Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur

Saturday 10 May 2014

Sendi cepat rosak jika gemuk

Pernah rasa sakit secara tiba-tiba di lutut hingga sukar berjalan? Selepas diurut beberapa kali dengan minyak panas, barulah kaki berupaya melangkah perlahan-lahan? Bersedialah, kerana itu antara beberapa simptom masalah osteoartritis lutut yang dialami kebanyakan golongan muda hari ini. Meskipun usia adalah faktor utama bagi osteoartritis lutut, golongan muda kini turut berisiko disebabkan keturunan, kecederaan ketika bersukan, jangkitan atau berat badan berlebihan. Osteoartritis (OA) lazimnya radang sendi, berlaku apabila kusyen semula jadi antara sendi iaitu tulang rawan mula menjadi haus. Apabila ini berlaku, tulang sendi itu akan saling bergesel lebih rapat dan kurang serapan hentakan yang sebelum ini memberi perlindungan kepada tulang rawan itu.
Geselan ini akhirnya menyebabkan kesakitan, bengkak, kekakuan dan menurunnya tahap keupayaan untuk bergerak. Menurut Perunding Ortopedik, Artroplasti dan Kecederaan Sukan di Pusat Perubatan Tropicana, Dr Soong Kean Leong, OA adalah kumpulan artritis paling kerap ditemui yang biasanya dialami individu berusia 45 tahun ke atas. “Tapi dengan perubahan gaya hidup zaman ini, makin ramai golongan muda seawal 20-an mula mengalaminya hingga ada yang terpaksa mendapatkan rawatan suntikan dan memerlukan pembedahan. “Wanita juga didapati lebih berisiko mengalami osteoartritis lutut ini berbanding lelaki,” katanya. Penyebab utama OA ialah umur dan hampir setiap individu akan mengalami beberapa tahap osteoartritis. Bagaimanapun, beberapa faktor lain turut dikenal pasti berupaya meningkatkan risiko artritis yang ketara pada usia lebih awal. “Berat badan berlebihan akan memberikan bebanan kepada sendi terutamanya lutut. Setiap kilogram berat yang bertambah akan memberikan tiga ke empat kali tekanan pada lutut. “Faktor keturunan atau mutasi genetik pula membuatkan seseorang lebih cenderung untuk mengalami osteoartritis lutut disebabkan tahap abnormal yang diwarisi dalam bentuk tulang yang mengelilingi sendi lutut. “Selain itu, kecederaan berulang dan tekanan kerap seperti mencangkung atau mengangkat barangan berat juga akan menyebabkan berlakunya osteoartritis lutut ini. “Tidak ketinggalan atlet kerana pendedahan berterusan kepada tekanan lutut terutama sukan yang banyak membabitkan penggunaan kaki,” katanya. Tambah Dr Soong, rawatan tanpa ubatan biasanya dilakukan terlebih dulu kepada pesakit bagi mengurangkan kesakitan dan simptom sedia ada. “Rawatan dimulakan dengan perubahan gaya hidup terutama mereka yang mengalami masalah berat badan, latihan fisioterapi dan rawatan menyelaraskan semula bahagian yang sakit. “Jika rawatan ini tidak berupaya membantu pesakit, barulah disyorkan penggunaan ubatan tahan sakit seperti COX-2, suntikan dan akhir sekali pembedahan,” jelasnya. Suntikan efektif Bagaimanapun ada segelintir pesakit yang tidak mahu bergantung kepada ubat tahan sakit dan memilih suntikan atas faktor segera serta efektif. Wujud dua jenis suntikan, steroid dan gel yang bertindak mengurangkan kesakitan dan bengkak pada lutut. “Suntikan steroid atau kortikosteroid ini membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak OA dengan cairan yang dihasilkan di lutut. Suntikan ini juga mengurangkan keradangan pada sendi. “Ia bertindak dengan segera, biasanya antara 24 hingga 48 jam. Secara purata, kelegaan daripada kesakitan yang ditawarkan menerusi suntikan ini bertahan antara enam hingga 12 minggu. “Namun ia tidak boleh digunakan secara kerap, biasanya dua hingga tiga kali setahun. “Suntikan gel atau dikenali sebagai suntikan asid hyaluronic ini turut bertindak seperti kortikosteroid, cuma kosnya lebih tinggi daripada rawatan lain. “Kebanyakan cecair pada lutut yang sihat mengandungi asid hyaluronic tapi apabila berlakunya OA, asid hyaluronic itu makin berkurangan. Suntikan ini dilakukan bagi meningkatkan semula kandungan cecair itu. “Suntikan ini hanya dilakukan apabila benar-benar perlu dan tiada perubahan positif pada simptom,” katanya. Kesan sampingan pasti ada dan Dr Soong tidak menafikan pesakit akan mengalami beberapa rasa tidak selesa selepas disuntik. “Ia seperti kita masukkan sesuatu pada lutut. Rasa tidak selesa dan ada sesetengahnya mengalami kesan bengkak kecil pada permulaannya. Tapi selepas beberapa hari, kesan itu hilang dan tidak lagi timbul rasa sakit ketika melakukan pergerakan. “Apapun semuanya bergantung kepada keadaan pesakit itu sendiri,” tegasnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/28 Harian Metro

Saturday 3 May 2014

Apa itu INFLUENZA?

