Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur

Monday 28 April 2014

Mengelakkan Penyakit akibat catuan air

NASIHAT KESIHATAN UNTUK MENGELAKKAN KESAN PENYAKIT YANG MUNGKIN BERLAKU AKIBAT CATUAN AIR DARI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Pada masa sekarang ini, beberapa tempat di Malaysia sedang mengalami catuan air. Catuan air ini dijangka akan memberi kesan kepada penjagaan kebersihan diri, keluarga, makanan, minuman, pakaian, peralatan, premis serta risiko penyakit. Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh rakyat Malaysia dalam menghadapi catuan air: Pastikan kebersihan diri, air digunakan dengan berhemah untuk membersihkan diri dari kekotoran. Pastikan, tangan dibasuh dengan menggunakan sabun atau sanitiser selepas menggunakan tandas, sebelum makan dan sebelum mengendalikan atau menyediakan makanan. Pastikan air disimpan dalam bekas yang bersih dan sentiasa bertutup untuk mengelakkan pencemaran luaran terutamanya jika air tersebut untuk tujuan penyediaan makanan dan minuman. Bekas bertutup juga bagi mengelakkan pembiakan nyamuk. Masak makanan dengan sempurna pada suhu tinggi 80℃ untuk memastikan bakteria dihapuskan dan tidak menyebabkan keracunan makanan. Pastikan makanan berasaskan daging dimasak dengan sempurna (tiada tanda-tanda mentah). Pengendali makanan bertanggungjawab memastikan keselamatan makanan yang mereka jual atau hidangkan kepada pengguna. Sekiranya air catuan yang bersih tidak mencukupi, guna air berbungkus yang terdapat di pasaran sebagai pilihan kerana ia lebih selamat. Penggunaan air perigi untuk memasak makanan dan minuman adalah dilarang kecuali perigi tersebut telah dirawat dengan klorin serta terhindar dari punca pencemaran. Orang awam perlu sentiasa menjaga kesihatan diri dan mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran dengan segera sekiranya menghadapi masalah kesihatan.

Monday 14 April 2014

Penyakit yang dibawa oleh Tikus

Tikus menyebarkan pelbagai jenis penyakit kepada manusia seperti hawar, jangkitan virus dan bakteria, taifus dan jangkitan cacing. Terdapat 7 cara mengesan kehadiran tikus iaitu: 1. Pergerakan tikus dapat dilihat pada waktu siang dan malam di tempat ia bersembunyi. Kehadiran tikus juga dapat dikesan daripada tinggalan air kencing, bau dan sarangnya. 2. Terdapatnya tanda-tanda kesan kunyahan tikus pada pintu, tingkap dan bungkusan makananan. 3. Periksa kewujudan lubang baru di sekitar tapak pembinaan, di bawah permukaan lantai, tepi jalan, pelantar dan benteng sungai. 4. Periksa tinggalan najis yang segar kerana ia adalah bukti kehadiran tikus. Periksa bahagian belakang peralatan berdekatan dengan dinding dan tempat-tempat yang jarang dibersihkan atau diusik. 5. Periksa tempat yang berdebu untuk menjejaki kesan tapak kaki tikus . 6. Cari kawasan berlumur si sepanjang dinding berhampiran paip, longkang dan tempat-tempat terbuka di mana tikus bergerak. 7. Letakkan makanan dan perhatikan tanda-tanda sama ada makanan itu dimakan atau tidak.

Thursday 3 April 2014

Cara Efektif Membersihkan Wajah Agar Terus Bersinar

Merawat Kulit Wajah membutuhkan waktu yang tidak sedikit apalagi kita yang bekerja di kantor. Bermacam-macam produk sudah kita gunakan, dari merk A sampai Z, masih saja bekas-bekas jerawat masih ada dan tidak jarang produk yang kita gunakan tidak cocok dan malah membuat wajah kita muncul flek hitam dan membuat keriput. Masih Bingung dan takut dalam merawat wajah coba cara efektif dalam merawat wajah : Memakai Air Hangat Untuk Membersihkan Wajah Memang masih banyak yang menganggap membersihkan wajah dengan air hangat lebih baik Sebenarnya dengan air dingin pun lebih baik, hanya saja air hangat akan terasa lebih nyaman dikulit dan memberikan efek rileks dan juga membuat wajah ebih bersih karena dapat melarutkan minyak maupun riasan pada kulit wajah. Yang terpenting adalah hangat dan jangan terlalu panas karena akan membat kulit jadi kering. Memakai Sabun Mandi untuk membersihkan wajah? Menurut beberapa pakar kecantikan, sebenarnya ini bergantung dari beberapa hal, seperti jenis kulit wajah dan frekuensi pemakaiannya. Dengan Kata lain jika anda hanya menggunakannya sesekalii dan jenis kulit anda normal atau berminyak maka hal ini tidak masalah. Menggunakan Toner atau Astringent ? Hal ini juga bergantung dari jenis kulit anda. Astringent atau toner berungsi untuk mengangkat sisa kotoran yang tertinggal serta member rasa segar pada kulit. Tetapi jika anda telah membersihkan kulit dengan seksama dan kulit terasa nyaman tanpa menggunakan toner, maka anda tidak perlu menggunakan kedua hal tadi untuk merawat kulit anda. Toner ada yang engandung alcohol sehingga kulit anda kering, maka pemakaian toner akan membuatnya lebih kering lagi, jadi untuk kulit kering gunakan toner yang tidak mengandung alcohol atau tertulis oil free. Memilih Pembersih wajah yang tepat untuk kulit berjerawat Menggunakan pembersih untuk kulit berjerawat yang mengandung salicylic acid (asam salisilat) saat wajah sedang berjerawat lalu beralih ke pembersih biasa saat jerawat mulai hilang. Tetapi jika jerawat tersebut terus timbul berarti anda harus menggunakan obat jerawat. Jika sedang berjerawat sebaiknya jangan menggunakan scrub sesudah membersihkan wajah, agar terhindar dari iritai kulit Setelah melakukan pembersihan diatas wajah perlu dilakukan penyegaran, gunakan toner untuk menyegarkan kulit dan membersihkan kotoran yang masih tersisa pada proses pembersihan.