Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur
Monday, 11 April 2016
Strok Haba
Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setiap tahun, iaitu pada Mac dan September. Ketika itu matahari akan berada tepat di atas garisan khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada 12 tengah hari hingga 3 petang.
Apabila badan manusia terdedah pada cuaca panas yang terlampau bagi jangka masa yang lama, sistem badan akan gagal berfungsi menyebabkan suhu badan tidak terkawal.
Dalam sistem badan manusia ada pusat kawalan suhu badan yang mana suhu badan manusia dikekalkan antara 36 hingga 37.2 darjah Celsius bagi melindungi tisu badan. Keadaan ini menyebabkan kita mudah terdedah pada strok haba (heat stroke).
Strok haba atau ‘sun stroke’ ialah keadaan apabila suhu badan yang tinggi melampau melebihi 40.5 Celsius hingga mengakibatkan komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma seterusnya membawa maut.
Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Pusat Perubatan UKM (PPUKM), Dr Noriani Daud berkata keadaan ini berpunca daripada pendedahan berpanjangan terhadap cuaca dan suhu panas melampau dan dehidrasi badan.
“Di Malaysia, gejala ini membimbangkan kerana Malaysia kini mengalami suhu panas yang melampau dan kering di mana kebanyakan kawasan boleh mencecah kepanasan suhu 38 Celsius hingga setinggi 44 Celsius.
“Ia berlaku disebabkan sistem thermoregulator badan akan membantu menurunkan suhu melalui proses berpeluh manakala penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Dalam suhu yang ekstrem, haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh.
“Kesannya menyebabkan suhu badan meningkat membawa kepada penyahidratan yang teruk, tekanan darah rendah, pelbagai kerosakan organ dalaman yang akhirnya boleh menyebabkan kematian,” katanya kepada Metro Ahad.
Menurutnya, antara tanda awal seseorang itu mendapat strok haba adalah sakit kepala dan berdenyut, mual dan muntah, sesak nafas, kurang berpeluh walau cuaca panas, lemah otot badan, kulit kering dan kemerahan, pengsan, sawan serta koma.
“Ada dua jenis strok haba iaitu exertional dan klasik. Strok haba exertional lazimnya berlaku kepada individu yang gemar melakukan aktiviti bersukan atau bersenam yang keterlaluan dalam keadaan suhu yang tinggi.
“Ini berlaku dalam kalangan ahli sukan dan golongan muda. Strok haba klasik pula berlaku dalam kalangan individu yang lebih berumur serta terdedah kepada suhu melampau di samping individu yang mengambil alkohol berlebihan,” katanya.
Strok haba adalah keadaan lebih serius jika dibanding dengan kelesuan haba. Kelesuan haba berlaku apabila seseorang itu mengalami keletihan melampau, kesan daripada pengurangan tekanan darah dan jumlah darah.
Ia disebabkan oleh kehilangan cecair tubuh dan garam selepas terdedah pada haba pada suatu jangka masa yang panjang. Kadangkala mereka mengalami kelesuan haba akan berasa tidak sihat, pengsan dan berpeluh dengan banyak.
Ia berlaku apabila suhu badan menjadi tinggi dan berbahaya berikutan pendedahan terhadap haba secara berlebihan. Tubuh tidak lagi mampu untuk menyejukkan diri dan mula ke tahap kepanasan melampau.
Mereka yang menghidap kelesuan haba perlu dipindahkan ke kawasan yang sejuk dan diberikan cecair terutama air kosong untuk diminum. Selepas perkara ini dilakukan, mereka akan berasa lebih baik dalam masa setengah jam. Mereka juga terhindar daripada mengalami komplikasi pada masa akan datang. Namun begitu, tanpa rawatan mereka akan mendapat strok haba.
Gejala kelesuan haba
Kulit yang sangat panas dan kemerah-merahan
, berpeluh dengan banyak,pening
, keletihan melampau
, loya
, degupan jantung yang cepat
, kurang buang air
dan kencing lebih pekat daripada biasa
Gejala strok haba
Suhu tinggi lebih 40 Celsius
, dehidrasi
, degupan jantung yang pantas.
