ini? Adakah ia serius dan bolehkah ia disembuhkan?
Pembaca: Masitah Muhamad
Ulser peptik boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria Helicobacter Pylori (H. Pylori) dan juga kekerapan pengambilan ubat pelega kesakitan seperti aspirin atau ibuprofen serta ubat anti keradangan yang bukan steroid (NSAID). Mereka yang disahkan menghidap ulser peptik berpunca daripada H. Pylori mungkin mendapat penyakit ini daripada makanan atau air yang tercemar. Ia mungkin juga dijangkiti melalui mulut, seperti kucupan atau pendedahan kepada pesakit yang dijangkiti H. Pylori.
Gejala ini boleh menjadi serius seperti pendarahan ulser, tembusan atau kanser perut yang jarang berlaku.
Bagi menjawab soalan anda mengenai langkah untuk menyembuhkan penyakit ini, anda terlebih dahulu perlu mengenal pasti puncanya. Jika punca ulser adalah aspirin atau ubat artritis, rawatan tidak diperlukan. Ulser seharusnya tidak berulang jika anda berhenti mengambil ubat ini.
Bagaimanapun, jika punca ulser adalah H. Pylori, jangkitan ini biasanya tidak berulang jika dirawat dengan antibiotik. Kini, pakar perubatan bukan sahaja merawat ulser dengan ubat untuk mengurangkan asid, tetapi juga menangani punca ulser dengan menghapuskan jangkitan bakteria. Jika jangkitan ini tidak dirawat, ulser akan berulang. Terdapat beberapa program antibiotik untuk menentang H. pylori dan menyembuhkan ulser. Pakar perubatan akan bekerjasama dengan pesakit untuk memilih program rawatan yang terbaik. Terdapat beberapa ubat yang biasanya digunakan dalam rawatan untuk menentang H. Pylori. Terdapat dua ubat antibiotik untuk membantu membunuh bakteria. Ubatan lain adalah untuk mengurangkan pengeluaran asid; kerana tahap asid lebih rendah membantu menyembuhkan ulser.
Kebanyakan pesakit akan sembuh selepas menghabiskan ubat yang diberikan untuk rawatan selama satu hingga dua minggu. Sesetengah pesakit perlu mengambil ubat untuk dua minggu lagi. Semua ubat mesti dihabiskan untuk memastikan semua bakteria dibunuh. Ujian nafas atau najis biasanya dilakukan selepas pesakit menghabiskan ubat untuk memastikan tiada lagi bakteria yang boleh menyebabkan penyakit berulang.
Soalan 2: Sejak saya disahkan mengalami Sindrom Iritasi Usus atau Irritable Bowel Syndrome (IBS), saya dapat merasakan perubahan ketara dalam kualiti hidup saya. Disebabkan ketidakselesaan perut, saya tidak dapat melancong ke luar negara atau memandu jauh. Adakah sebarang cara yang boleh saya lakukan untuk membaiki keadaan saya dan kualiti hidup saya?
Pembaca: Aziza Aizudin
Walaupun tiada ubat untuk menyembuhkan IBS, beberapa perubahan gaya hidup boleh membantu mengurangkan gejala IBS dan melegakan anda. Ini termasuk:
* Amalkan gaya hidup sihat: Bersenam selalu, rehat secukupnya dan hentikan tabiat buruk (seperti merokok dan minum alkohol)
* Amalkan tabiat makan yang sihat: Makan secara sederhana & seimbang, pelbagaikan jenis makanan dan makan lebih banyak sayuran dan buah-buahan.
* Elakkan makanan yang boleh memburukkan keadaan.
* Kawal tekanan: Cari cara untuk menguruskan tekanan, seperti dengan senaman atau meditasi.
IBS adalah masalah yang mungkin perlu ditanggung sepanjang hayat; tetapi ia tidak mengancam nyawa. Ia tidak akan menyebabkan kanser mahupun memerlukan pembedahan. Sebaliknya, anda dapat menjaga kesihatan sistem penghadaman dalam jangka panjang dengan mengamalkan gaya hidup lebih sihat dan tabiat makan yang lebih baik.
Profesor Madya Dr Sheikh Anwar Abdullah adalah seorang perunding gastroenterologi dalam Badan Penasihat Perut Sihat. Penulis ini tidak mempunyai kaitan dan tidak menyokong sebarang jenama atau produk. Rencana ini adalah sumbangan Badan Penasihat Perut Sihat dan disokong oleh Program Perut Sihat Vitagen. Untuk mendapat buku panduan kesihatan penghadaman secara percuma atau maklumat lanjut, sila hubungi 03-5621 1408.

Tanda-tanda penyakit kanser perut 
AMALAN pemakanan yang seimbang dan sihat penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Ketidakseimbangan pemakanan boleh menyebabkan timbulnya pelbagai gejala penyakit pada tubuh.
Bagi kebanyakan penyakit tertentu, amalan pemakanan seseorang mempunyai kaitan rapat dengan penyakit yang dihidapi.

Demikian menurut Pakar Perubatan Gastroenterologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad.

Katanya seperti penyakit-penyakit kanser lain, punca kanser perut masih belum dapat dikenal pasti.

Bagaimanapun, katanya kemungkinan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai N-nitrosa (N-Nitrosa compound) yang terhasil daripada makanan yang mengandungi nitrat yang diubah menjadi nitrit mungkin boleh menyebabkan kanser perut berlaku.

³Terdapat andaian mengatakan makanan seperti acar, daging, ikan yang diasap atau mengandungi banyak garam seperti ikan atau daging masin memudahkan proses karsinogenesis iaitu pencetus kejadian kanser perut dan pembiakan sel tanpa kawalan pada perut,¹¹ jelasnya.

Selain itu, faktor baka dan individu yang dikategori dalam kumpulan darah jenis A, berisiko tinggi mendapat kanser perut anemia pernisiosa iaitu kelainan pada sel-sel perut yang bersifat autoimun boleh meningkatkan risiko kejadian kanser.

Aminuddin memberitahu, kanser ini secara umumnya berlaku ketika usia yang lanjut.

³Lebih 60 peratus kes-kes kanser yang ditemui pada pesakit yang berumur 65 tahun ke atas biasanya terdiri daripada golongan lelaki,¹¹ ujarnya.

Tambahnya, negara Jepun dan Finland adalah antara negara yang mempunyai kadar pesakit kanser perut yang tertinggi di dunia. Sebaliknya, Amerika Syarikat menunjukkan bilangan kanser perut semakin menurun tanpa sebab yang jelas.

Kajian yang dijalankan oleh UKM dari 1983 hingga 1989 mendapati, kanser perut ini berlaku lebih kerap di kalangan lelaki iaitu 64.9 peratus berbanding wanita iaitu 35.1 peratus.

"Peratusan di kalangan bangsa pula menunjukkan, Cina mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 68.0 peratus, India 16.5 peratus dan Melayu 15.5 peratus,"¹ jelasnya.

Beliau memberitahu, kelambatan diagnosis kanser perut merupakan masalah utama yang dihadapi oleh pakar perubatan dalam menangani kes kanser di Malaysia.

Ini disebabkan gejala kanser perut hanya timbul setelah ketumbuhan tersebut di tahap yang kronik dan terlalu lewat. ³Umumnya, pesakit tidak akan menimbulkan apa-apa aduan di mana keadaan ini menyukarkan doktor menentukan jenis penyakit yang dihidapi.

"Kadangkala, gejala yang dihidapi oleh pesakit kanser perut mempunyai persamaan dengan pesakit yang menghidap gastritis atau ulser perut," katanya.

Kebanyakan pesakit ulser perut yang datang berjumpa doktor mengadu sakit pada bahagian ulu hati.

Oleh itu, mereka dirawat sebagai pesakit ulser atau gastrik tanpa pemeriksaan lanjut seperti X-ray atau endoskopi.

Biasanya, kata beliau hingga kini dari segi rawatan kanser perut masih belum menunjukkan satu peningkatan kerana hasilnya ditahap yang kurang baik.

"Selama empat abad, jumlah kematian dan ketahanan hidup selama lima tahun, masih belum menunjukkan peningkatan kadar penyembuhannya," ujar beliau.

Ini disebabkan, ketumbuhan penyakit ini berlaku secara senyap dan kronik serta lewat dikesan maka prognosisnya bergantung pada tahap pertumbuhan kanser tersebut.

Bagaimanapun, kanser perut yang dikesan di peringkat awal (early gastric cancer) berpotensi untuk sembuh berbanding kanser perut peringkat lewat.

Antara ketumbuhan ganas yang paling banyak ditemui ialah dari jenis sel-sel rembesan (secreation) perut (adenokarsinoma) sel-sel limpa (limfoma) dan sel-sel serat (leiomiosarkoma).

Kanser perut ini berbahaya kerana ia boleh merebak tanpa kawalan dan mengakibatkan saluran makanan ke perut tersumbat.

Ia mengakibatkan terhalangnya pengaliran makanan ke usus dan menyukarkan laluan makanan yang masuk ke perut.

JENIS KANSER PERUT

Semua kanser perut dikategorikan kepada empat jenis dari aspek bentuk ketumbuhannya iaitu :

* Polypoid carcinoma

* Fungating carcinoma

* Ulcerated carcinoma

* Diffusely infiltrative carcinoma

Keempat-empat jenis kanser ini berbeza dari aspek peringkat, jenis dan bentuk ketumbuhan.

GEJALA KANSER PERUT

Gejala kanser perut bergantung kepada tahap keseriusan kanser yang dihidapi, sama ada kanser perut peringkat awal atau kanser peringkat lanjut.

* Kanser perut peringkat awal

Kanser perut pada peringkat ini adalah kanser yang masih belum merebak hingga ke lapisan otot (muskularis propia) di mana ia hanya berlaku pada permukaan perut (mukosa) atau submukosa * Kanser perut peringkat lanjut

Manakala kanser yang dikategorikan jenis ini, apabila ia telah menembusi lapisan otot atau telah tersebar pada lain-lain anggota tubuh yang berhampiran atau yang jauh.

Gejala klinikal yang paling kerap berlaku ialah :

* Sakit pada abdomen (70.1 peratus)

* Kemerosotan berat badan ( 59.8 peratus)

* Muntah (16.5 peratus)

* Asites (busung) (13.4 peratus)

Keadaan ini disertai dengan tanda-tanda fizikal termasuklah :

* Ketulan pada ulu hati epigestrium (16.5 peratus)

* Asites (busung) 13.4 peratus

* Anemia (kurang darah) 7.2 peratus

Kebanyakan pesakit mengadu mengalami rasa :

* Nyeri pada bahagian ulu hati yang tidak menentu.

* Ketidakselesaan.

* Bisa-bisa pada perut yang timbul dan hilang.

* Hilang selera makan atau aneroksia dan disertai loya.

* Penurunan berat badan.

Gejala ini berkaitan lokasi dan bentuk ketumbuhan yang dihidapi oleh seseorang. Pesakit yang mempunyai ketumbuhan polypoid pada bahagian atas perut (kardia) akan mengalami masalah disfagia atau susah menelan.

Begitu juga pesakit yang mempunyai ketumbuhan yang sama pada bahagian antrum pilorik mengakibatkan pesakit muntah kerana berlakunya penyumbatan pada saluran pemakan pilorus.

Manakala kanser yang berlaku pada keseluruhan dinding perut linitis plastika, mereka akan terasa cepat kenyang dan perut penuh apabila diisi sedikit makanan.

Keadaan ini disebabkan keseluruhan perut mengecil.

Jika berlaku luka (ulserasi) pada ketumbuhan tersebut, selain rasa nyeri kesan sampingan lain yang timbul ialah muntah darah (hematemasis) atau najis yang mengandungi darah (melena) Luka yang serius mengakibatkan kebocoran pada perut.

Di samping itu, tanda-tanda lain yang timbul akibat penyebaran sel-sel kanser pada organ-organ lain (metastasis) mengakibatkan perut: * Membesar kerana busung (asites)

* Mata menjadi kuning (jaundis) kerana berlakunya penyumbatan saluran hempedu

* Nyeri tulang

* Gejala urat saraf yang disebabkan penyebaran ke otak dan selaput otak (meningitis)

* Batuk dan sesak nafas kerana sel-sel kanser merebak ke paru-paru.

* Terdapat benjolan pada ulu hati di mana pesakit kelihatan pucat, biasanya pesakit ini berada di tahap yang serius.

Akibat kehilangan darah yang terlalu banyak, pesakit menjadi pucat kerana kekurangan zat besi.

RAWATAN

Pembedahan merupakan rawatan terbaik untuk pesakit yang dikesan menghidap kanser peringkat awal.

Bagaimanapun, pembedahan ini hanya jika keadaan pesakit pada tahap yang lewat dan tidak dapat disembuhkan dengan sempurna. Pesakit di peringkat lewat pula dirawat dengan kemoterapi dan menggunakan 5-Flourouracil atau kombinasi doxorubcin dan mitomycin.

Ini kerana, pesakit kanser perut di peringkat lewat, rawatan pembedahan tidak memberi sebarang kebaikan kerana sel-sel kanser telah merebak di seluruh tubuh.

KOMPLIKASI

Secara keseluruhannya pesakit akan mengalami :

* Perdarahan

* Muntah darah

* Berak darah

* Tersumbat kawasan perut

* Kebocoran perut

* Anemia (kurang darah)

* Kurang berat badan

* Selepas pembedahan

* Bahagian perut yang telah dibuang mengakibatkan cirit-birit kerana kurang penghadaman makanan

* Kurangnya zat makanan

PENCEGAHAN

Sebagai langkah awal untuk mengesan kanser perut ialah memastikan semua jenis kesakitan pada ulu hati atau perut mendapat penyelidikan yang rapi. Ini penting terutama pada pesakit yang berumur melebihi 40 tahun.

Mereka yang mempunyai sejarah muntah darah dan najis berdarah haruslah menjalani endoskopi untuk memastikan punca perdarahan tersebut.

Hanya dengan mengambil berat mengenai gejala klinikal doktor dapat mengesan penyakit in lebih awal. 
 


Risiko pesakit yang mengamal ubat-ubatan moden:
Pesakit yang mengambil ubat moden berumur 60 tahun keatas. (sembelit+buasir+kanser =asidosis)
Pesakit mengamal ubat moden dengan banyak dalam jangka masa yang lama. (Merosakkan immunity).

faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko mendapat ulser ialah:
Tabiat merokok - radikal bebas
Tekanan stress - penyakit kronik seperti penyakit paru-paru, cystic fibrosis, sirosis hepar dan kegagalan buah pinggang (mikroflora)
Pemakanan - nutrien = vitamin + mineral = malabsobtion.


GEJALA ULSER
Sekirannya berlakunya pendarahan ulser, najis pesakit akan menjadi hitam dan melekit (TAR).
Kesakitan diseluruh bahagian perut jika ulser perut pecah.
Kesumbatan pada perut yang mengakibatkan pesakit muntah rasa cepat kenyang, tiada selera makan.


PENCEGAHAN
Elakkan memakan ubat Non Steroidal Anti Inflmmatory Drugs (NSAIDs) ubat untuk penyakit tulang, sendi / otot-otot. Elakkan dari minuman keras dan merokok. Elakkan dari tekanan / stress dalam kehidupan harian.


KOMPLIKASI
Mereka yang berumur melebihi 60 tahun akibat penggunaan ubat moden dan NSAIDs penyakit sendi.
Najis menjadi hitam, melekit serta berbau (TARRY STOOL).
Kadang-kadang pesakit berlaku muntah berdarah.
Radang pancreas (PANCREATITIS).
Kebocoran perut (PERFORATION).
Penyumbatan saluran makanan (OBSTRUCTION). Ia disebabkan oleh kesan radang dan pembengkakan sekiranya ulser tersebut berlaku pada bahagian antara perut dan usus kecil (DUODENUM).

Anemia
1) Askobik asid - vitamin C 
2) Gastrointestinal
3) Sakit Jantung
4) Kencing manis
5) Kanser 

Punca Anemia
1) Hemoglobin - darah merah (Fe)
2) Hemonahoids dan nonmalignant = Kolon Polyps screase bleeding ulser or kanser kolon. 
3) Penyerapan nutrien.

RAWATAN HERBA HPA
Pesakit = Neutral ph balance / Alkali / suhu badan = Detoxifikasi
Teh Herba atau Teh Asitica atau Kordial Asitica, Roselle, Kurma = sifat sejuk.
Herba Tuju Angin / Malac / Folia = sifat sejuk.
Pelawas / Ficus / Semaru = sifat sejuk. 
Madu Asli / Radix = sifat panas. 
Air Berakali (Alkaradix Chlorophyll Drops) = sifat panas dan sejuk.
Air Mineral = minum air mineral banyak kerana ia bersifat sejuk sekurang-kurangnya 1.5 liter atau 8 gelas sehari.
  

No comments:

Post a Comment

Post a Comment