Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur

Thursday, 3 November 2011

Khasiat Daun Kari

    
Daun kari mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan digunakan secara meluas dalam perubatan ayurverda di India. Ia berfungsi sebagai antioksidan, anti diabetes, anti mikrob dan anti inflamasi.
     Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan mengatasi masalah penghadaman. Selain itu, daun kari yang dicampurkan dengan jus limau nipis dapat digunakan sebagai penawar masalah pening dan loya yang dialami wanita hamil. Loya dan pening yang dialami akibat makan lemak berlebihan turut  dapat dirawat menerusi daun kari. Buat wanita, daun kari turut membantu mengatasi masalah berkaitan haid.

Tuesday, 1 November 2011

Betik rendahkan risiko aneka penyakit

   

Betik merupakan sumber terbaik vitamin c, vitamin E dan beta karotena yang merupakan trio anti oksidan yang berkesan. Betik mampu melindungi tubuh daripada serangan aneka jenis penyakit berbahaya.
   Betik turut kaya dengan serat, berkuasa dalam menurunkan paras kolestrol dalam badan dan menghalang kerosakan arteri jantung atau arteriosklerosis.Asid amino yang terkandung di dalamnya pula mampu menangkis serangan penyakit jantung dan angin ahmar.
   Manakala gabungan trio antioksidan dan asam folat pula berupaya melindungi sel kolon daripada sebarang kerosakan serta risiko untuk mendapat kanser kolon.

Friday, 28 October 2011

Kunyit Bunuh Bakteria

  
Serbuk kunyit antara ramuan utama masakan kita. Ia berfungsi memberi warna menarik pada juadah dan menambah aroma dalam masakan. Akan tetapi tahukah anda, bakteria berbahaya yang terdapat dalam isi ikan atau daging akan musnah apabila kedua-dua bahan itu digaul bersama kunyit sebelum digoreng.
   Bukan itu sahaja, kunyit yang terdapat dalam masakan juga berupaya memperbaiki sistem penghadaman mengurangkan gatal dan bengkak pada kulit, menggalakkan pertumbuhan tisu baru dan melangsingkan tubuh.
   Malahan juga kunyit berupaya mengurangkan angin dalam perut, membersihkan sistem hati dari toksin berbahaya dan mengurangkan sakit sendi dan mencegah kanser.

P/s: Begitulah betapa banyaknya khasiat kunyit kepada kita. Kepada sesiapa yang mempunyai sedikit tanah di belakang dapur tu, maka rajin2 lah mengeluarkan peluh menanam pokok kunyit.

Wednesday, 26 October 2011

Kenapa kita perlu mandi?


   
KAJIAN terbaru mengenai mandi menunjukkan ia bukan saja bertujuan membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan tekanan serta berperanan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Baru Perubatan England mendapati penderita diabetes yang berendam dalam air suam selama 30 minit mampu menurunkan paras gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas berkesan memperbaiki kesihatan jantung terutama untuk lelaki manakala mandi susu serta mandi bunga untuk bakal pengantin bukan saja memberikan kesegaran tetapi terapi paling berkesan menghilangkan tekanan selepas seharian bekerja.

Masyarakat zaman dulu percaya mandi bunga mampu menaikkan semangat. Ini kerana haruman daripada tujuh jenis bunga berfungsi menenangkan fikiran manakala warna-warni bunga dapat menceriakan aura penglihatan dan memberi ketenangan.


Mandi susu dan bunga mempunyai pelbagai khasiat. Selain dapat mencantikkan kulit menerusi khasiat susu segar juga memberi ketenangan kepada bakal pengantin.

Biasanya bakal pengantin akan berendam di dalam tab mandi yang dimasukkan bunga-bungaan segar pelbagai warna bersama haruman lavendar selama 30 minit bagi mengharumkan tubuh dan menenangkan fikiran manakala mandi susu menggunakan campuran susu dan bahan wangian berfungsi untuk memutih dan melicinkan kulit. Selepas kedua-duanya selesai, pelanggan dibawa bersauna atau mandi wap yang diakui mempunyai pelbagai khasiat dan kelebihan.

Ramai wanita tidak tahu bersauna bukan saja memberi kebaikan pada fizikal tetapi juga mental. Ini kerana ketika bersauna, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyutan seminit kepada 100 hingga 150 seminit.

Apabila ini berlaku, ia meningkatkan kadar peredaran darah kerana haba daripada wap akan mengembangkan saluran darah untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan.

Proses ini membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat dan nutrien terutama ke bahagian kulit bagi menggantikan sel mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara, anda akan kelihatan lebih segar dan muda selama beberapa jam selepas bersauna.

Kesan panas sauna juga melegakan otot, menghilangkan sengal dan kebas badan. Wap daripada sauna dapat membuka liang roma, mengeluarkan kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit lebih sihat dan rambut tambah bersinar.

“Bukan saja kebaikan untuk luaran, bersauna turut memulihkan kesihatan terutama bagi penghidap resdung, radang paru-paru dan asma. Ini kerana apabila wap ini masuk ke rongga pernafasan dan terus ke sistem peredaran darah, ia akan memberi kesan yang baik pada badan,” katanya.

Bagi bakal pengantin, kesihatan kulit amat penting. Justeru, rawatan lulur yang dilakukan selepas bersauna membantu membuang sel kulit mati, seterusnya menjadikan kulit segar dan cerah. Sebaiknya dilakukan setiap dua minggu sekali bermula tiga bulan sebelum berkahwin bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

Selepas kulit dimanjakan dengan bahan lulur, bakal pengantin dibawa menikmati urutan lembut yang tidak menyakitkan. Urutan ini menggunakan minyak aromaterapi khas sekadar untuk melancarkan peredaran darah dan menghilangkan tekanan selepas penat bekerja.

Bagaimanapun, bakal pengantin tidak digalakkan terlalu kerap melakukan urutan kerana ia hanya sesuai untuk mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak saja. Jika mahu melakukan urutan, pastikan memilih urut aromaterapi untuk menenangkan badan serta merehatkan fikiran,” katanya yang berkebolehan mengurut sejak kanak-kanak lagi.

Tuesday, 25 October 2011

Kopi kurangkan risiko kanser kulit

    


Kopi kurangkan risiko kanser kulit


2011/10/26

WASHINGTON: Amalan meminum kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya di kalangan wanita.
Kajian mengenainya yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama Amerika Syarikat di bandar raya Boston kelmarin menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus.
Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus.

"Ekoran hampir sejuta kes baru BCC dicatatkan di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian, Fengju Song. - AFP


Sumber dari berita harian - 26.10.2011

Monday, 24 October 2011

Wanita di usia tua


      
RAMAI wanita risau apabila semakin mendekati usia menopaus. Menopaus sebenarnya adalah permulaan era dalam hidup wanita yang menandakan anda semakin matang. Bagi wanita Islam, ada lebih banyak masa mendekatkan diri dengan Allah dan boleh beribadat dengan tenang kerana tiada keraguan mengenai haid.
Secara purata kitaran haid terhenti pada umur 50 atau 51 tahun. Kajian menunjukkan satu peratus wanita menopaus awal iaitu sebelum 40 tahun. Antara punca yang boleh menyebabkan menopaus awal ialah pembedahan pembuangan ovari (akibat masalah kesihatan), ovari gagal berfungsi dan menerima rawatan kemo atau radioterapi (untuk rawatan kanser).
Penurunan paras hormon estrogen ketika menopaus memberi kesan menyeluruh pada wanita iaitu daripada rambut hingga hujung kaki kerana ia membabitkan perubahan pada otak, rambut, mata, gigi, jantung, tulang, payu dara, kulit dan vagina.

Perubahan ini adakalanya turut mempengaruhi emosi wanita yang sememangnya menjadi sedikit celaru akibat ketidakstabilan hormon. Suami, anak dan ahli keluarga perlu faham perubahan dialami wanita di ambang menopaus dan emosi yang kadangkala tidak menentu kerana ia di luar kawalan wanita.


Walaupun wanita hanya dikatakan mengalami menopaus apabila haidnya berhenti selama sekurang-kurangnya enam bulan (biasanya pada umur 50 atau 51 tahun), perubahan ini boleh berlaku beberapa tahun sebelum itu secara perlahan-lahan dan berperingkat.

Tahap gangguan gejala berbeza antara individu mengikut daya ketahanan masing-masing. Namun, gangguan akibat menopaus tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana satu pertiga hidup wanita adalah selepas menopaus.

Inilah sebabnya sokongan keluarga terutama suami penting supaya wanita dapat menjalani kehidupan sebaik mungkin. Ia bertepatan dengan tema sambutan Hari Menopaus Sedunia tahun ini yang berkisar kepada penuaan sejahtera dalam usia emas.

Sememangnya ada banyak perkara baru yang perlu diambil kira sebaik memasuki era menopaus terutama dari segi kesihatan. Antara yang disentuh dalam artikel pendidikan Berita Menopos (Oktober - Disember 2010) terbitan Persatuan Menopaus Malaysia ialah saringan kesihatan untuk:


  • Payudara – Risiko mendapat kanser payudara meningkat mendadak selepas menopaus. Selain menjalani ujian mamogram setiap tahun, setiap wanita perlu selalu membuat pemeriksaan sendiri payudara di rumah.

  • Tekanan darah – Pada usia begini, tekanan darah memang mudah naik jika tidak menjaga pemakanan. Tekanan darah dan paras kolesterol yang tinggi akan mendekatkan wanita dengan risiko sakit jantung.

    Tahukah anda, selepas menopaus risiko mendapat serangan jantung sama seperti lelaki. Jadi untuk mengelakkannya, rajin-rajinlah bersenam selain menjaga pemakanan. Ia juga secara tidak langsung membantu mengekalkan kelangsingan badan dan membuatkan anda nampak muda.

  • Paras gula darah – Tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis digelar penyakit tiga serangkai atau ‘sahabat baik’ kerana ia mempunyai kaitan rapat antara satu sama lain. Berhati-hati jika anda mempunyai ahli keluarga menghidap kencing manis kerana anda juga berisiko tinggi mendapatnya.
    Namun amalan gaya hidup sihat dapat membantu anda menjauhi masalah ini.

  • Kelenjar tiroid – Jika anda berumur lebih 50 tahun dan sering berasa sejuk, sengal, mengalami sembelit dan berat badan mudah naik, berbincanglah dengan doktor sama ada anda memerlukan ujian masalah kelenjar tiroid. 



  • Sumber dari :

  • Harian Metro Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin 25.10.2011

    Sunday, 18 September 2011

    Mengatasi Makan Lewat Malam


     7 CADANGAN ATASI TABIAT MAKAN LEWAT MALAM

    1.   Makan tiga hidangan seimbang sewaktu siang. Namun sesetengah diet rendah kalori di waktu siang boleh menggalakkan individu makan berlebihan pada waktu malam..

    2.   Makan makanan yang membekalkan jumlah kalori harian anda secukupnya sebelum jam 7 petang. 
          Sekiranya selepas jam tersebut anda masih terasa lapar, amalkan snek bernutrien, berserat dan rendah 
          karbohidrat seperti potongan lobak merah, seleri, betik, salad dan epal.


    Ini adalah contoh makanan yang sihat...


    3.     Sekiranya didatangi selera untuk makan pada waktu malam, minum beberapa gelas air masak atau teh herba bercampur madu.


    minum air masak memberi kita banyak manfaatnya...nak tahu apa manfaatnya???????jeng3


    ni la fungsi air masak, byk kebaikkannya apabila kita byk minum air masak..tapi jgn minum air yang ber'kaler' taw...air ni air masak la...

    meh aku terangkan khasiat madu lak...korang nk tahu x?meh aku kongsi ngn korang..meh ler...

    *madu lebah*

    khasiat madu ni aku amik dari link http://pedagangherba.wordpress.com/category/madu/...



    4.   Tetapkan diminda, tubuh anda tidak memerlukan makanan yang berat pada waktu malam. Sentiasa 
          beringat untuk mengekalkan berat badan yang seimbang dan kenapa ia begitu penting untuk diri anda.

    fuhhhh...burger ni klau lapar memang licin ar...xigt dah nak diet ker apa ker...kan??????tapi kena beringat juga...jgn makan terlampau, nanti membahayakan kesihatan. sapa nk tanggung? lu pikir la sndiri...ha3...tapi nampak memg sedap pun....nak 1 bleh?????????



     5.   Lakukan helah pada diri sendiri. Jika terasa ingin makan, lekas ke bilik air dan terus berus gigi anda. Ini kerana secara psikologinya, ia mengelak perasaan ingin makan kerana setiap orang gemar akan  mulut  yang bersih dan segar.

    cantik x gigi dia?gigi korang mcm gigi dia x?he3...kadag2 bab gigi ni jadi isu sensitif  jugak...faham2 je la ek..motif aku di sini adalah nak menyarankan kepada sume, termasuklah aku...klaw nk elakkan makan pada lewat malam, adalah digalakkan gosok gigi awal2. tapi kadang2, da gak orang yang xtahan nafsu makan. dia redah jer. pas 2 gosok gigi balik.ok ke mcm 2?wat habis ubat gigi je kan?



     6.   Carilah hobi yang digemari untuk mengelak diri anda daripada makan pada waktu malam. Elakkan 
           menonton televisyen atau majalah yang mengandungi banyak iklan makanan.

     7.   Makan hidangan sarapan yang mengenyangkan pada waktu pagi. Pastikan anda melatih diri anda untuk makan pada waktu yang tetap setiap hari.          
            
           
    Akhir kata dari aku, amalkan lah diet seimbang. baru la sihat dan kuat...he3...kat sini aku nk 'paste' gambar piramid makanan. bukan piramid kat mesir 2 taw...kah3... untuk rujukan korang sume jer....      


    *p/s: klaw nk elakkan makan pada lewat malam...try la info yang aku kongsi ngn korang ni taw...daaaa