, pernafasan yang cepat
, kejang otot
, kekeliruan
, kurang memberi tumpuan
, serangan sawan
, sakit kepala
, resah
, halusinasi
dan pengsan
Nasihat Kementerian Kesihatan
Menangguhkan atau mengehadkan aktiviti lasak seperti berkayak, berbasikal, maraton, memanjat gunung dan lain-lain aktiviti ketika berlaku gelombang haba ini sehinggalah keadaan kembali reda.
Jika tidak dapat dielakkan, pakai topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas.
Minum air secukupnya dan minumlah air yang sudah dimasak.
Pakai pakaian yang ringan, cerah dan elakkan pakaian berwarna gelap, tebal dan ketat.
Seboleh-bolehnya berada di dalam rumah atau bangunan. Tinggallah dalam rumah yang mempunyai pengudaraan yang cukup atau kelengkapan penyaman udara sekiranya mampu.
Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa penyaman udara.
Sumber artikel : Metro Ahad, 27 Mac 2016
Friday, 8 April 2016
Talasemia
Apa itu Talasemia?
Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.
Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik.
Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang di warisi dari ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.
Epidemiologi
Penghijrahan masyarakat dan juga perkahwinan campur antara berlainan bangsa dalam masyarakat telah menyumbang kepada penularan penyakit talasemia ini ke seluruh negara di dunia.
Peta di atas menunjukkan negara-negara yang diserang B -Talasemia (tidak jelas Negara manakah yang terlibat dan bagaimana ia terlibat.
Seorang daripada setiap 20 orang rakyat Malaysia adalah pembawa Talasemia. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 600 ribu hingga 1 juta adalah pembawa Talasemia dan dianggarkan seramai 2500 pesakit pembawa Talasemia Utama. Biasanya kaum Melayu, Cina dan Sabah tetapi jarang terdapat di kalangan kaum India dan juga rakyat peribumi Sarawak.
Bagaimana Talasemia boleh diwarisi dari ibu bapa kepada anak-anak?
Setiap manusia mempunyai 2 jenis gen, dan ianya diwarisi dari ibu dan sebahagiannya dari bapa. Antara gen tersebut, terdapat 2 gen yang mengawal pembentukan hemoglobin yang terdapat dalam setiap sel darah merah. Mari kita lihat contoh 3 pasangan yang berlainan:
Kedua ibu bapa adalah normal. Mereka tidak mungkin mewariskan penyakit Talasemia atau Talasemia Major kepada anak-anak.
Salah seorang ibu bapa penghidap Talasemia dan seorang lagi adalah normal. Setiap anak mempunyai 1 antara 2 (50%) peluang untuk mewarisi gen Talasemia daripada ibu atau bapa yang menjadi pembawa, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mendapat Talasemia. Ianya juga 1: 2 (50%) peluang untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa. Jika ini berlaku kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan normal. Tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat Talasemia major.
Kedua ibu dan bapa adalah pembawa Talasemia, mereka adalah golongan berisiko.
Kedua pasangan pembawa mempunyai peluang 1: 4 (25%) mempunyai peluang di setiap kehamilan dan melahirkan anak yang mengalami Talasemia major, 1: 2 (50%) berpeluang mempunyai anak yang mendapat ?Thalasemia trait?, dan 1:4 (25%) anak berpeluang mewarisi gen yang normal dari kedua ibu bapa dan ianya bebas dari penyakit tersebut.
Jenis-jenis Talasemia?
Talasemia Major - Pesakit Talasemia
Talasemia Minor - pembawa, tiada gejala-gejala dan kelihatan sihat.
Apakah tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit Talasemia Major?
Sel darah merah dalam penghidap Talasemia Major hanya boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja berbanding dengan sel darah merah yang normal selama 4 bulan. Kekurangan Hemoglobin menyebabkan kekurangan oksigen dalam setiap sel badan.
Tanda-tanda awal pada kanak-kanak:
Kelihatan normal semasa kelahiran. Walau bagaimanapun ianya secara perlahan-lahan anak tersebut kelihatan pucat dan bertambah teruk apabila usia meningkat pada 6-18 bulan
Kanak-kanak kelihatan letih dan gelisah
Kekurangan darah (Anemia) yang teruk boleh mengakibatkan sesak nafas
Kulit kelihatan kekuningan (Jaundice)
Kurang selera makan
Kembung perut disebabkan oleh pembengkakan hati dan limpa
Perubahan pada pembentukan tulang muka.
Bagaimana untuk mengesahkan Talasemia?
Sejarah dan pemeriksaan fizikal.
Penyelidikan makmal:
Indeks Hematologi. Parameter Hematologi ini diukur menggunakan peralatan elektronik untuk mengira sel darah merah. Ianya untuk menilai ukuran dan isi padu sel darah merah dan jumlah hemoglobin yang terdapat di dalamnya. Talasemia disahkan apabila ukuran dan isi padu sel darah merah dan kepekatan hemoglobin di dalamnya menunjukkan berkurangan dengan jelas.
Filem Darah dan morfologi sel darah merah. Apabila dilihat di bawah mikroskop, sel darah merah kelihatan pucat dan lebih kecil dari ukuran normal dan yang paling penting kebanyakan mempunyai bentuk yang ganjil: anisocytosis, poikilocytosis.
Hemoglobin electrophoresis. Proses ini adalah untuk memisahkan protein berlainan yang menghasilkan molekul Hemoglobin- contohnya HbA,HbA2, dan HbF. Bagi pengesahan penyakit Talasemia ditentukan di mana tahap Hemoglobin janin (HbF) adalah tinggi dari paras normal dan perbezaannya adalah antara 20-90%. HbA2 biasanya dikira sehingga 3% dari paras normal hemoglobin dewasa, boleh jadi tidak wujud, berkurangan, normal atau sedikit meningkat.
Kaedah Molekular. Kaedah ini adalah cara terbaik untuk mengesahkan atau mendapat maklumat yang khusus berkaitan dengan pengesahan penyakit, melalui kajian DNA.
Bagaimana Talasemia dirawat?
Pesakit Talasemia Major memerlukan pemindahan darah setiap 2-4 minggu sekali. Melalui cara ini ia dapat mengelakkan dari kekurangan darah akan menghindar dari kelihatan pucat dan memastikan tisu badan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Pesakit dapat hidup dan membesar secara normal.
Ini akan menggalakkan sum-sum tulang rehat dan dengan ini pembentukan tulang adalah normal dan menjadi kuat serta muka kelihatan normal.
Kekerapan pemindahan darah boleh menyebabkan pengumpulan zat besi dalam organ-organ utama seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin. Keadaan ini menyebabkan kegagalan organ-organ tersebut berfungsi.
Zat besi yang berlebihan boleh dikeluarkan melalui terapi ?Chelation? yang boleh diberi melalui suntikan atau pengambilan secara oral.
Splenectomy (pembuangan limpa) ? mungkin perlu dilakukan dalam keadaan tertentu.
Pemindahan sum-sum tulang mungkin diperlukan jika terdapat penderma yang sesuai di kalangan ahli keluarga.
Penggunaan Terapi Genetik masih dalam peringkat kajian.
Iron chelators
Kekerapan pemindahan darah boleh menyebabkan peningkatan zat besi dan ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuk diabetes, kegagalan jantung dan penyakit hati.
Pengambilan ubatan juga boleh digunakan untuk mengeluarkan lebihan zat besi dari darah. Ia dipanggil 'iron chelators' - yang berfungsi untuk membendung zat besi dan melepaskannya melalui buah pinggang.
Ubatan ini biasanya diberi melalui suntikan dengan menggunakan infusi pam secara perlahan untuk beberapa jam.
Pemberian zat besi 'chelators' dari jenis tablet boleh diberi sekiranya rawatan infuse tidak sesuai atau tidak berkesan. Walau bagaimanapun, pengambilan ubat ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk dan memerlukan pemerhatian yang teliti. Injection-desferal Oral-L1and ICL 670
Apakah kesan jika Talasemia tidak dirawat?
Jika tidak dirawat pesakit Talasemia akan mengalami gejala seperti yang di nyatakan di atas dan boleh membawa kematian disebabkan kekurangan darah yang teruk.
Walaupun pemindahan darah dilakukan berulang kali sepanjang hayat boleh menyelamatkan nyawa, tetapi ianya juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius disebabkan oleh lebihan zat besi di dalam badan pesakit Talasemia. Dalam jangka masa panjang, pesakit yang mengalami Talasemia akan menyebabkan pengumpulan zat besi dalam badan terutamanya di hati, jantung dan kelenjar endokrin (yang menghasilkan hormon). Pengumpulan ini akhirnya akan menyebabkan gangguan kepada fungsi normal jantung, hati, dan juga menyumbang kepada kelewatan tumbesaran serta kematangan seksual. Komplikasi ini boleh dielakkan dengan pemberian zat besi chelation secara berkala.
Kualiti hidup pesakit Talasemia
Peningkatan pemulihan dalam pengurusan klinikal Talasemia Major sejak 10-20 tahun yang lalu telah meningkatkan kualiti kehidupan pesakit. Pesakit mampu dan mudah mendapatkan rawatan seperti yang di sarankan.
Bolehkah Talasemia dielakkan?
Talasemia boleh dielakkan dengan pengesanan awal pembawa serta mengelakkan perkahwinan antara pembawa Talasemia
Adakah kumpulan sokongan untuk penjagaan kanak-kanak Talasemia?
Anda boleh menghubungi hospital atau klinik yang berdekatan atau Persatuan Talasemia Malaysia.
Saturday, 10 May 2014
Sendi cepat rosak jika gemuk
Pernah rasa sakit secara tiba-tiba di lutut hingga sukar berjalan? Selepas diurut beberapa kali dengan minyak panas, barulah kaki berupaya melangkah perlahan-lahan? Bersedialah, kerana itu antara beberapa simptom masalah osteoartritis lutut yang dialami kebanyakan golongan muda hari ini.
Meskipun usia adalah faktor utama bagi osteoartritis lutut, golongan muda kini turut berisiko disebabkan keturunan, kecederaan ketika bersukan, jangkitan atau berat badan berlebihan.
Osteoartritis (OA) lazimnya radang sendi, berlaku apabila kusyen semula jadi antara sendi iaitu tulang rawan mula menjadi haus.
Apabila ini berlaku, tulang sendi itu akan saling bergesel lebih rapat dan kurang serapan hentakan yang sebelum ini memberi perlindungan kepada tulang rawan itu.
Geselan ini akhirnya menyebabkan kesakitan, bengkak, kekakuan dan menurunnya tahap keupayaan untuk bergerak.
Menurut Perunding Ortopedik, Artroplasti dan Kecederaan Sukan di Pusat Perubatan Tropicana, Dr Soong Kean Leong, OA adalah kumpulan artritis paling kerap ditemui yang biasanya dialami individu berusia 45 tahun ke atas.
“Tapi dengan perubahan gaya hidup zaman ini, makin ramai golongan muda seawal 20-an mula mengalaminya hingga ada yang terpaksa mendapatkan rawatan suntikan dan memerlukan pembedahan.
“Wanita juga didapati lebih berisiko mengalami osteoartritis lutut ini berbanding lelaki,” katanya.
Penyebab utama OA ialah umur dan hampir setiap individu akan mengalami beberapa tahap osteoartritis. Bagaimanapun, beberapa faktor lain turut dikenal pasti berupaya meningkatkan risiko artritis yang ketara pada usia lebih awal.
“Berat badan berlebihan akan memberikan bebanan kepada sendi terutamanya lutut. Setiap kilogram berat yang bertambah akan memberikan tiga ke empat kali tekanan pada lutut.
“Faktor keturunan atau mutasi genetik pula membuatkan seseorang lebih cenderung untuk mengalami osteoartritis lutut disebabkan tahap abnormal yang diwarisi dalam bentuk tulang yang mengelilingi sendi lutut.
“Selain itu, kecederaan berulang dan tekanan kerap seperti mencangkung atau mengangkat barangan berat juga akan menyebabkan berlakunya osteoartritis lutut ini.
“Tidak ketinggalan atlet kerana pendedahan berterusan kepada tekanan lutut terutama sukan yang banyak membabitkan penggunaan kaki,” katanya.
Tambah Dr Soong, rawatan tanpa ubatan biasanya dilakukan terlebih dulu kepada pesakit bagi mengurangkan kesakitan dan simptom sedia ada.
“Rawatan dimulakan dengan perubahan gaya hidup terutama mereka yang mengalami masalah berat badan, latihan fisioterapi dan rawatan menyelaraskan semula bahagian yang sakit.
“Jika rawatan ini tidak berupaya membantu pesakit, barulah disyorkan penggunaan ubatan tahan sakit seperti COX-2, suntikan dan akhir sekali pembedahan,” jelasnya.
Suntikan efektif
Bagaimanapun ada segelintir pesakit yang tidak mahu bergantung kepada ubat tahan sakit dan memilih suntikan atas faktor segera serta efektif.
Wujud dua jenis suntikan, steroid dan gel yang bertindak mengurangkan kesakitan dan bengkak pada lutut.
“Suntikan steroid atau kortikosteroid ini membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak OA dengan cairan yang dihasilkan di lutut. Suntikan ini juga mengurangkan keradangan pada sendi.
“Ia bertindak dengan segera, biasanya antara 24 hingga 48 jam. Secara purata, kelegaan daripada kesakitan yang ditawarkan menerusi suntikan ini bertahan antara enam hingga 12 minggu.
“Namun ia tidak boleh digunakan secara kerap, biasanya dua hingga tiga kali setahun.
“Suntikan gel atau dikenali sebagai suntikan asid hyaluronic ini turut bertindak seperti kortikosteroid, cuma kosnya lebih tinggi daripada rawatan lain.
“Kebanyakan cecair pada lutut yang sihat mengandungi asid hyaluronic tapi apabila berlakunya OA, asid hyaluronic itu makin berkurangan. Suntikan ini dilakukan bagi meningkatkan semula kandungan cecair itu.
“Suntikan ini hanya dilakukan apabila benar-benar perlu dan tiada perubahan positif pada simptom,” katanya.
Kesan sampingan pasti ada dan Dr Soong tidak menafikan pesakit akan mengalami beberapa rasa tidak selesa selepas disuntik.
“Ia seperti kita masukkan sesuatu pada lutut. Rasa tidak selesa dan ada sesetengahnya mengalami kesan bengkak kecil pada permulaannya. Tapi selepas beberapa hari, kesan itu hilang dan tidak lagi timbul rasa sakit ketika melakukan pergerakan.
“Apapun semuanya bergantung kepada keadaan pesakit itu sendiri,” tegasnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/28 Harian Metro
Saturday, 3 May 2014
Apa itu INFLUENZA?
ADAKAH ANDA TAHU TENTANG INFLUENZA
Influenza adalah penyakit menular yang disebabkan oleh virus RNA dari golongan Orthomyxoviridae (virus influenza) yang menyerang unggas dan mamalia. Penyakit yang umum disebut selsema (flu) ini sekilas terlihat seperti ringan, namun sebenarnya boleh mengancam jiwa. Flu boleh membuat sebagian orang jauh lebih parah sakitnya dibanding lainnya seperti kanak-kanak, orang tua 65 tahun ke atas, wanita hamil dan mereka yang menderita penyakit tertentu misalnya penyakit buah pinggang, jantung, paru-paru atau memiliki sistem kekebalan tubuh yang lemah.
Virus penyebab influenza ini dapat menyebar melalui udara, waktu penularan virus dari seseorang ke orang lain relatif sangat cepat selama 1 hari yakni ketika lendir orang yang sakit berubah menjadi butiran cairan kecil yang diterbangkan udara maka akan terhirup oleh orang yang sihat, penularan melalui langsung, melalui tangan apalagi pada tangan yang kotor kerana terdapat ribuan kuman yang boleh menularkan penyakit. Virus influenza biasanya menginfeksi manusia selama 5 sampai 7 hari. Dibandingkan orang dewasa, anak-anak lebih mudah terinfeksi virus influenza ini.
Walaupun sering tertukar dengan penyakit mirip influenza lainnya, terutama selsema, influenza merupakan penyakit yang lebih berat dibandingkan dengan selsema dan disebabkan oleh jenis virus yang berbeza Influenza dapat menimbulkan mual dan muntah terutama pada kanak-kanak, namun gejala tersebut lebih sering terdapat pada penyakit gastroenteritis (usus/perut), yang sama sekali tidak berhubungan, yang juga kadangkala secara tidak tepat disebut sebagai "flu perut." Flu kadangkala dapat menimbulkan pneumonia viral secara langsung maupun menimbulkan pneumonia bakterial sekunder.
