Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur

Thursday 9 June 2011

Getaran Tenaga Chi

Tahukah anda? Tanpa ditusuk dengan jarum atau ditoreh dengan pisau, darah kotor yang mengandungi toksin di seluruh bahagian badan pesakit dapat dikeluarkan dengan menggunakan tenaga dalaman yang dikenali sebagai chi. Chi ialah tenaga yang mengalir di sekeliling kita. Terapi chi gong adalah suatu teknik yang menggunakan tenaga chi yang dimanipulasi menjadi getaran atau aliran elektrik yang dialirkan melalui titik-titik meridien di dalam badan manusia bagi memulihkan kesihatan.

Tidak seperti rawatan bekam lain yang mengeluarkan darah kotor di bawah permukaan kulit untuk merawat penyakit-penyakit kecil, bekam chi gong menyasarkan sokongan proses penyembuhan penyakit-penyakit biasa dan kronik. Antaranya termasuklah penyakit jantung, buah pinggang dan kanser.

Toksin tersimpan di dalam badan  boleh menjadi racun. Semakin lama dibiarkan, semakin sukar dan lambat untuk pulih. Tetapi apabila ia dikeluarkan, secara semula jadi dan perlahan-lahan ia dapat membantu penyembuhan pesakit atau memanjangkan jangka hayat pesakit.

Menerusi tenaga chi, toksin di dalam darah pesakit didorong untuk berkumpul di satu titik meridian yang tepat iaitu di kawasan badan pesakit yang berpenyakit. Walaupun tanpa cawan bekam, darah kotor akan mengalir keluar tetapi penggunaan cawan bekam adalah bagi mempercepatkan proses menyedut keluar darah kotor yang berkumpul di bawah permukaan kulit pesakit.

Untuk satu-satu proses selalunya ia memakan masa selama lebih kurang 30 minit tetapi bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik, rawatan susulan mungkin diperlukan. Alamat pengamal perubatan chi gong ialah Chi-Gong Healing Incorporated Sdn Bhd. Tingkat 2 Wisma Prima, 17 Jalan Sri Semantan Satu, Damansara Height, 50490 Kuala Lumpur. 03-2092 2222.

No comments:

Post a Comment