Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur

Wednesday 29 June 2011

Petua merawat ulser mulut


Ulser Mulut
      
Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut? 
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :
  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi

Tanda-tanda (simptom)
Tanda-tanda ulser mulut termasuk :
  • Rasa membakar dalam mulut
  • Kesakitan
  • Tidak selesa
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :
  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air



Kenali ulser mulut
ADA ketikanya mulut sering terasa nyeri apabila mengunyah makanan. Lebih-lebih lagi, jika makanan tersebut bergaram atau masam. Di dalam bahagian dalam mulut pula kelihatan seperti ada tompok-tompok putih. Ia seperti kudis yang timbul di bahagian dalam mulut yang lembut.
Keadaan sebegini sering berlaku apabila seseorang itu diserang ulser. Penyakit ini sebenarnya kerap berlaku dan ianya akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada tiga minggu. Walaupun penyakit ulser ini sering berulang, namun ia bukanlah penyakit yang serius dan tidak pula berjangkit.
Ulser mulut selalunya kerap menyerang wanita mengandung atau wanita yang dalam haid. Ulser juga sebenarnya lebih kerap menyerang wanita. Ulser mulut berlaku disebabkan tindakbalas yang berlaku terhadap jangkitan bakteria, virus, atau kulat.
Ulser mulut selalunya terjadi disebabkan beberapa faktor seperti berlakunya kecederaan pada lapisan mulut seperti tergigit, bahagian dalam mulut terluka akibat terkena makanan yang keras, minum air yang terlalu panas dan sebagainya. Ulser sebenarnya terjadi disebabkan tindakbalas yang berlaku terhadap jangkitan bakteria, virus, atau kulat.
Selain dari itu ulser juga mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, tekanan, kurangnya waktu rehat, keadaan bahagian dalam mulut yang kotor. Bagi mereka yang menghadapi rawatan sinar x atau ubat kimia seperti rawatan kimoterapi, ulser juga boleh menyerang mereka ini. Malah penyakit yang berkaitan seperti SLE dan penyakit yang berkaitan dengan penghadaman juga boleh menyebabkan berlakunya serangan ulser mulut.
Tanda-tanda ulser biasanya senang dikesan. Apabila seseorang itu merasa sakit dan pedih pada bahagian dalam mulut yang mempunyai luka yang berbentuk seperti tanda bulat yang berwarna putih kekuningan. Ini tandanya serangan ulser telah bermula. Manakala kawasan sekitarnya pula akan berwarna kemerahan dan mula membengkak.
Jika seseorang itu menghadapi serangan ulser, tanda-tanda ulser biasanya dapat dikesan dengan senang. Apabila mengunyah atau memamah makanan bahagian dalam mulut akan terasa nyeri atau sakit. Ini kerana terdapat luka pada bahagian dalam mulut. Di sekeliling bahagian yang luka itu pula akan mula membengkak dan merah. Tetapi bengkak itu tidaklah besar.
“Selain itu, mereka yang diserang ulser mulut juga akan menghadapi masalah sewaktu mengunyah atau memberus gigi dan jika terkena kawasan yang berbintik putih itu seseorang yang diserang ulser akan merasa sakit.
“Begitu juga akan berlaku sewaktu pengambilan makanan. Terutama makanan yang bergaram atau masam. Ini kerana garam tersebut akan mengenai bahagian yang luka dan ia akan menyebabkan seseorang itu akan merasa sakit akibat terkena garam tersebut,” jelasnya lagi. Seseorang yang diserang ulser mulut juga akan menghadapi masalah hilang selera makan. Ini berikutan keadaan mulut yang sakit.
Biasanya mereka yang mendapat serangan penyakit ulser mulut, akan membiarkan sahaja ulser tersebut sembuh dengan sendiri. Tetapi harus diingat ulser mulut juga sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya kanser mulut. Oleh yang demikian, pemeriksaan fizikal untuk merawat ulser ini adalah perlu agar ianya tidak merebak.

Petua Cepat Sembuhkan Ulser Mulut

Sesetengah orang berkata letakkan garam kalau nak cepat sembuhkan ulser. Paling tidak pun doktor akan memberikan gel bonjela untuk membunuh kuman disekitar kawasan ulser. Selain itu, anda boleh gunakan antiseptic mouth wash.. Selalunya yang paling popular ialah listerine. Pastikan kita berkumur dengan mouthwash sebelum tidur, dan pastikan juga ia terkena di bahagian yang terdapat ulser. Walau pun agak pedih sedikit  tapi insyaAllah, ulser tu tidak akan membesar, malah akan cepat mengecut….

Petua orang dulu-dulu, kalau nak kurangkan sakit ulser ni antaranya berkumur dengan air garam. Memang sakit masa berkumur tu, tapi orang tua cakap nanti cepat baik. Lagi satu petua guna asam keping / asam gelugor. Potong ikut besar ulser kat mulut tu atau besar sikit pun tak per. Lepas tu tekap kat tempat ulser. Berapa lama tak pasti la pulak. Sesiapa yang menderita ulser mulut sekarang ni, boleh la cuba petua lama ni..  

No comments:

Post a Comment