Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur

Thursday 14 April 2016

Virus Zika

Virus Zika virus adalah virus ahli keluarga Flaviviridae dan genus Flavivirus, yang disebarkan oleh oleh nyamuk Aedes aktif-siang, seperti A. aegypti dan A. albopictus. Virus ini boleh memberi kesakitan yang ringan kepada manusia dan ia dikenali sebagai demam Zika atau penyakit Zika, dimana penyakit tersebut mula diketahui berlaku di kawasan khatulistiwa Afrika dan Asia sejak 1950-an. Kesakitan tersebut adalah satu bentuk penyakit ringan daripada demam denggi,di mana ia dirawat melalui rehat dan tidak boleh dicegah melalui ubat-ubatan atau vaksin. Namanya berasal dari Hutan Zika di Uganda , di mana virus pertama kali diasingkan pada tahun 1947. Virus Zika berkaitan dengan penyakit demam denggi, demam kuning, Ensefalitis Jepun, dan virus Nil Barat.
Pada 2014, virus ini merebak ke timur merentasi Lautan Pasifik ke Polinesia Perancis, kemudian ke Pulau Easter dan pada tahun 2015, ia merebak ke Amerika Tengah, Caribbean dan kini ia merebak ke Amerika Selatan sebagai satu wabak besar. Pada Januari 2016, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengeluarkan panduan perjalanan bagi negara-negara terjejas, termasuklah panduan langkah berjaga-jaga yang dipertingkatkan dan pertimbangan untuk menangguhkan perjalanan serta panduan untuk wanita hamil. Agensi-agensi kesihatan dan pemerintah lain turut mengeluarkan amaran yang serupa. Manakala negara-negara seperti Colombia, Ecuador, El Salvador dan Jamaica, menasihati wanita untuk menangguhkan kehamilan sehingga risiko mengenai virus tersebut dapat lebih diketahui.
Untuk keselamatan, wanita hamil disarankan tidak berkunjung ke negara-negara Amerika Latin dan Caribbean dimana telah menunjukkan peningkatan dalam kejadian 'microcephaly' iaitu kelahiran bayi dengan kepala atau otak mengecil serta gejala saraf iaitu sindrom 'Guillain-Barre'. Di katakan, Virus Zika telah merebak dengan pantas pada akhir akhir ini dan telah dikaitkan dengan kerosakan otak pada bayi. "Microcephaly" merupakan kecacatan otak atau kepala kekal yang boleh mempengaruhi kualiti hidup bayi sehingga dewasa.
Apakah microcephaly? Ia adalah kelahiran bayi tidak normal dengan kepala kecil dan otak tidak berkembang dengan sempurna. Gejala ini boleh menganggu intelektual dan perkembangannya terganggu. Dalam kes-kes tertentu, bayi yang dilahirkan boleh meninggal dunia kerana otaknya tidak berkembang dan ia tidak boleh berfungsi. Brazil merekodkan bayi yang dilahirkan dengan kepala kecil pada tahun 2014 tetapi jumlah itu melepasi 3,500 kes sejak Oktober lalu. Namun, sama ada kelahiran sedemikian disebabkan virus Zika, ia masih belum boleh disahkan. Tetapi ada kes bayi-bayi yang mati disebabkan ada virus dalam otak dan ia dikesan dalam plasenta dan cecair amniotik.
Virus Zika kali pertama di kesan pada monyet-monyet di Uganda pada tahun 1947. Dan, jangkitan pada manusia kali pertama dikesan di Nigeria pada tahun 1954 dan wabaknya menular di Afrika, Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik. Bagaimanapun, kesnya kecil dan Zika tidak diumumkan sebagai ancaman besar kepada kesihatan manusia. Pada bulan Mei tahun lalu, virus Zika dilaporkan menular dengan pantas di Brazil. Virus itu juga dikesan di Barbados, Bolivia, Colombia, Republik Dominican, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guatemala, Guadeloupe, Guyana, Haiti, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname dan Venezuela. Tetapi virus Zika tidak didapati di Kanada dan Chile kerana cuaca yang terlalu sejuk.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, nyamuk yang menjadi penyebab virus Zika adalah serangga sama yang menyebarkan denggi dan virus chikungunya. Cuma, nyamuk yang menyebarkan malaria, lebih aktif semasa hari siang, lantaran itu orang ramai dinasihatkan menggunakan kelambu sebagai pelindung. Menurut WHO lagi, virus Zika bukan sahaja menular di Amerika tetapi berisiko juga kepada negara-negara Asia. Memandangkan tidak ada rawatan khusus, satu-satunya pilihan yang ada ialah kurangkan risiko gigitan nyamuk. Paling menakutkan, virus baru ni masih tiada langkah pencegahan sehingga kini yang dapat dilakukan seperti yang dilaporkan oleh Anthony Fauzi, Ketua Instutut Alahan dan Penyakit Berjangkit (NIAID).
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan amaran bahawa Malaysia terdedah kepada penyakit ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, virus itu boleh menjangkiti sehingga empat juta orang di Amerika. Kementerian menasihatkan semua pelawat dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah serta rakyat Malaysia yang pulang dari benua berkenaan yang mempunyai gejala demam dan bintik-bintik dikehendaki melaporkan diri ke pusat kuarantin kesihatan atau pejabat kesihatan apabila tiba di Malaysia. Gejalanya adalah ringan dan sukar dikesan selain ketiadaan ujian cepat yang boleh digunakan.Rakyat Malaysia yang hendak pergi negara tersebut hendaklah mengambil langkah pencegahan seperti tidak berada di luar semasa waktu puncak gigitan nyamuk Aedes di awal pagi dan lewat petang, memakai pakaian menutupi anggota badan dan menggunakan ubat pencegahan gigitan (repelen) secara tetap.
Kementerian mengambil berat penularan virus Zika di benua tersebut memandangkan risiko jangkitan itu merebak ke Malaysia adalah tinggi kerana mempunyai nyamuk pembawa jangkitan iaitu nyamuk Aedes. Densiti nyamuk Aedes di Malaysia adalah sangat tinggi selain hakikat bahawa negara ini juga dibebani dengan masalah denggi yang disebarkan oleh nyamuk yang sama. Rakyat Malaysia secara amnya tidak mempunyai imuniti terhadap penyakit itu memandangkan ia belum terdapat di negara ini. Oleh itu, jika virus ini dibawa masuk oleh rakyat Malaysia yang dijangkiti atau pelancong luar ke Malaysia, ia boleh merebak dengan pantas. Dengan ini boleh dikatakan betapa bahayanya virus Zika ini jika ia menular ke negara ini. Seperti denggi, tiada vaksin dan ubat khusus dapat membunuh virus Zika, jadi orang yang dijangkiti akan menjadi sumber jangkitan kepada orang lain jika digigit oleh nyamuk Aedes. Menakutkan bila dengar. Mencegah lebih baik dari mengubati.

No comments:

Post a Comment