Jenis-Jenis Influenza Seperti :
a) Virus Influenza tipe A yakni virusnya boleh menginfeksi manusia dan binatang. Burung
merupakan contoh binatang yang senang terkena virus jenis ini yang disebut dengan
Avian Influenza atau flu burung. Simptom-simptom Influenza A (H1N1)? Kesan selesema
H1N1 berbeza dari individu ke individu. Sesetengah individu yang dijangkiti virus ini
hanya mengalami simptom yang sederhana. Tetapi terdapat juga individu yang boleh
mengalami komplikasi seperti penyahhidratan, pneumonia (radang paru-paru) atau
kesukaran untuk bernafas.
b) Virus Influenza tipe B yakni virusnya hanya menginfeksi manusia. Tingkat keganasan
virus ini masih dibawah influenza tipe A namun tetap saja berbahaya
c) virus influenza tipe C, yang menginfeksi manusia, anjing dan babi, kadang-kadang
menyebabkan sakit menjadi parah dan akan menjadi wabak di kawasan persekiran
Antara simptom-simptom Influenza adalah :
1) Demam dengan mengejut
2) Keletihan atau kurang tenaga
3) Sakit tekak
4) Hidung berhingus
5) Batuk
6) Sakit kepala
7) Sakit otot dan sendi
Selesema H1N1 juga boleh menyebabkan:
1) Sakit abdomen
2) Cirit-birit
3) Muntah
Jenis influenza virus
1) Influenzavirus A
2) Influenzavirus B
3) Influenzavirus C
Virus ini adalah hanya termasuk dikalangan virus parainfluenza manusia. Virus RNA dari golonggan paramyxovirus yang umum yang menyebabkan infeksi saluran pernafasan pada kanak-kanak seperti sesak nafas, tetapi juga dapat menyebabkan penyakit yang mirip dengan influenza pada orang dewasa.
sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:
1) Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah
atau tempat sesak
2) Berehat dan meminum banyak air
3) Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu
yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan
air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
4) Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung
dengan dengan lengan dan siku anda
5) Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling
anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
6) Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan
elakkan berhubung rapat dengan orang lain
7) Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi
membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
8) Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam
dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk
pemeriksaan
Monday, 28 April 2014
Mengelakkan Penyakit akibat catuan air
NASIHAT KESIHATAN UNTUK MENGELAKKAN KESAN PENYAKIT YANG MUNGKIN BERLAKU AKIBAT CATUAN AIR DARI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Pada masa sekarang ini, beberapa tempat di Malaysia sedang mengalami catuan air. Catuan air ini dijangka akan memberi kesan kepada penjagaan kebersihan diri, keluarga, makanan, minuman, pakaian, peralatan, premis serta risiko penyakit. Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh rakyat Malaysia dalam menghadapi catuan air:
Pastikan kebersihan diri, air digunakan dengan berhemah untuk membersihkan diri dari kekotoran. Pastikan, tangan dibasuh dengan menggunakan sabun atau sanitiser selepas menggunakan tandas, sebelum makan dan sebelum mengendalikan atau menyediakan makanan.
Pastikan air disimpan dalam bekas yang bersih dan sentiasa bertutup untuk mengelakkan pencemaran luaran terutamanya jika air tersebut untuk tujuan penyediaan makanan dan minuman. Bekas bertutup juga bagi mengelakkan pembiakan nyamuk.
Masak makanan dengan sempurna pada suhu tinggi 80℃ untuk memastikan bakteria dihapuskan dan tidak menyebabkan keracunan makanan. Pastikan makanan berasaskan daging dimasak dengan sempurna (tiada tanda-tanda mentah).
Pengendali makanan bertanggungjawab memastikan keselamatan makanan yang mereka jual atau hidangkan kepada pengguna. Sekiranya air catuan yang bersih tidak mencukupi, guna air berbungkus yang terdapat di pasaran sebagai pilihan kerana ia lebih selamat.
Penggunaan air perigi untuk memasak makanan dan minuman adalah dilarang kecuali perigi tersebut telah dirawat dengan klorin serta terhindar dari punca pencemaran.
Orang awam perlu sentiasa menjaga kesihatan diri dan mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran dengan segera sekiranya menghadapi masalah kesihatan.
Monday, 14 April 2014
Penyakit yang dibawa oleh Tikus
Tikus menyebarkan pelbagai jenis penyakit kepada manusia seperti hawar, jangkitan virus dan bakteria, taifus dan jangkitan cacing.
Terdapat 7 cara mengesan kehadiran tikus iaitu:
1. Pergerakan tikus dapat dilihat pada waktu siang dan malam di tempat ia bersembunyi. Kehadiran tikus juga dapat dikesan daripada tinggalan air kencing, bau dan sarangnya.
2. Terdapatnya tanda-tanda kesan kunyahan tikus pada pintu, tingkap dan bungkusan makananan.
3. Periksa kewujudan lubang baru di sekitar tapak pembinaan, di bawah permukaan lantai, tepi jalan, pelantar dan benteng sungai.
4. Periksa tinggalan najis yang segar kerana ia adalah bukti kehadiran tikus. Periksa bahagian belakang peralatan berdekatan dengan dinding dan tempat-tempat yang jarang dibersihkan atau diusik.
5. Periksa tempat yang berdebu untuk menjejaki kesan tapak kaki tikus .
6. Cari kawasan berlumur si sepanjang dinding berhampiran paip, longkang dan tempat-tempat terbuka di mana tikus bergerak.
7. Letakkan makanan dan perhatikan tanda-tanda sama ada makanan itu dimakan atau tidak.
Thursday, 3 April 2014
Cara Efektif Membersihkan Wajah Agar Terus Bersinar
Merawat Kulit Wajah membutuhkan waktu yang tidak sedikit apalagi kita yang bekerja di kantor. Bermacam-macam produk sudah kita gunakan, dari merk A sampai Z, masih saja bekas-bekas jerawat masih ada dan tidak jarang produk yang kita gunakan tidak cocok dan malah membuat wajah kita muncul flek hitam dan membuat keriput.
Masih Bingung dan takut dalam merawat wajah coba cara efektif dalam merawat wajah :
Memakai Air Hangat Untuk Membersihkan Wajah
Memang masih banyak yang menganggap membersihkan wajah dengan air hangat lebih baik Sebenarnya dengan air dingin pun lebih baik, hanya saja air hangat akan terasa lebih nyaman dikulit dan memberikan efek rileks dan juga membuat wajah ebih bersih karena dapat melarutkan minyak maupun riasan pada kulit wajah. Yang terpenting adalah hangat dan jangan terlalu panas karena akan membat kulit jadi kering.
Memakai Sabun Mandi untuk membersihkan wajah?
Menurut beberapa pakar kecantikan, sebenarnya ini bergantung dari beberapa hal, seperti jenis kulit wajah dan frekuensi pemakaiannya. Dengan Kata lain jika anda hanya menggunakannya sesekalii dan jenis kulit anda normal atau berminyak maka hal ini tidak masalah.
Menggunakan Toner atau Astringent ?
Hal ini juga bergantung dari jenis kulit anda. Astringent atau toner berungsi untuk mengangkat sisa kotoran yang tertinggal serta member rasa segar pada kulit. Tetapi jika anda telah membersihkan kulit dengan seksama dan kulit terasa nyaman tanpa menggunakan toner, maka anda tidak perlu menggunakan kedua hal tadi untuk merawat kulit anda. Toner ada yang engandung alcohol sehingga kulit anda kering, maka pemakaian toner akan membuatnya lebih kering lagi, jadi untuk kulit kering gunakan toner yang tidak mengandung alcohol atau tertulis oil free.
Memilih Pembersih wajah yang tepat untuk kulit berjerawat
Menggunakan pembersih untuk kulit berjerawat yang mengandung salicylic acid (asam salisilat) saat wajah sedang berjerawat lalu beralih ke pembersih biasa saat jerawat mulai hilang. Tetapi jika jerawat tersebut terus timbul berarti anda harus menggunakan obat jerawat. Jika sedang berjerawat sebaiknya jangan menggunakan scrub sesudah membersihkan wajah, agar terhindar dari iritai kulit
Setelah melakukan pembersihan diatas wajah perlu dilakukan penyegaran, gunakan toner untuk menyegarkan kulit dan membersihkan kotoran yang masih tersisa pada proses pembersihan.
Subscribe to:
Posts (Atom)









.jpg)