ADAKAH ANDA TAHU TENTANG INFLUENZA Influenza adalah penyakit menular yang disebabkan oleh virus RNA dari golongan Orthomyxoviridae (virus influenza) yang menyerang unggas dan mamalia. Penyakit yang umum disebut selsema (flu) ini sekilas terlihat seperti ringan, namun sebenarnya boleh mengancam jiwa. Flu boleh membuat sebagian orang jauh lebih parah sakitnya dibanding lainnya seperti kanak-kanak, orang tua 65 tahun ke atas, wanita hamil dan mereka yang menderita penyakit tertentu misalnya penyakit buah pinggang, jantung, paru-paru atau memiliki sistem kekebalan tubuh yang lemah. Virus penyebab influenza ini dapat menyebar melalui udara, waktu penularan virus dari seseorang ke orang lain relatif sangat cepat selama 1 hari yakni ketika lendir orang yang sakit berubah menjadi butiran cairan kecil yang diterbangkan udara maka akan terhirup oleh orang yang sihat, penularan melalui langsung, melalui tangan apalagi pada tangan yang kotor kerana terdapat ribuan kuman yang boleh menularkan penyakit. Virus influenza biasanya menginfeksi manusia selama 5 sampai 7 hari. Dibandingkan orang dewasa, anak-anak lebih mudah terinfeksi virus influenza ini.
Walaupun sering tertukar dengan penyakit mirip influenza lainnya, terutama selsema, influenza merupakan penyakit yang lebih berat dibandingkan dengan selsema dan disebabkan oleh jenis virus yang berbeza Influenza dapat menimbulkan mual dan muntah terutama pada kanak-kanak, namun gejala tersebut lebih sering terdapat pada penyakit gastroenteritis (usus/perut), yang sama sekali tidak berhubungan, yang juga kadangkala secara tidak tepat disebut sebagai "flu perut." Flu kadangkala dapat menimbulkan pneumonia viral secara langsung maupun menimbulkan pneumonia bakterial sekunder. Jenis-Jenis Influenza Seperti : a) Virus Influenza tipe A yakni virusnya boleh menginfeksi manusia dan binatang. Burung merupakan contoh binatang yang senang terkena virus jenis ini yang disebut dengan Avian Influenza atau flu burung. Simptom-simptom Influenza A (H1N1)? Kesan selesema H1N1 berbeza dari individu ke individu. Sesetengah individu yang dijangkiti virus ini hanya mengalami simptom yang sederhana. Tetapi terdapat juga individu yang boleh mengalami komplikasi seperti penyahhidratan, pneumonia (radang paru-paru) atau kesukaran untuk bernafas. b) Virus Influenza tipe B yakni virusnya hanya menginfeksi manusia. Tingkat keganasan virus ini masih dibawah influenza tipe A namun tetap saja berbahaya c) virus influenza tipe C, yang menginfeksi manusia, anjing dan babi, kadang-kadang menyebabkan sakit menjadi parah dan akan menjadi wabak di kawasan persekiran Antara simptom-simptom Influenza adalah : 1) Demam dengan mengejut 2) Keletihan atau kurang tenaga 3) Sakit tekak 4) Hidung berhingus 5) Batuk 6) Sakit kepala 7) Sakit otot dan sendi Selesema H1N1 juga boleh menyebabkan: 1) Sakit abdomen 2) Cirit-birit 3) Muntah
Jenis influenza virus 1) Influenzavirus A 2) Influenzavirus B 3) Influenzavirus C Virus ini adalah hanya termasuk dikalangan virus parainfluenza manusia. Virus RNA dari golonggan paramyxovirus yang umum yang menyebabkan infeksi saluran pernafasan pada kanak-kanak seperti sesak nafas, tetapi juga dapat menyebabkan penyakit yang mirip dengan influenza pada orang dewasa. sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema: 1) Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak 2) Berehat dan meminum banyak air 3) Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol 4) Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda 5) Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul 6) Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain 7) Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan 8) Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan