Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur

Friday, 10 June 2011

Khasiat Lobak Merah & Putih

frames

Lobak merah merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan makanannya dalam ubi. Ia digunakan oleh manusia sebagai makanan. Lobak merah dikelaskan sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas dalam masakan di ASEAN. Lobak merah juga digunakan bagi penyediaan acar timunair lobak, dan kek lobak.


Nama : Lobak merah
Huraian : Tumbuhan jenis ini sangat popular di negara kita. Jenis tumbuhan ini dipercayai berasal dari Jerman pada kurun ke-16 dan digunakan sebagai bahan makanan dan perubatan.

Khasiat dan penggunaan
Tumbuhan ini dikatakan mempunyai minyak dan vitamin lengkap seperti A, B,dan C, garam, potasium dan karotin. Karotin menghalang pertumbuhan dan pembiakan kanser, manakala serbuk bijinya boleh diminum umpama ‘teh’ untuk mengubati penyakit kembung perut di kalangan kanak-kanak.

Tumbuhan ini juga berupaya mengurangkan :

  1. kandungan gula dalam badan
  2. mencegah kanser
  3. mengubat kencing manis
  4. gout
  5. penyakit jantung
  6. penghadaman dan penglihatan.
Menurut herbalis Nichiolas Culpepper, dalam bukunya ‘The Compelete Herbal’ lobak merah berupaya :
  1. memecah angin
  2. menyembuh luka
  3. meningkatkan kekerapan kencing
  4. memecahkan batu karang
  5. Sekiranya daun dihancurkan dengan madu boleh menyembuh luka dan kanser
Lobak merah mengandungi banyak vitamin A. Ia diperlukan oleh tisu badan untuk pelbagai fungsi. Salah satu daripadanya adalah untuk membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam. Walaubagaimana pun memakan lobak tidak akan menghalang anda memakai cermin mata. Tetapi kekurangan vitamin A akan merosakan penglihatan anda. Selain daripada lobak, sayuran hijau dan merah juga kaya dengan vitamin A. 
Apabila membeli lobak merah atau carrot pilih yang berwarna gelap kerana lebih mengandungi Beta Karotean berbanding yang berwarna cerah.Tua lebih baik daripada yang muda.

Beta Karotena adalah antioksida yang diubah menjadi vitamin A apabila berada di dalam tubuh.Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

NAMA VERNAKULAR: Lobak merah

NAMA SAINS : Daucus carota

Lobak merah merupakan sayur yang mempunyai banyak khasiat .Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyankit. Ia juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam badan .

Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk baiki keadaan kulit kita. Lobak merah adalah amat berguna untuk mengurangkan masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan.

Selain itu Lobak Merah juga kegunaannya memanaskan badan. Ia juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Seperti mana yang kita tahu ,sayuran lobak merah baik untuk mata, dapat menyembuhkan sembelit, asma, masaalah gigi, kesukaran tidur, memperbaiki kesihatan rambut, kulit dan kuku. Lobak merah dimakan mentah lebih baik. Oleh itu digalakkan dimasak acar sahaja.

LOBAK PUTIH.

Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.

Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik.Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

Di sini juga saya nak kongsi sedikit tips untuk buat sup lobak putih. Dikatakan Sup ini adalah baik untuk kesihatan buah pinggang….dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak…
Cara-caranya mudah sahaja…

1. Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
2. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
3. Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
6. Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.



Sumber lain: 





LOBAK PUTIH

Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan keadaan ini sungguh menyakitkan seluruh badan.Ramai yang tidak mengetahui yang lobak putih mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadaman

Brassica rapa adalah nama saintifiknya dan beasal dari keluarga Crucifera. Sayur ini mengandungi kandungan air , glukos, sokros dan fruktos yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid amino.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment