Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur

Thursday 9 June 2011

Demam kuning

 “Mulanya saya ingat penat biasa sehinggalah rakan menegur ketika menjalani penggambaran mengatakan mata saya kelihatan kuning,” kata pelakon jelita, Rozita Che Wan yang dimasukkan ke wad Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, dekat sini, kerana menghidap demam kuning.
Rozita, 38, bagaimanapun dibenarkan keluar kira-kira jam 6 petang semalam selepas mendapat rawatan sejak Ahad lalu. 
Menurutnya, sebelum dimasukkan ke wad, dia terasa letih dan lemah ketika menjalani penggambaran drama.

“Mungkin saya sakit disebabkan tekanan selain kurang berehat. Saya juga perlu menjalani pemeriksaan setiap hari bagi memastikan benar-benar pulih daripada sakit,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dia berkata, doktor turut menasihatkan dia tidak bekerja untuk sekurang-kurangnya dua minggu tetapi dia terpaksa memendekkan tempoh rehat itu bagi meneruskan penggambaran drama Anissa untuk slot Samarinda TV3, Sabtu ini.

P/S: Dipetik dari berita Harian Metro. Moralnya jangan ingat hanya kanak-kanak dan bayi sahaja yang boleh terkena demam kuning. Jika ada tanda-tanda seperti di atas jangan berlengah lagi untuk membuat pemeriksaan di hospital.

No comments:

Post a Comment